Wednesday, February 19, 2014

SEMINAR BANGKIT 2014 !!!..


Assalamualikum w.b.t;

Alhamdulillah, ahad lepas (16 Feb) saya berkesempatan pergi ke Seminar BANGKIT 2014 yang diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Saya seperti biasa, bangun awal pagi dengan semangatnya untuk pergi ke seminar nie. Sebab malam sebelumnya, saya telah set otak saya yang besoknya saya akan pergi ke seminar BANGKIT 2014 nie.

Ini adalah seminar kedua Dr Azizan yang saya hadiri secara percuma. Sebab tu saya excited giler untuk pergi. Lagipon, saya dah rasai sendiri keseronokan seminar Dunia Usahawan 2014 yang lalu. (Baca di sini perihal seminar dunia usahawan 2014)

Tak cukup dengan itu, hari sebelumnya iaitu pada hari sabtu, saya telah bertemu dengan satu daripada mentor perniagaan shaklee saya. Memang dah excited sangat la katakan. Dah kena motivasi "kaaw-kaaw" dengan mentor pastu pergi BANGKIT 2014 pulak. (Baca disini perihal saya jumpa dengan mentor saya)

Lepas breakfast nasi lemak, makan vitalea multivitamin untuk beri tenaga ekstra. Amik Lecithin pulak untuk pecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. (kan makan nasi lemak, nanti lama-lama boleh berlemak badan kalau tak ambil..haha)...saya pon bersiap sedia untuk bergerak ke Hotel Berjaya Times Square KL menunggang motosikal.

Saya bertolak dalam pukul 7.15 pagi dan sampai lebih kurang pukul 7.35 pagi. Saya tahu, macam sebelum ini juga, jika datang lambat..memang duduk kerusi belakang la jawabnya. Silap-silap kena berdiri ataupon duduk kat lantai je..

So, saya datang awal sedikit kali ini sebelum seminar bermula jam 8 pagi. Dan apabila saya sampai tu pon, memang ramai giler dah orang tengah beratur untuk daftar masuk.

Tak percaya, jom tengok:

Bahagian Lelaki Di Depan Pintu Masuk

Semua Tak Sabar Nak Masuk Dewan Seminar

Barisan Bahagian Wanita Sebelum Masuk Dewan

Memang ramai kan, saya ingat saya dah awal dah, rupanya lagi ramai yang awal daripada saya. Betul la apa orang selalu cakap "Jika orang lain cepat seminit, kita lambat sesaat, memang habis la peluang kita.."

Saya bukan apa, dalam seminar dunia usahawan yang lalu, saya duduk di bahagian tepi sekali, jauh dari pentas, tu yang rase tak best tu..Alhamdulillah, kali ini dapat duduk kerusi ke-enam dari depan pentas, okay la kan. Nampak dah muka DAO dekat-dekat.


CERITA LA SIKIT TENTANG SEMINAR BANGKIT NIE..


Secara umumnya, seminar bangkit nie macam apa yang anda dapat lihat dalam gambar diatas. Kepada saya, seminar ini lebih kepada mengenal potensi diri kita untuk berani lakukan apa sahaja yang kita mahukan dalam hidup kita.

B.A.N.G.K.I.T itu sendiri membawa maksud BISNES AKAN NAIK GUNA KUASA ILMU dan TINDAKAN.

Jika ada ilmu tetapi tidak bertindak pon tak berguna. Tapi jika tak ada ilmu, tak reti-reti nak pergi cari mentor atau pergi seminar...yela, kita kan nak ilmu tu..kena la pergi cari..

Tak dapat dinafikan, kita memang kena sanggup belajar untuk berjaya. Percayalah, dalam apa bidang sekalipon, kena ada ilmu. Ilmu memang penting. Nasib baik saya ada group dan mentor yang super awesome untuk bantu saya dalam bisnes shaklee saya..thor baik.!!

