Friday, February 14, 2014

JOM BELAJAR MENIRU..!!

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Semoga hari kita pada hari ini lebih produktif daripada hari sebelumnya dan begitulah seterusnya.

Entri kali ini "JOM BELAJAR MENIRU..!!"...Nak tiru apa nie?..Aku dah biasa dah meniru nie semua..haha..


WEYH..NAK TENGOK SIKIT BOLEYH..!!

Siapa pernah buat bende macam kat atas nie??..haha..(aku pernah juga kadang-kadang, homework plus assignment la...FINAL EXAM TAK  ERK..hehe)


NORMAL JIKA MANUSIA SUKA MENIRU
Percayakah anda, jika saya katakan hampir semua manusia pernah meniru dalam hidup. Mungkin jika anda berkata :

"Oishh..mana boleh tiru..kan tgh test nie..!!".. 

Mungkin anda tak sedar jika anda dulu pon sebenarnya pernah meniru.

Jika cikgu memarahi anak muridnya kerana meniru, mungkin juga cikgu itu terlupa yang dia juga pernah meniru pada suatu masa dahulu. Tapi bagaimana?..!!

Pssssttt....No 16 A,B ke C?.!!

AKU MEMBESAR DENGAN MENIRU
Pernah tak anda mendengar ibu bapa menasihati anaknya seperti ini :

MAK: "ALONG..!!..Jangan panjat kerusi tu, bahaya....nanti adik ikut..jatuh pulak kang.."

ALONG : "Baik mak..." (baiknya along nie..)

Mungkin ada antara anda yang pernah mendengar larangan seperti ini atau mungkin sama waktu dengannya dalam situasi berbeza.

Perasankah anda pada kata-kata "nanti adik ikut" tu. Mengapa kebiasaannya ibu bapa berkata sedemikian.?

Ini kerana memang menjadi kebiasaan bagi setiap manusia untuk meniru sesuatu perkara dalam proses pembelajaran..

Habes tu, kenapa mak dia marah..??..

Jawapannya kerana perkara tersebut membawa bahaya, mudarat dan tidak baik... (same la dalam peperiksaan, kan tak boleh meniru sebab ianyakan salah..)


TIRU BAIK vs TIRU JAHAT





Memang benar bahawa tiru meniru ini boleh dibahagikan kepada dua perkara iaitu tiru yang dibenarkan dan tiru yang dilarang. Tetapi menjadi kelaziman kepada masyarakat kita untuk melihat peniruan ini lebih kepada yang dilarang.

Asyik dan selalu kita dengar yang ini tak boleh, itu tak boleyh..jgn buat macam tu..kena buat macam nie dan sebagainya. (semua tak boleh.!!..apa yang boleh..)

Tiru yang dilarang dan tidak dibenarkan saya rase semua orang tahu kan. Contohnya:
1- Tiru dalam exam/test/assignment
2-Tiru budaya barat yang tak sepatotnya
3- Tiru cara pemakaian tak senonoh, percakapan yang tidak beradab
[dan seterusnya]

Tapi mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya ada juga meniru yang dibolehkan... Nak tiru apa?..TIRU ORANG YANG BERJAYA LA..


ORANG BERJAYA MENIRU ORANG YANG SUDAH PON BERJAYA..
Meniru yang dibenarkan dalam hidup adalah meniru orang yang telah berjaya. Jika anda ingin lakukan sesuatu dalam kehidupan sehingga berjaya, secara mudahnya adalah dengan meniru setiap apa yang dilakukan oleh orang yang berjaya.



Misalannya, jika anda mahu menjadi seorang penulis buku yang terkenal, secara logiknya, anda kena belajar tiru setiap perkara yang dilakukan oleh seorang penulis terkenal. 

Bagaimana dia mengarang, berimaginasi, menggunakan format penulisan yang betul, penggunaan bait bait kata dan rangkap...semua perkara itu perlu dititikberatkan.

