Thursday, February 13, 2014

KENAPA AKU KAU DIA MEREKA PERLU BERNIAGA..!!

Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, masih diberi peluang dan ruang untuk menulis entri untuk kali ini. Diharap hari kita pada hari ini lebih baik dan produktif daripada semalam hendaknya dan begitulah seterusnya.

Untuk nukilan kali ini, suka untuk saya berkongsi pengalaman saya dalam berbisnes dan mengapa pentingnya untuk kita menjalankan perniagaan atau paling kurang mempunyai niat untuk melakukan sesuatu bisnes pada masa akan datang.


WHY BUSINESS??..!!..WHY..WHY..!!


Secara jujurnya, ketika saya menulis entri untuk kali ini, saya sudahpon bergelar "Shaklee Independent Distributor" selama hampir sebulan. Alhamdulillah, sale ada juga walaupon sedikit, tetapi pastinya ianya akan bertambah dari semasa ke semasa dengan usaha, bimbingan mentor dan juga dengan izin Allah. Kita kena sentiasa bersyukur walaupun sedikit..jika tidak bersyukur akan bende kecil, pastinya kita tak bersyukur jika memperoleh nikmat yang besar kelak. Khuatir ianya akan menjauhkan kita dari-Nya..Nauzubillah...


AKU YANG DULU
Jujurnya, sebelum  terlibat dengan perniagaan Shaklee, saya pernah juga terlibat dalam satu bisnes lain sebelum ini. Berbeza dengan Shaklee yang mementingkan kesihatan, perniagaan saya yang dahulu melibatkan produk pendidikan dari rumah (home schooling). Saya suka belajar pasal bisnes, tapi tidak tahu mengapa bisnes yang dulu terasa begitu susah. 

Satu daripada faktor berjaya atau gagal dalam bisnes adalah diri sendiri . Saya tak rase produk pendidikan itu tidak bagus, tapi mungkin satu daripada sebab mengapa saya gagal adalah kerana kuasa dalaman saya yang tidak kuat. Apa tidaknya, selalu dan seringkali saya "melanggar dinding" ketika itu sehingga saya rasa saya tak mampu untuk teruskan lagi perniagaan ini. Maka saya pon "give up..!!". Tak apa, itu adalah pengajaran untuk saya. Mungkin kerana matlamat kurang jelas dan kurang guidance dan spirit ketika itu... (itu antara tips perniagaan ye..)




AKU YANG SEKARANG
Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun tidak melakukan perniagaan, semangat untuk berniaga itu kembali ketika berpraktikal di KL nie. Semua ini berlaku selepas saya menghadiri Seminar Dunia Usahawan 2014 oleh Dr Azizan Osman. Seminar tersebut betul-betul merubah pandangan saya 360 darjah mengenai bisnes. Saya ada menulis perihal seminar tersebut di sini: PART 1 dan PART 2.

Dua statement nie memang mengejutkan saya dan telah membuka kembali hati saya untuk berniaga :

"Jikalau anda berniaga untuk kaya, maka anda tak akan jadi kaya...!!"

"Kita kena jadi kaya supaya kita dapat menebus akhirat kita..!!"

Pelik betul jika orang berniaga nak kaya, tapi dia tak akan kaya..hbes tu kalau tak kaya, miskin ke dia?.. Kenapa macam tu..?? Bagaimana kaya boleh tebus akhirat pulak..??

Jawapan Pertama: Jika anda berniaga untuk menjadi kaya, anda tidak akan menjadi kaya kerana anda hanya mementingkan diri anda tanpa membantu orang lain untuk bersama-sama menjadi kaya. Maka, agak sukar untuk anda menjadi kaya sebenarnya. Namun jika anda berniaga dengan niat untuk membantu orang laen, jangan risau...mahu ataupon tidak...ANDA TERPAKSA MENJADI KAYA...!!..lebih ramai kita bantu, maka lebih kaya kita..!!

Jawapan Kedua : Kenapa menjadi kaya mampu menebus akhirat kita?. Ini kerana apabila kita kaya, sebenarnya terbuka luas untuk kita lebih memberi dan meningkatkan nilai hidup orang lain. Bagaimana?.. dengan lebih banyak bersedekah dan berzakat disamping berterusan membantu mereka yang memerlukan. Sebab itu orang islam kena kaya raya, lebih banyak memberi, lagi besar sahamnya di akhirat kelak.