MENTALITI MASYARAKAT KITA


Memang menjadi kebiasaan mayarakat kita untuk dididik melalui proses yang begini:

Belajar rajin-rajin dan pandai-pandai, besar nanti boleh kerja dengan kerajaan, boleh hidup senang dan selesa.. (selesa lah sangat..!!!)

Secara jujurnya, saya pun diberitahu sedemikian. Tapi tak bermakna apabila kita gagal dalam akademik bermakna gagal lah hidup kita kan. Ade je study tak habis, tapi berjaya dalam hidup. Pengasas FACEBOOK contohnya, tak habis pon degree dia, tapi masih boleh berjaya dalam hidup.

Jangan salah anggap apa yang saya beritahu, bukannya belajar itu tak bagus, cuma jika kita gagal dalam sesuatu perkara, tak bermakna kita gagal semua perkara kan.

Apa yang menarik adalah, memang ramai yang suka kerja makan gaji sebenarnya,cumanya...anda tidak akan pernah ada banyak masa untuk diri sendiri dan orang lain.

Sebab apa?..Kerana anda berfikir perihal duit malah membuang banyak masa mencari duit. Cuba anda bayangkan jika anda tidak perlu risau perihal duit. Pastinya anda akan punya banyak masa untuk diri dan orang lain. Mesti bestkan.

Apa yang saya dapat adalah, ramai orang berniaga kerana dia mahu membeli lebih banyak masa disamping mahu menambah nilai hidup orang lain.


MARI KITA BAYANGKAN JIKA KITA :-


-> tak perlu risau mengenai kewangan
-> ada lebih banyak masa untuk keluarga dan anak-anak
-> boleh bawa mak ayah pergi jalan-jalan kemana sahaja mereka suka
-> ada banyak masa nak tingkatkan amalan rohani, ataupon buat kerja kemasyarakatan
-> boleh bawa parents pergi melawat adik-beradik yang lain
-> boleh support parents pergi haji dan umrah
[dan banyak lagi sebenarnya]

Saya tak tahu anda, tetapi saya, apabila berkeluarga nanti, memang saya nak melihat anak saya membesar...dapat menghantarnya ke sekolah tanpa menyuruhnya menaiki bas, menjemput pulang dari sekolah...mesti lebih bermakna hidup saya..

Tetapi, saya yakin bahawa mesti ramai ibu bapa juga mahukan sedemikian, tetapi saya yakin dan percaya bahawa masih ramai juga yang memberikan kepercayaan terhadap orang lain untuk menjaga anak mereka..betul tak..

Saya yakin dan percaya bahawa, perkara sebegini hanya boleh diperoleh jika kita melakukan perniagaan ataupon melakukan pelaburan saham.

Ketika menghadiri seminar ini, saya berjumpa dengan ramai orang yang berjaya. Satu daripadanya adalah usahawan muda yang hanya berumur 21 tahun, tetapi income sudahpon 4 angka sebulan secara konsistance. Memang dasyat..!!..

Tak kurang juga yang saya jumpa, ramai yang masih mencari dan tercari-cari apakah peluang terbaik untuk berniaga dan meningkatkan taraf hidup. Bagi anda yang masih berfikir-fikir sama ada haruskah aku berniaga, ataupon minat berniaga, tetapi tidak mengetahui apakah bentuk-bentuk peluang yang ada, apa kata anda download dan baca e-book FREE nie.



PENGAJARAN DAN ILMU YANG DIPEROLEH
Satu daripada perkara baru yang saya belajar adalah konsep "THE POWER OF VIZUALIZATION"


Akal manusia terbahagi kepada dua iaitu sedar (conscious) dan bawah sedar (subconscious). Minda bawah sedar merujuk kepada apa yang kita rasa ataupon jiwa (internal) kita.

Ramai yang tahu dan mungkin juga ramai yang tidak tahu adalah apa yang kita cakapkan sebenarnya adalah doa kita. Makin banyak dan kerap kita cakap dan ulang, makin kuat sebenarnya doa itu.

Apabila kita berdoa mengharapkan sesuatu, kita sebenarnya menggunakan akal sedar kita. Tetapi alangkah lebih baik jika kita menambahnya dengan akal bawah sedar kita. Bagaimana??

