Tuesday, January 14, 2014

Seminar??!!! (part 1)

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah. Semoga hari ini bertambah-tambah baik berbanding hari semalam.

Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu seminar yang saya berpeluang hadir untuk menambahkan lagi ilmu saya tentang bisnes.


SEMINAR DUNIA USAHAWAN 2014 DR AZIZAN OSMAN


Alhamdulillah, pertama sekali, saya bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana diberi ruang dan peluang untuk menghadiri seminar dunia usahawan 2014 beliau. Telah menjadi impian sejak lama lagi untuk menghadiri seminar beliau sebenarnya. Tapi apabila orang asyik cakap, 

"Mahal kot seminar dia, beribu-ribu..!!.." dan saya mula berfikir, "Mak ai, mana nak cari beribu-ribu tu, satu seminar je pon". Tapi bila difikirkan balik, beliau nie memang femes, selalu kluar TV dan newspaper. So, mungkin sebab tu la dia charge mahal kot..! (masa tu tak paham lagi sebenarnya).

Alhamdulillah, apabila berpeluang melakukan praktikal di KL nie, saya memang tak lepaskan la peluang untuk pergi ke seminar dia nie. Tambah-tambah saya taw boleyh masuk FREE je (daftar 3 orang dapat free).

Pada tanggal 4 Januari 2014, saya bersama-sama 2 lagi kawan rapat saya telah menghadiri Seminar Dunia Usahawan 2014 yang bertempat di Berjaya Times Square Hotel, KL. First time saya rase begitu teruja dan excited apabila melihat BEGITU RAMAI MANUSIA yang saya tak tahu datang dari mana berasak-asak dan berhimpit-himpit sekadar untuk masuk ke dalam lif (elevator) yang membawa kami ke tingkat bilik seminar berkenaaan. Kami terpaksa menunggu dalam lima round la juga untuk masuk ke dalam lift tu.

Apabila selesai sahaja mendaftar, masuk je ke dalam bilik seminar tu, bilik tu dah hampir PENUH dengan lautan manusia. Mungkin istilah yang lebih tepat untuk digunakan adalah DEWAN dan bukannya bilik. Saya tak pasti berapa jumlah peserta yaang hadir, tapi apa yang pasti adalah jumlahnya memang lebih daripada seribu orang. No wonder la beliau pegang Malaysian Book of Record for the most participants in seminar/event.  Tapi walaupon macamtu, alhamdulillah, kami masih mendapat tempat duduk yang selesa walaupon agak lambat mendaftar masuk. Yang bestnya, penuh dewan tu sampai ade yang berdiri di belakang dan bahagian kiri kanan dewan. Dasyat betul..!!..

Akhirnya, perkara yang paling dinanti-nantikan adalah kemunculan pakar strategi pemasaran no 1 di asia tengara itu.


CER SHARE SIKIT APA YANG DIA KONGSI DALAM SEMINAR TU...
Seminar beliau bermula dengan pengenalan terhadap diri beliau. Bagaimana dia asalnya dari keluarga susah, belajar berniaga kelapa, belajar berniaga dengan cina (yang bestnya dia pandai cakap cina..cool!!). Bagaimana dia jatuh bangun dalam bisnesnya. Itu macam mukadimah la sebelum dia share satu FORMULA penting dalam BISNES.


Apa dia formula "penting" sangat tu?..Penting ker?!!
Formula yang dikongsikan adalah : M.E.S.T.I.
  1. M : MATLAMAT dan MENTOR
  2. E : ELMU 
  3. S : SISTEM dan STRATEGI
  4. T : TINDAKAN
  5. I : IMPIAN dan INTENTION

Lepas bgtaw formula tu, dia mulakan ayat dia lebih kurang macam nie:
"DALAM BISNES NI, ADE DUA ILMU IAITU ILMU BISNES DAN JUGA ILMU MARKETING (PEMASARAN). ANDA BUAT LA KARIPAP MACAM MANA SEDAP PON, TAPI KALAU TAK DE ORANG TAHU,...SAPE YANG NAK MAKAN KARIPAP TU...KO MAKAN LA SENDIRI JAWABNYA..!!"

Lepas saya terfikir, "whoaaa..boleh pakai la ideologi dia nie,..". 


1 - MATLAMAT dan MENTOR
"Apa sebenarnya matlamat untuk buat bisnes nie??..Buat suka-suka atau memang nak berjaya". 
Dikongsikan kepada semua, beliau berkata "Kalau kita berniaga sebab kita nak jadi jutawan, kita tak akan jadi jutawan. Kalau nak jadi kaya, kita kena bantu orang lain untuk jadi kaya dahulu, baru boleyh jadi kaya." Dia tambah lagi "Kebahagian dan kekayaan datang daripada memberi. Contoh, aku nak jadi kaya sebab aku boleh keluarkan banyak zakat/sedekah untuk diberi kepada orang laen. Bantu orang laen berniaga juga." 

Tersentap dengan pernyataan beliau, aku terus "dasyat giler pemikiran dia nie, lain daripada laen". Beliau juga ade mengingatkan tentang pentingnya solat sunat fajar dengan berkata "solat sunat fajar nie umpama kamu kaya sebelum kamu mencari kekayaan."  


"Siapa yang ajar buat bisnes?..Sapa ajar buat marketing...?
"Kalau kita nak jadi jutawan, mesti la kita berguru dengan jutawan." teriak beliau. Beliau berkongsi pengalaman ketika beliau jatuh dalam perniagaannya. Beliau menelefon pensyarahnya untuk bertanya tentang tips-tips perniagaan yang diajarkan kepadanya. Beliau hairan, mengapa semua teknik2 yang diajarkan oleh pensyarahnya tidak menjadi. Setelah mendapat bimbingan daripada mentor beliau (warga cina tadi), akhirnya beliau sedar dan mengetahui bahawa pensyarahnya itu hanya melakukan kajian (research) dan bukannya perniagaan. Dalam erti kata laen, beliau telah refer kepada orang yang salah kerana pensyarahnya itu sendiri bukanlah seorang kaya.

(Huraian tentang Formula MESTI seterusnya akan bersambung pada entry yang bakal menyusul.)



~terima kasih, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika tidak menyusahkan boleyh la tolong share ye*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...