Monday, January 13, 2014

REVIEW BUKU : SORRY BOS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Semoga hari ini sentiasa lebih baik dari sebelumnya dan begitulah seterusnya.


EBOOK PERCUMA DAN AWESOME..!!!

Kali nie saya nak post pasal review e-book, SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA. 

SEBAB APA SAYA KATA BUKU NIE "AWESOME"?. 
  1. Secara jujurnya, saya hanya mengambil masa selama dua hari setengah saje untuk menghabiskan e-book nie. (Rekod paling cepat baca e-book). Best sangat walaupon lebih 150 mukasurat. Bila dah start baca, rase macam nak taw ending dia apa, tak nak berhenti je rasenya.
  2. Buku ini dalam bentuk penceritaan dah penuh dengan dialog-dialog yang simple dan mudah paham. Ayat pon simple2 je.
  3. Banyak sangat tip-tip perniaagaan yang diberitahu oleh penulis dalam buku nie. Kisah benar jatuh bangun juga dikongsikan kepada pembaca.
  4. Bila saya baca buku nie, saya rase macam dekat je dengan saya. Nak mulakan sesuatu tu, macam2 alasan diberi walhal tahu bende tu untuk kebaikan. Sebijik macam saya.
  5. Yang paling bestnya, buku ini diberi PERCUMA je kepada siapa yang nak. Ilmu nie kalau nak diikutkan pada pandangan saya, kene bayar taw. Tapi author  e-book nie punyalah pemurah, dia bg free je.

CITER LA SIKIT BUKU NIE TENTANG APA?!!
Secara generalnya, buku ini ditulis daripada pandangan seorang suami terhadap isterinya. Suami itu sendiri merupakan seorang usahawan. (Usahawan apa?..kene la baca) Dalam usaha suami memujuk si isteri untuk menjadi usahawan, banyak la alasan2 yang diberikan oleh isteri kepada suaminya. Suami sangat kesian melihat keadaan isterinya, terpaksa menjalani hidup seperti orang laen. Bangun di awal pagi, tempat kerja satu jam lebih dari rumah, pergi ulang alik plak tu. Stress lagi. Komitmen dengan anak2 dan keluarga lagi. Tapi suami tak pernah berputus asa dalam mengajak isterinya buat bisnes jadi usahawati. Akhirnya, si isteri buat la bisnes walaupon sebenarnya saje suka2 je nak "try test". Tapi apabila dapat tunjuk ajar daripada suami, tak sangka pendapatannya hampir same dengan perkerjaan tetapnya iaitu sebagai seorang engineer. Rupanya dengan menggunakan ilmu yang betul, senang je nak wat bisnes nie sebenarnya jika tahu caranya. Si isteri tak tahan sampai masa kerja pon ramai orang nak hubungi dia tanya pasal bisnes . Akhirnya, dia nekad untuk berhenti kerja selepas 6 bulan jadi engineer dan fokos kepada bisnes yang asalnya sampingan tapi dah menjadi keutamaan.Lepas tu?!! Si isteri pon jadi "WORKING AT HOME MUM (WAHM)" la. Ade banyak masa dengan suami dan anak2. Stress pon makin kurang, hidup makin bahagia. Kerja kat umah sambil boleyh maen ngan anak2..BAHAGIA JE RASENYE!! Yang bestnya, ade juga diselitkan unsur2 romantik dalam jalan penceritaan buku nie.Cool...

Awesome kan?!! Saya dah baca, mesti la saya cakap best, kalau tak best saya tak share la. Nak tahu awesome ke tidak, best ke tidak, kene la download dan baca sampai habes yer..!!


Tak tahu mana nak download?..Klik je kat bawah nie atau boleyh je klik gambar kat sebelah kanan column nie. (Ade gambar tu, klik je situ!!..)





Sebelom penutup, saya berdoa kepada Allah, agar penulis e-book ini sentiasa dimurahkan rezeki bersama keluarganya kerana beliau share buku nie FREE je. Semoga bisnesnya bersama isteri sentiasa bertambah tambah tambah baik dari semasa ke semasa. Ameen.


PESANAN BUAT DIRI:
Dalam hidup ini, sampai bila kita nak stay tempat sama je dan nak tgok orang laen je berjaya. Kita tak nak berjaya ke??. Pastinya setiap ibubapa mahukan kejayaan untuk anak2 nya. Maju selangkah dan terus kehadapan, jangan pandang belakang lagi. Kita je nak atau tak nak. Pilihan di tangan kita.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." 
(Ar-Rad ayat 11)

~terima kasih, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika tidak menyusahkan boleyh la tolong share ye*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...