Thursday, February 27, 2014

MODAL SEBENAR PERNIAGAAN..


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berkongsi lagi entri terbaru kali ini.

Kali ini saya nak berkongsi tentang modal sebenar sebuah perniagaan. Banyak jenis modal sebenarnya, bukan duit je taw.


MODAL FIZIKAL..

Secara amnya, modal fizikal maksudnya modal yang kita laburkan untuk sesebuah perniagaan. Contohnya, modal perniagaan Shaklee hanyalah RM65. (Murah je kan..!!..BEST sebab modal sikit tetapi potensi besar untuk berjaya).

Modal disini bermaksud duit atau imbuhan yang dikeluarkan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Tapi sebenarnya, bukan duit semata-mata sahaja. Ada juga perniagaan yang langsung tak keluar duit pon. Yess..!!.. memang ada sebenarnya.

Perniagaan berbentuk perkhidmatan tak perlukan wang sebenarnya. Contoh, jika anda pandai coaching, anda boleh jalankan perniagaan melalui coaching atau seminar.

Kepakaran anda dalam mencipta laman web contohnya, anda boleh menjalankan perniagaan dengannya dengan membantu mereka yang perlukan laman web sebagai medan untuk mengembangkan business mereka.

Help Others To Help Others To Help Others..

Tu yang best bila berniaga nie..membantu lebih ramai insan untuk berjaya..itu adalah perniagaan yang terbaik..!!


MODAL DALAMAN..



ANDA....anda adalah orang yang bertanggungjawab menentukan modal dalaman anda..

Apa yang dimaksudkan dengan modal dalaman itu...??

Hati anda, itulah modal terbaik yang anda miliki...

Dari hati akan mengawal pemikiran dan tindakan anda...

Apabila diri anda berjaya mengawal hati, secara automatiknya usaha dan tindakan anda akan menyusul. Jika hati anda berkata aku tidak mampu, maka "memang tak mampu la jawabnya..". 

Secara langsung, anda pon akan jadi malas untuk berfikir bagaimana mahu memajukan perniagaan anda.

Sebab itu, satu daripada modal dalaman yang perlu dikuasai adalah "satu hati yang kental".


HATI YANG KENTAL..



Apa yang kental nie?.. 
Hati yang tidak mudah menyerah kalah apabila menghadapi sesuatu kekangan dan ujian..

Hati yang sentiasa berkata "Aku boleh buat, aku mampu lakukannya".

Hati yang sentiasa mencari jalan untuk berjaya...

Selalu kita mendengar ungkapan "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.."

Saya yakin dan pasti apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh, pasti Allah akan tunjukkan jalan kepada kita. Kita berdoa bersungguh-sungguh terhadap Allah untuk mendapatkan sesuatu.

Sesungguhnya, Allah itu suka kepada hambanya yang kerap meminta kepadanya..Sesungguhnya, Allah mendengar akan isi hati hambanya.

Tambah pula, apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, pastinya Allah akan makbulkan permintaan kita. Kita hanya perlu meminta kepadanya sahaja. Semakin kerap kita meminta, maka semakin kuat la doa kita. InsyaAllah, segalanya mungkin.

Tetapi, jika manusia, seringkali kita dicemuh atau manusia akan menyampah jika kita selalu meminta terhadap orang lain. Jadi, siapakah yang tinggal untuk kita?. Hanya Allah tempat kita bergantung harap.

Sebab itu ada istilah "Tawakal" ataupon berserah kepada Allah setelah kita berusaha terhadap sesuatu perkara.


BERJAYA ITU MAHAL HARGANYA..



Benar, untuk berjaya itu bukan sesuatu yang mudah. Perlukan usaha serta pengorbanan yang tinggi untuk berjaya. Segala perit dan halangan yang dilaui sekarang adalah untuk kesenangan pada masa akan datang.

Walaupon jalan yang ditempuh bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ianya tidak mustahil. Sekiranya anda bertanyakan kepada orang yang anda lihat berjaya pada hari ini, saya yakin dan percaya..setiap daripada mereka mempunyai kisah pahit manis mereka sendiri.

Kisah bagaimana mereka jatuh lalu bangun kembali untuk mengejar impian mereka..!!..kisah bagaimana mereka tidak berputus asa dalam mencapai apa yang dicitakan..!!..

Seandainya kita berpeluang bertemu dengan mereka-mereka yang berjaya, mungkin anda boleh bertanya.."Apakah faktor yang menyebabkan anda berjaya sampai ketahap ini." ataupon soalan penting "Apakah yang perlu dilakukan untuk berjaya seperti anda.."

Suka untuk saya berkongsi dengan anda tentang satu jawapan menarik yang saya terima apabila bertanyakan soalan ini kepada usahawan muda.

Baru-baru ini, ketika saya menghadiri seminar BANGKIT di Kuala Lumpur (Klik untuk baca perihal BANGKIT) , saya berkesempatan bertanya soalan di atas kepada usahawan muda yang berumur 21 tahun itu.

Saya tanya dia "Apakah push factor ataupon apa sebab yang mendorong anda untuk berjaya dan tidak berputus asa sampai ke tahap ini.."

Dia jawab "Jangan tengok sekarang, tetapi lihat pada masa lalu, bagaimana saya baru hendak bermula. Mudah je, bagi saya, setiap perkara yang saya lakukan SAYA FIKIR KERANA IBU BAPA SAYA. Aku pergi menuntut ilmu bisnes sebab ibu bapa aku. Aku mahu bahagiakan dorang"

Sungguh sentap saya mendengar jawapan dia, jadi memang tidak hairanlah jika dia sanggup menempuhi segala kepayahan dan suka duka untuk berjaya. Dia mahu menjadi anak soleh yang boleh dibanggakan oleh ibubapa.

Refleksi diri kita, apa yang telah kita lakukan yang boleh dibanggakan oleh kedua ibu bapa kita. Jika saya, amatlah sedikit saya rasakan berbanding jasa mereka yang memang kita tak mampu balas.

Dalam seminar BANGKIT lepas juga, satu daripada sembilan soalan mengenal potensi diri adalah "Sejauh mana tahap kepuasan hati kita tentang keluarga kita, ibu bapa kita, adik-beradik kita. Dalam sebulan, agak-agaknya, berapa kali kita boleh meluangkan masa bersama-sama dengan ibu bapa kita.."

Jawapannya, ada pada kita. Kita yang menentukan jawapan tersebut. Kini saya percaya bahawa sememangnya satu asbab mengapa ramai orang suka berniaga sehingga berjaya adalah untuk membeli lebih banyak masa.

Masa bersama-sama Ilahi, islam, ibu bapa, keluarga, adik-beradik, sahabat dan teman.

Saya rasa, setakat ini sahajalah perkongsian untuk kali ini. Saya berdoa kepada anda yang telah menjalankan perniagaan, semoga perniagaan anda akan lebih maju dan bertambah-tambah baik. 

Seandainya, anda masih belum mempunyai perniagaan, dinasihatkan untuk anda agar mencari apa sahaja perniagaan yang anda rasakan sesuai dengan anda. Biarlah ada niat dihati untuk berniaga pada suatu hari nanti...berniaga untuk meningkatkan ekonomi ummah dan membantu lebih ramai insan..



~~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB LIKE di bawah..ataupon boleh tekan butang SHARE di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...