Sunday, January 19, 2014

TRIP TO KERTEH..!!

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, semoga hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya.


Untuk entry kali ini, saya akan berkongsi tentang pengalaman saya berkunjung ke negeri Terengganu spesifiknya lagi ke Kerteh. Tujuan asal saya ke Kerteh adalah untuk melawat teman-teman seperjuangan yang berpraktikal di sana.

Secara jujurnya, ini kali kedua saya ke Terengganu selepas saya kira-kira hampir 9 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana. (dulu pegi masa kecik2 je). Alhamdulillah, mengambil kesempatan bersempena cuti umum Thaipussam pada jumaat, saya bergerak ke Kerteh pada Khamis malam.

Perjalanan 2 hari 3 malam itu sungguh menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti dilakukan. (kebanyakkan aktiviti MAKAN je..hehe).


PERJALANAN PERGI

Saya bersama-sama 3 orang lagi sahabat saya bertolak ke Kerteh pada Khamis malam kira-kira pukul 9.15 malam dari Pantai Dalam. Destinasi pertama kami ke Wangsa Maju untuk mengambil seorang lagi sahabat saya disana. (Alang2 dah "on the way" kan). Seterusnya, selepas makan malam bersama-sama di sebuah restoren di Wangsa Maju, kami bergerak menuju ke Kerteh. Tapi sebelum bergerak ke tempat yang lebih kurang 5 jam untuk sampai itu, mestilah kita perlu "check" keadaan kenderaan kita dulu kan. Selepas memastikan tangki pam minyak penuh, pemeriksaan air dan tayar dilakukan, kami pon bergerak ke Kerteh lebih kurang pukul 10.45 malam dari Wangsa Maju.

CHECK AIR DAN ANGIN

ADA MODEL PLAK!!..


Perjalanan pada waktu malam itu sungguh mengujakan tanpa kerdipan bintang-bintang menyinari. Perjalanan yang melalui Lebuhraya Pantai Timur itu adakalanya diselangi dengan rintikan hujan yang tidak kurang lebatnya. Selepas melalui dan merentasi Chenor, Maran dan Kuantan maka sampailah kami berempat ke Kerteh tepat jam 2 pagi. 15 minit kemudian, kami berjumpa dengan sahabat-sahabat Kerteh yang menjemput kami dan menyediakan tempat tinggal untuk kami berempat. Sempat lagi bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita sebelum semuanya lena dibuai mimpi.



HARI PERTAMA

Alhamdulillah, lebih kurang jam 6 pagi, berkumandanglah azan subuh di masjid berhampiran dengan tempat tinggal kami. (Alhamdulillah juga, semua bangun awal harinie walaupon semalam tidur lambat..hehe..). Selepas bersama-sama mendirikan solat fardhu subuh dan mendengar tazkirah pagi, kami semua kembali ke tempat tinggal yang merupakan juga sebuah dorm yang besar terdiri daripada beberapa buah bilik. 

Saya berpeluang pergi ke pasar pagi berhampiran dorm tempat tinggal untuk membeli juadah sarapan pagi. Kalau dah datang terengganu ni, mestilah kita nak kena makan Nasi Dagang. Yang bestnya, ni kali pertama saya lihat nasi dagang dibungkus dalam daun pisang, dan harganya juga berpatutan. RM1.50 je satu bungkus. Kuantiti?.. InsyaAllah, kenyang bagi mereka yang berdiet. Biasanya, saya lihat nasi dagang dibungkus dalam bekas polysterine, yang nie agak rare sikit bagi saya sebab dalam daun pisang. (Mungkin anda dah biasa kot..!!)

TENGOK BETUL2..DALAM DAUN PISANG TU.

Seterusnya, selepas menikmati juadah makan pagi, kami bersiap-siap untuk mandi manda di Pantai Telok Kalong. Ombak disini sangatlah power. Angin bertiup sangat kencang. (Peringatan: jangan mandi tanpa pantauan dari pihak berwajib, boleh mengundang bahaya). Kami semua menghabiskan masa kira-kira 2 jam setengah bermandi-manda di situ. Berbagai-bagai ragam dan perlakuaan dapat dilihat bersama-sama dengan mereka. (Tak mahu cerita lebih-lebih, boleh tengok sendiri..hehe..).

PANTAI TELOK KALONG

BEST LA DAPAT MANDI BERAMAI-RAMAI

BESAR-BESAR PON MAIN BENDE NI LAGI, KLASIK..!!

Selepas selesai mandi manda, kami bergerak ke Masjid berdekatan untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk makan tengah hari dan solat jumaat. (Unik betul nama masjid di sini..hehe.)

MASJID KAMPUNG BUKIT ANAK DARA

MUKA LAPOOR SEMUA..!!
Selepas selesai solat jumaat, semua rehat atau recharge (tidur la senang cerita). Maklumnya, terlalu gembira bermain air agaknya. Petangnya, kami berkesempatan untuk menjamu "kerepok lekor" dan "ais jagung" di sebuah gerai berhampiran dengan pantai di kawasan Paka. Yang bestnya, sahabat-sahabat Kerteh yang belanja orang-orang KL. Terima kasih banyak-banyak.

PANTAI PAKA MEMANG CANTIK DENGAN DERUAN OMBAK YANG KUAT

KEROPOK LEKOR + SOTONG SUMBAT + AIR JAGUNG..TERBAIK.!!

