Friday, February 7, 2014

JOM SIMPAN EMAS..!!

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk berkongsi dan menulis entry untuk kali ini. Semoga anda sentiasa sihat hendaknya dan moga hari kita hari ini lebih baik dari semalam hendaknya.

Untuk post kali ini, saya akan ceritakan perihal emas. Tajuknya sudah jelas "JOM SIMPAN EMAS..!!". 


EMAS..!!... EMAS...!!


Alhamdulillah, sebenarnya apabila berpraktikal dan menetap di kawasan Kuala Lumpur nie, saya memang berhasrat untuk menambah ilmu berkenaan perniagaan. Plus, saya sebenarnya suka pergi ke seminar-seminar berkenaan perniaagaan. Dapat tahu pulak kalau FREE, memang tak lepas la. Tujuannya untuk tambah ilmu dan jumpa orang-orang yang berjaya.

Jikalau anda perasan, saya ada menulis perihal Seminar Dunia Usahawan 2014 pada entri sebelum ini. Berbeza kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua perihal satu seminar emas yang diberi nama Seminar "KENAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS".

Sebenarnya seminar ini berlangsung lagi awal daripada seminar dunia usahawan tu, tapi saya rasa rugi la kan kalau apa yang kita dapat tu bermanfaat, kita tak share dengan orang laen..ilmu biar dikongsi bersama.

Alhamdulillah, pada 17/12/2013, saya diberi peluang untuk menghadiri seminar "Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas" yang disampaikan oleh EN SYUKOR HASHIM. Seminar ini FREE sahaja dan dijalankan setiap bulan di seluruh negara. Anda boleh ikuti blog En Syukor sendiri untuk mengetahui perihal emas ini, banyak tips-tips berguna diceritakan. Blognya adalah www.jutawanemas.com.


DAPAT BERGAMBAR DENGAN EN SYUKOR HASHIM

BEBERAPA PERKARA TENTANG EMAS
-> Beliau berkongsi bahawa "siapa yang tahu rahsia emas, dia akan kaya". Ini kerana emas itu adalah aset, jika anda tahu cara nak duplicate emas, anda akan kaya.

-> Sebaik-baiknya, emas yang disimpan adalah emas fizikal dan bukannya emas maya. Beliau cakap, emas maya inilah yang menyebabkan harga nilai emas jatuh.

-> Beliau kongsi bahawa, apa sahaja syarikat yang beri pulangan bulanan terhadap pelabur, itu adalah skim. Beliau kesal kerana ramai orang kena tipu dengan skim emas cepat kaya dan sebagainya. 


CERITA TANAH
Beliau berkongsi satu kisah ringkas ini dengan para peserta. Satu perbualan yang amat pendek diantara beliau dengan datuknya pada suatu masa dahulu.

"Atok..atok, kenapa orang suka simpan tanah ye..?"

"Tanah nie tak boleh curi; tak leh terbakar; lama-lama harga dia akan naik..sebab tu orang dulu suka simpan tanah".

Walaupon jawapan yang diberikan amat simple tetapi banyak makna disebaliknya. Tanah adalah aset kekayaan bagi orang-orang dulu. Sama macam emas, ianya adalah aset. Tak terbakar dan semakin lama harga semakin meningkat. 


JOM BELI TANAH
Gila apa nak beli tanah..ingat tanah murah ke zaman sekarang nie. Beliau berkongsi pengalamannya berkenaan harga rumah dibandar Kuala Lumpur. Beliau cakap "tanya la mana-mana orang pon di KL, pastinya mereka akan cakap harga rumah sekarang semuanya tak masuk akal." 

Pada pendapat saya, benar harga rumah sekarang amatlah tak masuk akal sampai beratus-ratus ribu untuk rumah yang basic (dapur dan 2 bilik tidur) sahaja kalau di bandar. 

So, beliau sarankan kita memang tak mampu nak beli rumah, tetapi kita boleh beli emas. Dia sarankan kita kumpul emas banyak-banyak kerana emas ini adalah magnet kekayaan katanya.


