Tuesday, January 14, 2014

12 Rabiul Awal 1435

Assalamualikum w.b.t,

Alhamdulillah, semoga hari ini lebih baik hendaknya dari semalam.

Mengambil kesempatan kerana hari ini bertarikh 12 Rabiul Awal 1435 Hijrah, satu perkongsian tentang sifat peribadi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sebelum itu, adalah baik sekiranya kita bersama-sama mengucapkan selawat keatas baginda.


Alhamdulillah, sempat melakukan blogwalking hari ini dan terjumpa dengan satu perkara menarik. (Kepada yang tak tahu, blogwalking tu macam kita go through others blog ataupon mengunjungi dari satu blog ke blog yang laen la..untuk cari ilmu dan cerita2 menarik). Jadi, terasa untuk menulis dan berkongsi dengan anda semua.

Satu perkongsian mengenai peribadi dan akhlak Rasulullah S.A.W secara general :
  1. Baginda berdoa dengan khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.
  2. Beliau akan mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
  3. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  4. Suka membalas hadiah dan juga suka menziarahi orang sakit.
  5. Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.
  6. Sentiasa memulakan ucapan salam kepada orang laen.
  7. Ketika berjabat tangan dengan orang laen, beliau tidak akan melepaskan tangannya sehinggalah orang yang dijabatnya melepaskan tangannya.
  8. Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
  9. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
  10. Sentiasa membantu orang laen walaupon beliau sendiri dalam kesusahan.
InsyaAllah, semoga kita sama-sama boleyh beramal dengan keperibadian baginda hendaknya.

Pesanan buat diri:
Tak kan pabila muncul je 12 Rabiul Awal nak ingat nabi kita..?..Dalam kehidupan seharian, berapa kali kita selawat keatas baginda?..sedangkan nabi kita sebelum wafat masih memikirkan tentang umatnya, tapi kita pula macam mana..?..tepuk dada tanya diri. 

"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah Al Ahzab:56)




~terima kasih, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika tidak menyusahkan boleyh la tolong share ye*







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...