Sunday, January 12, 2014

4 CARA NAK JADI POSITIF

Assalamualaikum w.b.t,

Semestinya kita berharap agar hari nie bertambah baik dari sebelumnya dan begitulah seterusnya.

Untuk entry kali ini. Penting sangat ke jadi positif nie?..Macam mana nak jadi positif..?. Aku nak jadi positif, tapi....


THINK ; DO ; AND BE POSITIVE


Disebabkan saya pon nak mendoktrin pemikiran dan diri saya untuk jadi positif, saya research la kat internet cara-cara nak jadi positif nie..Alang2 dah searh kan..tak salah jika kita berkongsi..betul tak..

Sebab apa perlu jadi positif?
1- Bila seseorang tu positif tentang sesuatu perkara, sebenarnya dia secara tidak langsung telah menghantar signal-signal atau aura positif kepada pemikiran nya. Dengan ini, dia lebih terdorong untuk memikirkan tentang perkara2 positif je berbanding negatif. Dengan ini sikap dia lebih optimis dalam melakukan sesuatu perkara.

2- Bila kita optimis nie, kita boleyh tingkatkan keyakinan diri kita. Mana tidaknya, pemikiran asyik pikir positif je, kita juga akan lebih yakin untuk melakukan sesuatu perkara. Tak la kita mudah putus asa kan, sebab kita percaya pada diri kita...

3-  Yang bestnya, bila optimis nie, akan effect orang laen taw. Begitu juga sebaliknya (pesimistic). Tanpa kita sedar, sebenarnya kita telah "give out" atau rembeskan (sebarkan) aura2 positif/negatif ke sekeliling kita.  Konsep nie same ngan senyum (smile), menguap (yawning), mengatuk (sleepy). Pernah tak anda masuk kelas ke, seminar ke , anda rase segar bugar tapi tiba2 selepas 1/2 jam lepas tu, anda mengantuk. Rupa-rupanya orang sebelah anda yang asyik menguap-nguap. Tak dapat dinafikan, itu adalah satu daripada puncanya.


SAYA NAK JADI POSITIF TENTANG SEMUA PERKARA



4 CARA NAK JADI POSITIF..
(kalu nak dikutkan mmg banyak, tapi saya tulis yang dekat ngan saya dan mudah untuk paham je)

1- PROJECTING SUCCESS
Apa bende "projecting success" nie.?..Senang cita kan, projecting success nie bersamaan dengan MEMBAYANGKAN KEJAYAAN. "Aku tak wat lagi bende nie, tapi aku dah nampak dah yang aku boleyh berjaya (bayangkan je)" . Tapi masalahnya, kita nie nak mula pon dah takut, dah goyah, macam mana? Buat tidak lagi. Kita fikir kita tidak boleyh berjaya, so kita tak wat. Eh kejap!!.. Kalau kita boleh berfikir yang kita tak berjaya, adakah kita tak boleyh berfikir yang kita sebenarnya boleyh berjaya.? Mana yang kita tau kita tak akan berjaya, mula pon belum lagi dah nampak result (macam boleyh tgok future plak kan). Tak salah jika kita mencuba dan berusaha, sekurang-kurangnya kita belajar dan dapat pengalaman. Pengalaman itulah yang memberi erti hidup kita sebenarnya.

2-BERKAWAN DENGAN ORANG YANG POSITIF
Tak dapat dinafikan, mmg ramai sangat drpd kita nie yang kebiasaanya begitu negatif. Tapi tak boleyh disangkal juga ramai antara kita yang positif sebenarnya. Secara amnya, kita yang fikir sedemikian. Mungkin kita tak sedar, sebenarnya persekitaran kita yang mendorang kita untuk menjadi sedemikian. Pernah dengar tak hadis nabi nie:

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”
(Riwayat Abu Daud)

Senang citer, kawan kita akan reflect diri kita, kawan positif, positif la kita.

3-SOAL DIRI DENGAN BENDE2 POSITIF
Engat, dalam setiap perkara yang kita lakukan, fikirkan dan "judge" (nilai), kita mestilah bersikap adil dan sentiasa positif.  
Soalan2 seperti ; 
  • Mesti ade sebab kenapa aku dapat ujian nie?
  • Tak kan aku dah nak mudah mengalah?. Kegagalan sementara nie yang buat aku goyah?.Setakat ini je ke yang aku mampu. Aku sebenarnya boleyh lakukan lebih baik dari ini.
Sebenarnya, soalan2 seperti ini mendorang kita untuk menjadi lebih kuat dan matang instead of just "give up". Kita sendiri tahu kan kemampuan kita, bukan orang laen, kene percayalah kemampuan diri kita.

4- CARI MODEL ATAU MENTOR YANG KITA INGIN JADI MACAM DIA
Secara amnya, memang tak dapat dinafikan, sebagai seorang muslim model kita yang utama adalah Nabi kita sebenarnya. Namun tak salah sebenarnya jika kita mahu menjadi atau ingin mengikuti orang2 yang berjaya dalam hidup mereka. Pastinya mereka2 ini, ada sesuatu "X factor" yang menyebabkan mereka berjaya dan berbeza dari orang laen. Pabila kita kaji dan bace kisah mereka, secara tidak langsung kita boleh terinspirasi dan mengambil pelajaran dengan kisah2 mereka.

kalau dalam bidang perniagaan, di luar negara saya suka Robert T Kiyosaki dan kalau dalam negara, Dr Azizan Osman mmg dah power dah. 


PESANAN BUAT DIRI :
Dalam hidup ini, suka je kita nak cari salah orang laen? Suka sangat nak menuding jari kat orang laen. Jangan la macam tu, tak salah jikanya kita berpandangan positif terhadap seseorang. Inikan tidak, kerja nak jatuh(down)kan mood orang laen je. Macam la ko tu bagus sangat kan?!..Bila positif nie, at least kita boleyh support orang laen dan juga diri sendiri..tak de sape rugi pon. 

SEMUT SEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK!!..
ALWAYS BE POSITIVE..!!

~terima kasih, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika tidak menyusahkan boleyh la tolong share ye*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...