Sunday, January 12, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga hari kita sentiasa lebih baik dan bertambah baik dari hari-hari sebelumnya.




Rasenya maseh belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua. First of all, Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberikan oksigen untuk bernafas disamping melangkah setapak lebih dekat ke alam seterusnya.

Sudah menjadi kebiasaan kita dan masyarakat, pabila kalender masihi bertukar tahun, mulalah semua orang nk bercerita mengenai azam tahun baru.

Pabila hendak bercerita azam baru nie, mulalah kita mengimbau kembali azam2 lepas yg x tercapai lagi.

"Eh, nie dah masuk tahun 2014!!..Tahun 2013 aku macam mana?? Apa yang berubah?? Apa yang aku nak capai pada tahun nie??..Nak wat azam baru ke walhal yang lame pon x tercapai lagi..".

Pastinya berbagai-bagai persoalan yang melanda diri. Tetapi apa yang pasti adalah, kita semua mahukan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Tak kiralah kesihatan ke, kewangan ke, kerja ke, kehidupan ke,... macam2 lagi la.Pastinya semua ingin kearah kebaikan dan peningkatan (improvement).


Pesanan buat diri :

Bila masuk tahun baru je erk nak wat azam baru? Nak perbaiki diri? Tiap-tiap minggu, bulan yang kita lalui tu, xde plak nak terpikir untuk berubah kearah kebaikan.

Dalam buku "Think and Grow Rich" yang dikarang oleh Napolean Hill, bab DESIRE atau KEINGINAN diletakkan sebagai bab pertama dalam usaha mencapai kekayaan. Terserah kepada diri kita untuk memilih dan menentukan arah tuju hidup kita.

FOR THINGS TO CHANGE I MUST CHANGE FIRST!!!

~terima kasih, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika tidak menyusahkan boleyh la tolong share ye*


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...