Sunday, January 12, 2014

BRO..KENAPA TULIS BLOG..

Assalamualaikum w.b.t,

Semoga hari ini lebih baik dan bertambah baik dari semalam hendaknya.


"Yeay, dah ade blog sendiri..!!"


Apa itu blog? (from my point of view)
--Senang citer kan, blog ini adalah satu tempat atau platform yang memboleyhkan sesiapa saje share tentang perkara apa yang dia rase nak share atau cerita. 

Banyak cara atau medium yang memboleyhkan kita tulis blog nie; ade wordpress ; ade blogger ; ade tumblr ; ade weebly dan sebagainya. Daripada yang berbayar hingga la kepada yang free. (Saya guna yang free je la macam blogger.com nie).

So, kenapa tulis blog?
Secara personally, mmg dah ade hajat lama dah nak buat dan tulis blog nie. Bayangkanlah, dari blog nie kita boleyh express our emotion.Gembira,suka duka lara dan sebagainya. Hopefully, kebanyakannya adalah sesuatu yang baik dan positif la ya.

Lagi..??
Blog nie adalah sesuatu tempat yang baik untuk kita share sesuatu perkara tentang apa-apa sahaja perkara ilmiah dan ilmu. Senang, boleyh copy paste sambil2 boleyh tambah apa yang kita rasekan mengenai sesuatu perkara tersebut.

Blog nie secara x langsung boleyh memberi pahala kepada kita. Macam mana?!! .. Senang je, share atau post la sesuatu yang baik utk tatapan dan menjadi teladan buat orang laen. Dia beramal dengan ilmu yang kita kongsikan, sedikit sebanyak "saham" tu masuk ke "akaun" kita juga.

Tu jer..??
Saya sebenarnya suka membaca buku(lebih kepada buku motivasi dan perniagaan). Bila difikirkan balik, blog adalah satu tempat yang baik utk saya post review, intipati atau apa bnde yang saya dapat dari baca buku-buku nie.

Antara buku2 yang ade sekarang!!
Saya dah habiskan buku2 nie :
"Rich Dad Poor Dad" , "Cashflow Quadrant" , "Rich Dad Guide To Investing" , "Why We Want You To Be Rich" , "Midas Touch" , "Think & Grow Rich" , "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" dan sebagainya (ada lagi rasanya).

Currently Reading :
"You Can Read Anyone" by David J. Lieberman. (Buku ala CSI yang boleh membongkarkan anda tipu ke, anda serious ke, anda berlagak tenang ke atau anda memang goyah dan banyak lagi melalui respons ayat dan pergerakan tubuh anda)

Pesanan buat diri:
Kita nie dah berapa lama dah hidup?..kita banyak susahkan orang ke senangkan orang.?..jadi apa salahnya kekadang kita menjadi dan memberi manfaat kepada orang laen. tak rugi rasenya...

WE GIVE WE GET IT BACK.!!! KITA MEMBERI KITA MENERIMA.!!!


~terima kasih, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika tidak menyusahkan boleyh la tolong share ye*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...