Saturday, February 22, 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI (MINI)



Assalamualikum w.b.t;

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk lebih berkongsi dan menulis entri terbaru.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi mengenai buku Mudahnya Menjemput Rezeki karya Ustaz Fathuri Salehuddin.
Gambar di atas merujuk kepada bentuk buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR). Terdapat dua versi sebenarnya, satu adalah buku MMR jenis besar, dan satu lagi adalah versi mini buku MMR bersaiz pocket.

Gambar di atas merujuk kepada versi buku mini MMR. Harganya cuma RM1.80 untuk buku mini dan RM 18.00 untuk buku MMR edisi penuh. 

Untuk buku mini terdapat 5 bab pilihan daripada buku MMR edisi penuh yang mengadungi 40 bab. 

Diterangkan secara detail mengenai apa itu hakikat rezeki, bagaimana menjemput rezeki, strategi melunaskan hutang, bagaimana melunaskan hutang dengan strategi bersedekah, bagaimana menjemput rezeki dengan surah al-fatihah dan banyak lagi dikongsikan oleh penulis.

PENGAMATAN SAYA

Secara jujurnya, ketika saya menulis entri ini, saya telah menghabiskan buku mini MMR. Saya hanya mengambil masa satu hari sahaja membaca buku itu, kerana ianya bersaiz pocket dan senang dibawa dan dibaca di mana sahaja. 

Sambil tunggu order makanan boleh baca, sambil tunggu teksi dan bas boleh baca, masa dalam komuter boleh baca, masa nak beratur beli tiket komuter tu pon boleh baca juga. Senang kan..

Buku edisi penuh sudah berada dalam genggaman, cuma masih belum dibaca sepenuhnya. InsyaAllah, lepas saya habis baca saya akan kongsi lagi entri berkenaan buku MMR ini ye..

Sebenarnya, sesuatu telah berlaku kepada saya apabila saya menghadiahkan buku MMR ini kepada kawan saya. Ia sangat mengujakan kerana saya rasa Allah balas direct. InsyaAllah saya akan berkongsi cerita itu di entri-entri akan datang.


SEDIKIT PERKONGSIAN CERITA BUKU MINI MMR


Pada pendapat saya, sebenarnya, betul..memang ada caranya kita menjemput rezeki...satu adalah dengan cara kita berusaha..selebihnya kita serahkan kepada Allah..

Tetapi, alangkah baiknya jika kita tahu cara yang betul untuk menjemput rezeki itu datang kepada kita..apabila kita amalkan, insyaAllah, rezeki mudah datang kepada kita. Dan adakalanya, rezeki itu datang daripada sumber-sumber yang kita sendiri tak jangka.

Ketika membaca buku mini MMR, saya tak tahu kenapa, cerita yang bakal saya kongsikan ini adalah cerita yang memang melekat dalam kepala otak saya. Harap dapat memberi manfaat kepada anda semua.


SEDEKAH SI PENARIK BECA


Kisah ini dikatakan terjadi di daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia. Seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai kisah yang menarik tentang sedekah.

Pak Kasan mempunyai amalan sedekah yang unik. Setiap hari jumaat, dia akan memberikan perkhidmatannya secara percuma dan begitulah seterusnya.

Pada suatu hari Jumaat, seorang wanita kaya telah menaiki beca Pak Kasan. Seperti kebanyakkan penumpang lain, apabila sampai ke destinasi yang ingin dituju, maka wanita itu bertanya kepada Pak Kasan berapa jumlah tambang yang dikenakan.

Pak Kasan memberitahunya bahawa dia tidak mengenakan sebarang tambang pada hari jumaat. Gembira dengan perkara itu, wanita kaya terbabit berlalu pergi tapi sebenarnya dalam hatinya masih ada perasaan ragu dan sangsi terhadap kebaikan Pak Kasan dan dia berhasrat mahu menguji Pak Kasan pada masa akan datang.

Jumaat minggu seterusnya, wanita kaya itu menaiki lagi beca kayuhan Pak Kasan. Wanita itu memberitahu Pak Kasan bahawa dia mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan  dan menyuruh Pak Kasan untuk membawanya pulang ke rumah. Tanpa berfikir panjang, Pak Kasan terus mengayuh beca pulang ke rumahnya.

Setelah sampai dirumah Pak Kasan, sedarlaah wanita itu akan keikhlasan Pak Kasan. Pak Kasan mempunyai isteri yang solehah dan anak-anak yang baik.

