Thursday, January 16, 2014

HUGE DECISION OOOO..!!

Assalamualikum w.b.t,

Alhamdulillah, semoga hari ini lebih baik daripada sebelumnya dan begitulah seterusnya InsyaAllah.

Untuk post kali ini, saya nak share satu keputusan besar yang saya buat dalam kehidupan saya. 

Tapi sebelum saya berceloteh dengan lebih panjang, adalah baik sekiranya saya bercerita sedikit latar belakang kisah saya ye..

Alhamdulillah, saya sebenarnya di saat ini, melakukan dua perkara iaitu berpraktikal dan juga melakukan kerja sambilan.

Menetap di pantai dalam, memerlukan saya bergerak pada jam 8.00 pagi bagi memastikan saya sampai di Puchong sebelum pukul 8.30 pagi dengan menunggang motosikal. Perjalanan hampir setengah jam itu melalui tiga tol sebelum saya sampai ke salah satu syarikat besar yang terletak di Puchong itu.

Syarikat ini agak ternama dengan major dalam DCS (Distributed control system) dan juga biasa terlibat dalam beberapa projek besar oil and gas. Seperti biasa, tepat jam 5.30 ptg, habislah waktu bekerja bagi semua staff di situ. Tetapi ada juga beberapa pekerja yang suka melewatkan waktu balik mereka atas urusan tertentu. Ada juga yang mempercepatkan waktu balik agar tidak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas.

Namun,saya seperti biasa, menunggang Yamaha LC kembali ke rumah sementara di Pantai Dalam. Dalam perjalanan pulang, biasanya saya akan berhenti di sebuah kedai untuk membeli makanan untuk makan malam.

Saya hanya ada lebih kurang satu jam setengah sahaja untuk bersiap-sedia sebelum saya bekerja part time "Susha Keng" di sebuah pasaraya terkemuka di KL nie yang betul-betul dekat dengan pantai dalam.

Shift seterusnya bermula pada jam 7.30 malam sampai closing iaitu pada jam 11.00 malam. Kehidupan seperti ini memang meletihkan badan saya sebenarnya. Saya bermula melakukan kerja part time pada 31 Oktober 2013 sampai la hari ini (15 Januari 2014). Lebih kurang dua bulan setengah.

Mengapa hari ini?.. Saya telah membuat satu keputusan besar dalam hidup saya iaitu mahu berhenti kerja part time itu. Walaupon mungkin pada pandangan anda ianya tak la sebesar mana pon, tapi saya merasakan sebaliknya kerana keputusan ini saya untuk berhenti kerja kerana mahu fokos dengan lebih mendalam terhadap apa yang rase sebagai satu titik perubahan dalam hidup saya. Saya mendapat banyak inspirasi selepas membaca e-book "Sorry boss!!Saya terpaksa berhenti kerja."  Saya juga ade review e-book ini, anda boleh baca DISINI.

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui apa yang ada dalam buku awesome tersebut, boleyh la men "download" nya secara percuma dengan klik pada link di bawah.



Saya merasakan ini adalah satu keputusan besar kerana saya cuba untuk keluar dari zon selesa saya (dapat gaji kerja part time) dan melonjak ke tahap lebih selesa. (InsyaAllah, klu ade ilmu dan mentor serta usaha, boleh dapat berlipat-lipat kali ganda daripada kerja part time).

 "Get out from comfort zone to get a better comfort zone..!!"


Pesanan Buat Diri:
Dalam melakukan pilihan dalam hidup ini, memang tak dapat dinafikan kita mahu yang terbaik untuk kita. Namun demikian, jangan sesakali kita lupa akan maha Esa, sebaiknya, dalam menentukan sesuatu keputusan, kita haruslah banyak berdoa disamping Solat Istikarah agar pilihan kita itu, dibantu juga oleh Allah hendaknya.

Mintaklah pertolongan Allah dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan dalam hidup ini. Semoga ianya adalah yang terbaik bukan sahaja untuk kita, malah untuk semua orang disekeliling kita.


(maaf, entry kali ini tiada gambar)

~terima kasih, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika tidak menyusahkan boleyh la tolong share ye*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...