Sunday, February 2, 2014

SIHAT KE AIR KENCING AKU??!!

Assalamulaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih diberi peluang masa da kesihatan oleh maha Esa untuk menulis entry blog untuk kali ini. Diharap anda sentiasa sihat dan semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya dan begitulah seterusnya.

Untuk post kali ini, SIHAT KE AIR KENCING AKU??!!...Apa maksudnya?...Maksudnya adalah bagaimana dengan hanya melihat warna air kencing kita, kita dapat menentukan tahap kesihatan badan kita. 

Secara asasnya, ada 3 warna urine macam kat bawah nie:



Warna Putih (Clear) dan Kuning Cerah (Light Yellow) menunjukkan anda terhidrasi dengan baik. Keadaan ini berlaku kerana kekerapan pengambilan air kosong oleh badan (clear urine colour) ataupon kuantiti air yang diambil oleh badan dalam kuantiti yang diperlukan (light urine colour). Keadaan ini menunjukkan buah pinggang anda berfungsi dengan baik.

Namun begitu, jika air kencing anda berwarna Kuning Pekat (Dark Yellow), awas anda perlu berhati-hati kerana ini menunjukkan badan anda sebenarnya kekurangan air. Buah pinggang anda perlu bekerja keras untuk menapis dan menyerap nutrient. Ketika melakukan proses penapisan, buah pinggang amat memerlukan air. Jika air yang dibekalkan tidak cukup, maka proses ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan mengakibatkan banyak nutrient tidak dapat diserap dan hanya dibuang melalui urine.


LETS GO MORE DETAIL..
Jika air kencing berwarna jernih, ini menunjukkan terlebih air..keadaan ini dianggap lebih sihat berbanding dehydration (kekurangan air dalam badan). Tetapi dari sudut pemeriksaan ujian dadah, ini boleh menunjukkan percubaan untuk mengelak daripada pengesanan dadah dalam sistem badan.

Jika air kencing berwarna kuning atau kuning cair, ini menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. Terdapat ubat seperti Rifimpin (rawat Tuberculosis) yang mampu menukarkan air kencing menjadi kuning.

Jika ada cecair merah keluar bersama urine anda, ini bermaksud berkemungkinan anda mempunyai masalah batu karang, penyakit atau kanser buah pinggang atau kanser pada saluran kencing. Kencing berdarah juga dinamakan Hematuria. (Sila dapatkan nasihat doktor dengan segera ye..)

Jika anda memakan ubi, ini boleh menyebabkan urine anda bertukar menjadi kilauan merah jambu. Keadaan ini tidak merbahaya dan hanya sementara.

MAKAN UBI PON BOLEH TUKAR WARNA URINE JADI PINK

Air kencing yang berwarna gelap atau perang menunjukkan simptom demam kuning, rhabdomyolysis (condition of skeletal muscle to breakdown) ataupon sindrom Gilbert (condition which level of bilirubin or liver enzyme are abnormal in bloodstream).

Jika air kencing berwarna kuning gelap, ini menunjukkan badan anda kekurangan air (dehydration).


URINE COLOUR CHART
Urine Colour Chart akan menunjukkan jika anda perlu minum lebih banyak air berdasarkan warna air kencing. Kalau dehydrated maka makin gelap la warna urine tu..




Nak lagi jelas tengok yang nie pulak.



MORAL OF THE STORY
Minum la banyak air kosong (sekitar 2 hingga 3 liter sehari) agar buah pinggang kita akan berfungsi dengan lebih baik ketika proses penapisan. Elakkan minum minuman yang mengandungi caffein, jika tidak buah pinggang kena kerja lebih keras untuk menapis dan ini akan menyebabkan air kencing kita akan menjadi warna kuning pekat.
ORANG SURUH MINUM AIR..DIA TENUNG PULAK..!!

Namun jika anda hendak mudahkan kerja buah pinggang anda, boleh la makan Vitamin C Shaklee umpamanya. Ini kerana Vitamin C mampu menyerap bahan-bahan yang tak sepatutnya berada dalam darah seperti plumbum agar memudahkan proses filtering by kidneys. 


VITAMIN C SHAKLEE


~terima kasih kerana sudi baca, semoga bermanfaaat~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri, dan jika anda merasakan penulisan ini memberi manfaat kepada anda, dipersilakan untuk share agar lebih ramai mendapat manfaat daripadanya*


Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...