Wanita kaya itu berkata,

"Saya sebenarnya rasa malu dengan Pak Kasan. Pak Kasan hidup dalam sederhana malah dengan serba kekurangan, tetapi Pak Kasan tidak pernah meninggalkan sedekah. Sedangkan saya, hidup dalam kemewahan dan terkadang berlebih-lebihan tetapi tidak pernah memberi sedekah. Maka dengan ini, saya ingin mengajak keluarga Pak Kasan untuk sama-sama menunaikan umrah bersama-sama keluarga saya pada tahun ini."

(cerita saya dah ringkaskan sedikit..)


REFLEKSI DIRI


Bayangkan kita, hidup dalam kemewahan dan kadang-kadang kita memang suka membazir, tetapi amat sayang jika sebenarnya kita tak bersedekah pon kepada orang yang memerlukan. Rugi sangat...

Dikatakan bahawa, duit dalam wallet kita itu adalah bukan milik kita sepenuhnya, tetapi ada bahagian orang lain..mungkin jadi rezeki mak cik jual nasi lemak yang kita makan hari-hari...mungkin jadi duit uncle yang gunting rambut kita..dan sebagainya..

Mana bahagian kita..?..Duit kita atau saham kita sebenarnya adalah apa yang kita dermakan atau infakkan kepada orang lain. Itu adalah saham akhirat kita. Satu daripada sebab mengapa saya berniaga Shaklee adalah kerana mahu membantu lebih ramai orang dan mahu meningkatkan ekonomi ummah. Itu juga adalah apa yang selalu dipesan oleh mentor-mentor saya.

Saya mahu menjadi orang yang tak berkira langsung perihal duit. Jika nak sedekah, kita sedekah dengan hati tanpa rasa risau sedikit pon...Kekadang pabila kita hendak bersedekah, kita masih berkira-kira berapa jumlah yang harus kita bagi...tak ke rase best kalau kita boleh bagi je duit macam tu..tak yah nak pikir-pikir dah..

Sebenarnya, baru-baru ini, selepas saya solat zohor di salah sebuah masjid di Puchong, ketika turun daripada tangga..ada seorang pemuda yang duduk di bahagian bawah tangga dengan tin di sisinya.

Pemuda itu saya kira baru lepas accident kerana kakinya ada luka besar yang masih merah dan dia kelihatan amat tidak bermaya..semasa saya turun, ada beberapa jemaah lain telah menghulurkan sumbangan kepadanya dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam tin disisinya.

Apa yang mengejutkan adalah, selepas duit dimasukkan ke dalam tin itu, pemuda itu terus menadah tangan dan berdoa...saya tidak tahu apa yang di doa oleh beliau..tetapi daripada riak wajahnya saya tahu bahawa dia begitu bersungguh-sungguh dalam permintaan doanya..

Apa yang saya sebak adalah, ketika saya membuka wallet saya, saya hanya mampu memberi begitu sedikit wang kepada beliau. Tak perlu lah saya ceritakan berapa jumlahnya, tetapi memang sangat-sangat sedikit.

Saya cakap kat diri saya, "pemuda itu perlukan pertolongan kau tu, kau hanya mampu sumbang banyak tu jer..!!..Kan best kalau kau boleh bagi wang sampai pemuda itu mampu rawat luka dan kesihatannya hingga pulih.."..

Saya sedih sangat masa tu...tapi apapon saya berdoa agar pemuda itu cepat sembuh dan kembali sihat seperti sebelumnya...

Saya juga berdoa kepada anda yang membaca entri ini agar dimurahkan rezeki melimpah ruah sehingga kita sama-sama mampu membantu dan meningkatkan nilai hidup orang lain. Dan saya juga berharap anda juga berdoa kepada saya agar dimurahkan rezeki dan berjaya dalam perniagaan shaklee saya nie.


HADIAH UNTUK ANDA
Disebabkan saya dah tulis perihal buku MMR nie, saya rasa seronok untuk berkongsi dengan anda. Oleh yang demikian, saya akan berikan dan pos secara PERCUMA  satu set buku MMR (edisi penuh dan mini) kepada 2 orang pertama yang emel atau contact saya dan memberitahu saya bahawa "Saya mahu buku MMR PERCUMA!!"..saya akan menghubungi anda kembali jika anda adalah orang yang bertuah itu...

Jika anda mahu membeli dalam kuantiti yang banyak, apa kata anda berkunjung ke FB page An-Naml Mutqin (sila click) untuk mendapatkan buku MMR ini. Biar kita dan lebih ramai orang tahu cara yang sebenar bagaimana untuk mudahnya menjemput rezeki...

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan,motivasi dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V 

Jemput add saya sebagai friend anda di FB. Saya suka berkawan dan berkenalan dengan anda yang semestinya juga mahu berjaya. Saya pon memang suka dikelilingi oleh orang-orang yang positif dan berjaya.



~~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB LIKE di bawah..ataupon boleh tekan butang SHARE di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...