Tuesday, January 28, 2014

Seminar??!! (part 2)

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas berkat masa yang dikurniakan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam hendaknya.

Entry kali ini adalah sambungan kepada tajuk "Seminar??!! (part1)". Boleh baca DISINI.




Seperti yang dijanjikan, saya akan sambung sharing tentang apa yang saya dapat ketika menghadiri seminar Dunia Usahawan 2014 Dr Azizan Osman. Dalam bahagian pertama, saya ada menyebut perihal formula M.E.S.T.I. yang dikongsikan oleh beliau dimana M merujuk kepada MATLAMAT dan MENTOR.

Kita refresh balik, formula M.E.S.T.I. nie yer:

  1. M - MATLAMAT dan MENTOR
  2. E - ELMU
  3. S - SISTEM dan STRATEGI
  4. T - TINDAKAN
  5. I - IMPIAN dan INTENTION


2. ELMU
Dalam sesuatu perkara yang ingin kita lakukan, pastinya ilmu itu sendiri amat penting. Tak kan kita nak buat atau ceburi bidang yang kita tak mahir kan..!!. Sekurang-kurangnya kita kene ada ilmu dalam bidang tersebut dan ilmu itu harus bertambah dari semasa ke semasa ye..

Menguruskan emosi sendiri juga adalah ilmu yang perlu ada. Dalam kehidupan harian kita, tak dapat tidak kita harus bermain dengan emosi. Ia sama ada emosi orang laen, atau emosi kita sendiri. Tetapi dalam kes nie, emosi diri sendiri yang menjadi ukuran.

Satu bende penting yang di highlight kan adalah "macam mana kita nak tukarkan kelemahan diri kita kepada kekuatan". Yang tu, kita kene define sendiri macam mana nak handle emosi kita. Senang citer, jgn fikir sangat bnde2 negatif, just ambil yang positif je.

Beliau berkongsi contohnya adalah "Senyuman itu sendiri adalah tarikan emosi." Banyak senyum kat orang, orang pon senyum kat kita la senang cerita. 

Kebiasaanya, dalam melakukan sesuatu bisnes atau perniagaan, pastinya akan ditempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya mereka yang berani menempuhinya sahaja akan rasa kemanisan di akhirnya.


3. SISTEM dan STRATEGI
Dalam melakukan sesuatu perniagaan, strategi amatlah penting. Beliau berkongsi sebagai seorang usahawan, sebenarnya ada banyak bende yang dia tahu tapi orang laen tak tahu. Contohnya, sistem yang buat duit, perkara begini bukan semua orang tahu katanya.

Beliau berkongsi lagi bahawa bila kita ada ilmu nie baru boleh buat duit, tapi kalau ada sejuta pon, tapi kalau tak ada ilmu , sejuta pon boleyh lesap. Bunyi ekstreme je, tapi memang betul pon. Ilmu itu memang penting.


4. TINDAKAN
Beliau share klu kita wat keje sama, dapat income same la. Kene ada ilmu buat duit, baru boleh buat duit kan.Basically, pendapatan kita akan same dengan apa yang kita tahu.

Orang yang berjaya mempunyai KUASA TINDAKAN dengan FOKUS + ILMU. Dalam melakukan sesuatu, kene la fokus kepada apa yang kita nak, kita hajati. "FAST ACTION, FAST RESULT".


5. IMPIAN + INTENTION
Cuba kita renung dan fikirkan, apa impian kita melakukan bisnes, apa niat kita melakukan bisnes?...Impian adalah benda yang kita impikan, kita nak..manakala intention adalah niat terhadap bisnes tu sendiri.

Beliau berkongsi bahawa, salah satu niat beliau melakukan bisnes atau untuk jadi kaya supaya beliau boleh memberi lebih banyak terhadap orang laen. Boleyh beri banyak sedekah, boleyh kluar banyak zakat.

Apa yang saya suka adalah apabila beliau berkongsi bahawa apabila kita menjadi kaya, kita sebenarnya BOLEH TEBUS AKHIRAT KITA. Apa maksudnya?..maksudnya adalah pabila kita kaya, kita BOLEH MEMBERI BANYAK MANFAAT KEPADA ORANG LAEN, BANYAK PAHALA BOLEH DIBUAT SEBENARNYA.

Konsep nie satu bende yang MEMBUKA MATA SAYA KENAPA KITA HARUS JADI SUPER DUPER KAYA. Yelah, kita hidup nie, bukan baik sangat pon, banyak buat salah dan maksiat, so salah satu cara nak tebus balik bende2 ini adalah dengan jadi kaya la.


APA YANG BEST LAGI..???!!
Yang best bila datang seminar nie, bukan sahaja dapat ilmu yang amat-amat berguana, plus dapat buku free je karangan Dr Azizan sendiri. Memang terbaik laa...!!
BUKU "KUASAI PEMASARAN, RAHSIA MENARIK PELANGGAN"

Tamatlah sudah entry untuk tajuk seminar nie, memang best, memang superb seminar DAO nie, dan insyaAllah, memang saya nak pergi lagi seminar-seminar beliau yang laen. Kepada yang tak pernah pergi seminar beliau lagi, jangan beri apa2 tanggapan negatif, bila pergi baru taw dia nie macam mana orangnya.


PESANAN BUAT DIRI:
Tak kira kita nak buat apa pon, mentor dan ilmu memang penting. Mentor beri tunjuk ajar kat kita tentang ilmu-ilmu baru. Baru la makin hari makin berisi. Best sebenarnya pergi seminar2 nie sume, memang tambah ilmu. tak rugi pon.

ADA ILMU, RM 10 BOLEH JADI RM 1 JUTA TAPI KALAU TAK DE ILMU,TERBALIKLAH JAWABNYA...



~terima kasih, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika tidak menyusahkan boleyh la tolong like ye*




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...