Pada saat inilah kita menggunakan konsep THE POWER OF VISUALIZATION tu.

Ketika berdoa, bayangkan bahawa kita telah pon mendapatnya. Doa kita seumpama kita bersyukur kerana Allah kurniakan perkara ini terhadap kita. Ini adalah apa yang dikatakan bersangka baik dengan tuhan.

KITA DOA DAN YAKIN BAHAWA ALLAH AKAN MAKBULKAN DOA KITA DENGAN CARA MEMBAYANGKAN YANG KITA TELAH MEMPEROLEH PERKARA ITU.

Sebab itu, dalam gambar diatas, saya ada meletakkan tanda "FOCUS ON THIS!!"...Apa itu...itu adalah RESULT..!!!

Jangan berfikir bagaimana caranya kita akan mendapatkannya, tetapi utamakan RESULT, seumpama kita telah pon dapat apa yang kita hajati itu.

Maka disinilah letaknya keyakinan kita terhadap Allah, percaya bahawa Dia akan MENUNJUKKAN JALAN KEPADA KITA..DIA AKAN LORONGKAN JALAN YANG TERBAIK KEPADA KITA BAGAIMANA KITA MAHU MENCAPAI PERKARA ITU..

Itu adalah the POWER OF DOA...LAW OF ATTRACTION..!!..

Contoh mudah:
Jika anda berdoa dan mengharapkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan matematik, doa dan bayangkan bahawa anda sedang melihat markah seratus atau gred A pada kertas matematik itu. 

Picture the situation, baru bertambah kuat doa kita..
Mungkin Allah akan datangkan petolongan dalam bentuk yang kita tidak sangka seperti kita hanya study dan fokus beberapa topic sahaja..dan topic-topic yang kita study itu lah yang masuk periksa.

Sebenarnya, ada banyak lagi pengajaran yang saya peroleh. Mungkin saya akan kongsikan lagi dalam entri-entri akan datang. Menghadiri seminar-seminar begini sebenarnya membuka mata dan membuatkan kita hidup.

Bagaimana?..Apabila kita sentiasa meningkatkan ataupon upgrade ilmu-ilmu kita, baru otak kita berjalan dan hidup sebenarnya. Kita akan rase bahawa sebenarnya, banyak lagi perkara yang kita tak tahu tapi orang lain tahu.


ANTARA PERKATAAN DAO YANG MELEKAT DALAM OTAK...


"Ramai-ramai ikut apa yang saya buat nie..letak tangan kanan di kepala, letak tangan kiri macam nie (separa dada) cakap Apa yang ada dalam nie (otak / tangan kanan) akan menentukan jumlah pendapatan hidup kita,.... makin banyak dalam nie (otak)..., makin tinggi pendapatan kita dan begitulah sebaliknya"

"Jangan mempersoalkan mengapa kereta FERRARI mahal, sebaliknya, kenapa kita tidak soal dan berfikir bagaimana kita boleh meningkatkan taraf hidup kita agar kita mampu pakai FERRARI"

"The more you give, the more you get back"

Kata-kata akhir dari saya..memang super duper awesome seminar-seminar anjuran RICHWORKS nie...anda yang belum pernah hadir, dinasihatkan untuk hadir..bukan semata-mata kerana perniagaan sahaja, tetapi lebih dari itu sebenarnya..kenali diri, personaliti, kerohanian, hubungan dengan masyarakat dan keluarga..merangkumi semua aspek la senang cerita..MEMANG THORRBAIKK..!!

SEMINAR BANGKIT 2014 THORRBAIKK!!!

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V 

Jemput add saya sebagai friend anda di FB. Saya suka berkawan dan berkenalan dengan anda yang semestinya juga mahu berjaya. Saya pon memang suka dikelilingi oleh orang-orang yang positif dan berjaya.

~~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB LIKE di bawah..ataupon boleh tekan butang SHARE di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp)


   


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...