(Macam dah terlari tajuk pulak, terbagi tips-tips perniagaan tetapi itu adalah antara sebab-sebabnya yer..)


KENAPA AKU BERNIAGA..
Selain daripada untuk menambah nilai serta membantu orang lain, saya sebenarnya berniaga untuk meringankan bebanan hutang apabila tamat pengajian kelak. Takkan nak menyusahkan kedua ibu bapa pulak kan, kita sepatutnya boleh berfikir sendiri mengenai cara menguruskan hidup kita. Jika di Malaysia, memang menjadi kelaziman lepasan mahasiswa dan mahasiswi dibebani dengan hutang. Hutang pengajian terutamanya. PTPTN, scholar itu lah, scholar inilah....Memang garu kepala pabila memikirkan bagaimana untuk membayar yuran ini kembali...

Satu daripada perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan belajar berniaga daripada sekarang. Sekurang-kurangnya, sambil menunggu peluang pekerjaan, boleh fokus bisnes juga. hehehe (^_^)V


KENAPA KAMU DIA MEREKA PERLU BERNIAGA..
Saya yakin dan percaya, setiap orang pastinya mahu akan kesenangan hidup, senang dari harta, masa dan wang ringgit. CUBA LIHAT DI BAWAH INI.



Mungkin ada antara anda yang berfikir "Ala, baru dua ribu, aku paling koman pon bila kerja nanti basic RM 4500"... Benar, memang anda boleh kerja dengan dan dapatkan RM4500 tu, tapi ingat bukan semua orang akan dapat nasib seperti anda. Mungkin ada diantara teman anda yang hanya memperoleh gaji sekitar RM4000 dan kebawah. Mungkin juga RM 2500 sahaja.

Satu perkara yang perlu anda ingat adalah GAJI ANDA TIDAK AKAN SETARA DENGAN KENAIKAN TARAF KOS HIDUP ANDA.. Apa maksudnya?..Maksudnya adalah JIKA HARGA BARANG NAIK, BELUM TENTU GAJI ANDA AKAN MENAIK JUGA UNTUK TAHUN ITU..Barangkali, harga barang naik 3 kali ganda pantas berbanding kenaikan gaji anda. Kebiasaanya, memang lambat untuk kita naik dari satu pangkat ke pangkat yang lain. Boleh mengambil masa setahun atau dua tahun malah mungkin lebih untuk naik pangkat sahaja. Tetapi, apa yang pasti adalah harga barang dan kos sara hidup pastinya akan meningkat dari tahun ke tahun.

Sengaja saya membawa anda 10 tahun malah 20 tahun kehadapan untuk berimaginasi mengenai masa akan datang. Pada pendapat saya, memang kehidupan boleh menjadi sesak sekiranya kita tidak memikirkan tentang kewangan kita daripada sekarang...


CUBA BELAJAR BERNIAGA..
Apa salahnya jika kita belajar berniaga tetapi pada masa yang sama juga bekerja. Saya rasa tiada salahnya..malah mungkin duit hasil perniagaan inilah yang akan support perbelanjaan kita. Ada sahaja mereka yang berjaya dalam perniagaan tetapi pada masa yang sama juga masih bekerja. Tidak mustahil perkara itu sebenarnya. Apa yang penting adalah kita memberi ruang dan peluang terhadap diri kita untuk belajar. Itu yang penting..

Ingatlah bahawa "9/10 daripada rezeki adalah melalui perniagaan".


Saya harap ada diantara anda yang rasakan perlunya dan pentingnya untuk berniaga dan menjalan bisnes. Tidak kira lah bisnes apa-apapon, biar dihati kita ada niat untuk berniaga..kan berniaga nie sunnah..

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai perniagaan, kesihatan dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi makna kepada orang lain. (^_^)V

Lastly, apa kata kita layan kejap video kat bawah nie, anda WAJIB tonton ye...!!..semoga anda mendapat manfaat daripadanya..





~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button like di bawah..ataupon boleh tekan butang share di sebelah kiri entri ini..semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*



Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!


Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...