Saturday, January 25, 2014

RASE MACAM NAK KAWEN MUDA JER..!!

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana hari ini masih diberi oksigen untuk bernafas dan semoga hari ini lebih baik daripada semalam hendaknya.

Untuk entry kali nie, saya akan bercerita sedikit sebanyak tentang perihal perkahwinan..(dah besar dah, hidup kene la plan sendiri kan..)

Walaupon masih muda, saya suka untuk mengupas isu ini sama ada bagus ke kahwin awal nie?..Apa yang bestnya..??...Kalau kahwin lambat tak boleh ker?.!!


SWEET KAN... 

Seperti kebanyakkan manusia laen juga, apabila ingin mencari sesuatu maklumat di internet, apa lagi just google je la kan..So, seperti biasa, saya pon research la kan..nak tahu dengan lebih mendalam perihal perkahwinan dan rumahtangga nie..

Pernah tak anda dengar orang cakap macam nie:
"JODOH MAUT DI TANGAN TUHAN"...

Saya setuju, jodoh maut rezeki semuanya di tangan tuhan. Tapi adakah kita dilarang untuk mencari yang terbaik untuk kita.. tidak kan...!!..

Lagi satu..pernah dengar orang cakap "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya."

Saya setuju juga, tapi nie memang dah ada dalam surah An-nur Ayat 26, Allah dah sebut.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


(Alamak...macam dah lari pulak dari tajuknya..hehe..tak pe..itu MUKADIMAH yer)

So, berbalik kepada tajuk, best ke kahwin awal??... Kawen awal nie merujuk kepada mereka yang kahwin antara lepasan SPM dan sebelum grad. (masa dalam university or college la senang citer)...Saya listkan 5 kelebihan kawen awal yang saya rase dekat dengan saya sebagai seorang mahasiswa yer...


KELEBIHAN KAHWIN AWAL..

1-Memenuhi fitrah manusia..Memang menjadi fitrah manusia kan untuk berkeluarga dan mendirikan rumah tangga..(ke ade yang tak?..!!)..Rasenya semua nak kawen kan..cuma awal ke lambat la...bila berkata tentang fitrah nie, memang ianya adalah kehendak la kan..cuma sejauh mana kita boleh menahan "kehendak semulajadi" kita tu la persoalannya..

2-Of course la nak elakkan zina ....dalam erti kata laen, kita mahu menjaga mata,hati dan perbuatan kita kan... Daripada bercouple tak tentu pasal kan..baik kawen terus..bunyi macam ekstreme je kan..tapi itulah yang terbaik kalau dah tahan nak berkahwin sangat kan..

3-Lelaki insyaAllah akan lebih bertanggungjawab terhadap pasangannya. Macam mana tu...??..yela, lepas kahwin nie, mesti la kene disiplinkan diri, sebabnya makin berat tugas dipikul sebagai suami..tak kan masih nak maintain sikap lama yang teruk kan, at least kene la berubah dari semasa ke semasa kan..dapat perbaiki diri..pemikiran kene la bertambah matang..

4-MASA AKAN LEBIH BERKUALITI...apa maksudnya?..Maksudnya adalah, jika kita berkeluarga nie, daripada kita buang masa buat bende yang entah apa2 kan, baik kita berfikir bagaimana hendak menjaga keluarga kita kan...InsyaAllah, pabila berkahwin nie, masa malam kita tu tak de la duk melepak je kan...!!..bukan nak cakap tak elok jumpa kawan, tapi kene la pandai2 bahagi masa kan..

5-BOLEH BUAT BANYAK PERANCANGAN SEBENARNYA...pada pendapat saya la kan..apabila kita kawen awal nie, kita boleh rancang dengan lebih baik..statement nie bukan merujuk kepada perancangan keluarga saje, perancangan kewangan, kehidupan dan sebagainya la...contoh : jika kawen awal nie, insyaAllah jika ditakdirkan peroleh zuriat awal, at least apabila kita 40-an tu, anak dah besar panjang, pandai dah dorang manage diri mereka sendiri, tak payah ganggu kita dah...banyak la masa kita bersama isteri...(ecececee...)

~cukup la kot 5 ye, nak hurai lebih2 tak pandai sangat..maklumla tak kawen lagi kan :D ~


APA YANG BEST LAGI..?!!
Bagi saya, tak kisah sama ada kita kawen awal ataupon sedikit lambat, tapi saya suka sangat konsep BERCINTA SELEPAS NIKAH..maksudnya,kita start couple selepas di akad nikah yang mana pasangan kita itu adalah SAH disisi AGAMA...baru la boleh feeling lebih2 kan...nak buat apa pon tak kisah sebab dia adalah halal untuk kita..disamping kita boleh elak fitnah serta pandangan2 negatif orang terhadap kita..so, couple la lepas nikah.!!.. insyaAllah, saya pon begitu juga, mahu bercinta selepas nikah..!!! 


ADA ORANG MARAH PLAK..!!..PIPI DAH MERAH TU..!!


PANDANGAN PERIBADI:
Secara jujurnya, saya sokong kawen awal bagi mengelakkan maksiat seperti couple dan sebagainya...tetapi kepada saya sendiri...saya agak tidak menyukai kahwin awal nie sebenarnya..saya fikir.."ekonomi tak kukuh lagi, nak bagi makan apa anak orang kan"... tapi bila saya bercakap macam nie, bukan la bermaksud saya nak kawen umur 40-an bila ekonomi diri dah kukuh..(tak mahu aku...!!). Pada pandangan saya, mungkin waktu yang sesuai adalah selepas kita sekurang-kurangnya mempunyai kerjaya tetap dengan pendapatan tetap juga. Baru sesuai untuk mendirikan rumah tangga, mungkin sekitar umur 25 atau 26 macam tu..


PESANAN BUAT DIRI:
Sapa tak nak kawin oii....Memang la nak kawen, tapi at the first place, kita kene la prepare diri kita untuk masuk ke alam perkahwinan dan kekeluargaan kan..Nak buat sesuatu mesti kene ada ilmu..Sebab tu pentingnya kursus perkahwinan tu..tak kisah la awal ke lambat sikit ke, yang penting kita berdoa kepada tuhan akan ditemukan jodoh yang baik untuk kita...

KENE JADI BAIK DULU,BARU DAPAT JODOH BAIK, INSYA ALLAH..


~terima kasih, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika tidak menyusahkan boleyh la tolong share ye*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...