Jika anda berhasrat untuk belajar semua perkara ini dengan sendiri, anda masih boleh berjaya..tetapi pastinya lambat untuk anda mencapai impian anda untuk menjadi penulis yang terkenal. 

Mengapa gunakan cara sukar untuk berjaya sedangkan anda boleh mencari mereka untuk membantu anda mencapainya dengan cepat dan pantas. 

Hanya perlu tiru apa orang berjaya buat...nak tak nak anda kena berjaya juga..jikamana selagi anda tidak berjaya, bermakna anda belum meniru ataupon menjadi seperti apa yg orang berjaya buat atau lakukan.

NIE BOLEH TIRU 100% punya..!!!..kan best boleh tiru tanpa rasa bersalah..


AKU SCORE SEBAB KAU... SAHABATKU..




Suka untuk saya berkongsi dengan anda tentang kehidupan saya ketika berada di asrama penuh sebelum melangkah masuk ke UTP.

Alhamdulillah..dengan izin Allah..sehingga hari ini dan sampai bila-bila pon, saya amat-amat percaya dan yakin bahawa satu sebab mengapa saya mampu menjejakkan kaki ke UTP adalah kerana SAYA TIRU SIKAP DAN PERILAKU SAHABAT SAYA..SEBIJIK..SEBIJIK...!!

Biasalah, form 4 kita nak rehat-rehat dulu selepas PMR kan..so, study gitu-gitu je la..tapi apabila satu tahun berlalu dengan pantasnya, saya pon mula resah sebab SPM lebih kurang 7 bulan lagi.

So, nak buat apa nie??...tanpa pikir panjang, just buat apa yang sahabat saya buat sebijik sebijik... Nak dijadikan cerita pula dia memang seorang yang rajin, pandai dan kuat berusaha..

Pabila saya cakap sebijik-sebijik, mmg SEBIJIK SEBIJIK PERSIS APA YANG DIA BUAT TAW..

Dia bangun pukul 5.30...aku bangun 5.30 juga tanpa berfikir panjang..

Dia pegang buku latihan dan baca masa perhimpunan...tak nak kalah, aku pon buat juga..

Lepas perhimpunan, dia jalan laju gila....aku 'cucuk' dia dari belakang...

Dia ada list homework dan tugas..aku pon ada tapi tak selengkap dia la...

Aku selalu ikut dia ke mana saja,,sebab aku nak taw apa yg dia buat..dan aku pon nak buat..sampai pernah cikgu kata kami nie macam belangkas..kemana-mana asyik berdua je..haha..

Dulu memang tak tahu kenapa tiru dia..mungkin hanya that strong drive to success kot..tapi bila dah makin matang nie, baru tahu itu adalah satu daripada kunci untuk berjaya sebenarnya...

At the end, dua dua dapat result yang cemerlang...aku masuk UTP, dia masuk ke satu Universiti terkemuka di KL nie.. terima kasih teman..!!


ANDA PON BOLEH TIRU APER..!!
Bukankah telah saya katakan tadi, manusia memang suka meniru..so, jom tiru mereka yang berjaya untuk kita berjaya.

Tidak kiralah perkara apa pon yang anda ingin lakukan dalam hidup, senang untuk anda tiru saja mereka yang berjaya ini.

Ingat bahawa jangan sesekali iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain, itu adalah rezekinya kerana dia berusaha..sebaliknya muhasabah diri kita untuk bersama-sama menjadi berjaya macam dia. 

Bukankah hati akan lebih seronok jika aku berjaya..ko juga berjaya...biar ramai berjaya juga..kan lebih meriah daripada berjaya sorang-sorang..betul tak..?!!

Jika kita membantu seseorang untuk berjaya, at least ada kepuasan apabila melihat mereka berjaya juga.. macam guru, sebab itu pekerjaan guru amatlah mulia..!!


BELAJAR DARI DIA..DAPAT MACAM DIA..

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V


~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB like di bawah..ataupon boleh tekan butang share di sebelah kiri entri ini..semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...