Dipendekkan cerita, selepas selesai solat Maghrib dan Isya' (saya boleh jamak dan qasar, senang apabila bermusafir nie), kami bersiap-sedia untuk beriadah di waktu malam. Apakah aktiviti riadah itu?... 

Alhamdulillah, berhampiran dengan dorm tempat tinggal kami, terdapat sebuah mall yang mempunyai indoor court untuk mereka yang suka bermain badminton. (Geng-geng Kerteh pon, apalagi, mereka pon mengajak kami bermain badminton disitu). Maklumla, semua sihat-sihat, kena la kita jaga badan bersama-sama.

LAME DOK RIADAH SKALI BOH.!!

SEMPAT LAGI POSING TU..!!

Selepas beriadah mengeluarkan toksik-toksik di dalam badan melalui peluh, kami pon menjamu selera (makan malam). Setelah selesai, kami pulang ke dorm dan membersihkan badan, bertukar-tukar cerita dan akhirnya semua tidur akibat keletihan. (Alhamdulillah, turun la juga sekilo selepas beriadah tu..).


HARI KEDUA

Untuk hari berikutnya, kami memulakan hari dengan breakfast. (Makan biasa-biasa saje...). Selepas penat berbincang dan ber "brainstorming", kami semua decide untuk kembali ke mall semalam dan bermain "pool". (Bukan semua maen pon, yang tak reti maen tu, buat aktiviti masing-masing, rehat di kerusi urut..haha).

FOKUS HBES DAH ABE TU TARGET BOLA..!!
Untuk dipendekkan cerita, petang itu kami pusing-pusing sekitar kerteh untuk mencari makan. Seperti hari sebelumnya, minum petang sambil makan kerepok lekor tapi kali ini ditempat berlainan. 

AIS JAGUNG ADE AIS KRIM LAGI...TERBAIK..!!

Untuk sebelah malamnya, saya bersama-sama geng Kerteh pergi memancing di tempat berhampiran dengan tempat tinggal kami. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari dorm. Hampir dua jam juga memancing, tetapi apakan daya, hanya dapat seekor sahaja ikan. (boleh tahan "besar" la juga..hehe..). InsyaAllah, mungkin lain kali ade rezeki. (Maaf, tak ada gambar sebab kalau ambil pon tak nampak gambarnya..hehe..)

Selepas menjamu selera, kami semua pulang dengan hasil tangkapan ke dorm. (Bunyi macam banyak jer..). Selepas hampir dua jam bersembang-sembang, semua pon tidur dengan lena.



PERJALANAN PULANG

Hari ini merupakan hari Ahad, bererti hari kerja bagi warga Terengganu. Selepas bersiap-siap dan berkemas-kemas apa yang patut, kami (orang-orang KL) pon berangkat pulang ke KL.

Perjalanan yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu, diselangi dengan pitstop ke Temerloh, Pahang untuk mencari makan tengah hari. Apa yang dicari di Temerloh nie?..!!.. jawapannya adalah ikan Patin la.(Kena ikan patin masak asam sedap ooo)...Selepas menjamu selera dan solat, kami meneruskan perjalanan pulang.

SINGGAH SOLAT DI MASJID UBUDIAH TEMERLOH PAHANG

MAKAN IKAN PATIN FRESH DARI KEDAI

Alhamdulillah, selepas selesai makan dan solat, kami berangkat pulang menuju ke Wangsa Maju dan seterusnya ke Pantai Dalam. Kira-kira tepat jam 5.30 ptg, saya selamat menjejakkan kaki ke rumah.


Akhir sekali, suka untuk saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berpraktikal di Kerteh kerana sudi menerima kunjungan kami orang-orang KL nie. Terima kasih atas segala kemudahan penginapan yang disediakan, masa anda yang dikorbankan untuk bersama-sama kami. Terima kasih juga kerana sudi belanja makan orang-orang KL nie.

Terima kasih banyak-banyak, insyaAllah jikalau ada rezeki kita jumpa lagi ye sahabat-sahabat. Kalau tak, jumpa kat kampus je la ye.

Terima Kasih Geng2 Kerteh:
-Zulfikri Saad ; Azmi Alias ; Fadhil Razak ; Syafiq Junaidi ; Fitry Shukor -


Pesanan Buat Diri:
Alhamdulillah, masih dikurniakan teman-teman yang boleh berkongsi suka dan suka. Sesungguhnya, teman yang baik itu memang sukar untuk dicari, jika ketemu, hendaklah dijaga dengan elok-elok. Jangan hanya kita berkawan sebab inginkan sesuatu tetapi berkawanlah kerana kita ingin eratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Kita akan kenal kawan-kawan kita apabila kita jatuh, siapa yang selalu support kita, dia itulah yang kita kene jaga.

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
 (Hadis riwayat Muslim)


~terima kasih, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika tidak menyusahkan boleyh la tolong share ye*


5 comments:

  1. Uiyt2...xde gmbar aku, gmbar motor aku pon jadi laaaa....

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Zulkarnain tolong jadi model pam minyak...
    Zulrahimi, nanti ada entry best yang saya nak share yang ada kaitan dengan awak, boleh la saya letak gambar awak sebagai model plak.. hihi

    ReplyDelete
  3. tetiba aku rindu baca entri ni :( :( :(

    ReplyDelete
  4. haha..salah satu sebab aku tulis blog adalah untuk simpan memori macam nie la...bila baca balik barulah mengimbau kenangan...haha..^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...