SIMBOLIK EMAS
-> Lambang KEKAYAAN. Memang menjadi kebiasaan manusia berfikir bahawa jikalau seseorang itu banyak simpan emas, mesti dia adalah kaya. Kebanyakkan orang akan fikir yang TAUKE EMAS itu kaya, betul tak..

-> Lambang KEKUASAAN. Lihat sahaja simbolik warna kuning atau emas yang digunakan oleh raja dan sultan. Itu adalah lambang kekuasaan.

-> Lambang KEJAYAAN. Ini kita dapat lihat pada warna medal dalam acara sukan seperti olimpik. Warna emas digunakan sebagai warna pingat untuk juara.

-> Lambang KECANTIKAN. Wanita memang suka akan emas. Jika tonton filem bollywood, heroin sering kali mengenakan emas yang banyak di bahagian tangan, muka dan pakaian. (siap boleh buat rhythm lagi sambil menari)


KEISTIMEWAAN EMAS

  1. ELAKKAN KEBOCORAN DUIT. Fitrah manusia, jika ada duit pasti ingin belanja. Tapi jika duit guna untuk beli emas, keinginan untuk berbelanja itu dah tak ada sebab duit habis beli emas yer..!!
  2. ASET/HARTA YANG MENINGKAT NILAINYA DALAM JANGKAA MASA YANG PANJANG. Emas, jika disimpan dalam waktu yang lama, pastinya nilainya akan berlipat-lipat kali ganda daripada waktu mula-mula beli dahulu.
  3. ASET YANG MUDAH DICAIRKAN JIKA PERLUKAN TUNAI. Banyak agensi yang menerima emas untuk ditukarkan kepada duit. Contohnya adalah Ar-Rahnu. 
  4. BERHARGA DIMANA-MANA SAHAJA. Secara logiknya, anda pergi kemana-mana negara sekalipon, emas pastinya sesuatu barang berharga. Ini akan menyebabkan senang untuk anda tukar kepada duit. Cuba bayangkan jika kita pergi negara orang lain, tapi bawak Ringgit Malaysia, pastinya RM tak berharga seperti emas disana.

FITRAH EMAS
Beliau kongsi bahawa, memang menjadi fitrah bahawa emas ini adalah untuk simpan. Semua orang akan fikir begitu. Tapi jika duit berada ditangan, memang kerja nak belanja je la kan..

Beliau cakap "DUIT SYOK BELANJA, EMAS SYOK SIMPAN"

Beliau cakap lagi "EMAS ORANG TAK BOLEH PINJAM TAPI DUIT BOLEH". 

Pernah tak anda jumpa orang cakap "Eh, bro..pinjam emas ko sekilo..!!". Mesti tak ada kan. Tapi kalau nie "Eh, bro..pinjam seratus..!!". Mesti selalu jumpa orang macam nie. Bagi pinjam, pastu susah nak bayar balik kan. Sebab itulah emas ini dikatakan mampu MENGELAKKAN KEBOCORAN DUIT. 


Saya rasa, pastinya anda paham akan kelebihan menyimpan emas ini kan. Selain sebagai aset, pastinya ia membantu disaat kita sesak ataupon kering. 


APA YANG BEST LAGI..
Untuk pengetahuan anda, En Syukor ini juga merupakan penulis buku "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas". Buku itu amat bermanfaat untuk mereka yang ingin faham berkenaan pelaburan emas ini ye. Saya sanggup beli online buku ini semasa kat UTP dulu. Tips saya, jika anda hendak harga murah, sila datang ke seminar Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas nie.


BUKU MENYINGKAP RAHSIA PELABURAN EMAS TULISAN EN SYUKOR

BELIAU TULIS "EN RAHISHAN, TQVM, SEMOGA KAYA DENGAN EMAS"

 ~terima kasih kerana sudi baca dan jika anda merasakan penulisan ini memberi manfaat kepada anda, sila tekan button LIKE dibawah agar lebih ramai akan mendapat manfaat daripadanya~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...