Thursday, March 6, 2014

BROGA HILL TELAH DITAWAN..!!



Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas agar dapat mengingati kisah suka duka masa lalu. Yang baik jadikan teladan, yang buruk mintak dijauhkan.

Rasa rugi pulak jika tidak tulis satu daripada memori menarik iaitu mengenai Bukit Broga.
Mungkin ada diantara anda yang telah bertandang ke Semenyih untuk menakluki sendiri Bukit Broga ini. Memang best..memang awesome bagi saya.

Walaupon, tahun lepas saya sampai ke puncak Broga ini, tetapi seronok juga untuk saya berkongsi apa pandangan saya mengenai bukit Broga Hill ini.


LAME RASENYA TAK HIKING..


Jika tak silap, last saya mendaki bukit yang agak tinggi juga adalah ketika masa kem Recreational and Adventure pada awal tahun 2013Recreational and Adventure satu daripada courses yang ditawarkan untuk kokurikulum di UTP. Bertempat di Maxwell Hill, Bukit Larut, Taiping.

Tinggi la sangat yang teramat. Jika anda nak naik sehingga ke puncak, pastikan anda membawa bekalan air yang secukupnya..sedikit throwback. Awesome pictures. Credit to camera man.

Melompat-Lompat Semua Apabila Sampai Ke Puncak..!!

Berbalik kepada Bukit Broga, pada tarikh 16 November 2013 perjalanan kami bermula seawal jam 3 pagi. Bergerak dari Pantai Dalam ke Wangsa Maju dan kemudian ke Bukit Broga. Walaupon menghadapi sedikit cabaran ketika dalam perjalanan, namun segalanya dapat diatasi..Alhamdulillah.

Kami sampai dengan 4 biji kereta kira-kira pukul 6 pagi. Yet, dah ramai giler orang dan parking yang disediakan di kawasan bawah bukit juga hampir penuh. Dengan kemudahan tandas dan surau kecil yang disediakan, kami semua solat subuh dahulu sebelum memulakan agenda menawan puncak Broga Hill.

Apa yang menariknya, memang ramai orang datang ke Bukit Broga adalah untuk menikmati pemandangan matahari terbit ataupon sunrise. Jika anda lambat sampai ke puncak, memang melepas la nak tengok sunrise tu..memang cantik..

Matahari Menampakkan Sinar

Keluarlah Wahai Matahari Menunjukkan Wajah..!!

Dapat Tengok Sunrise at Broga Hill

Saya antara orang terawal sampai dan berjaya melihat matahari terbit..memang cantik..udara segar..berkabus..segar bugar..keletihan hilang dengan sendirinya...memang terbaik..

Bagi saya, laluan mendaki Bukit Broga ini agak mencabar, tambah-tambah nak sampai ke puncak. Memang curam habis. Maybe almost 60 degree or something. Memang agak mencabar, tetapi laluan bertali serta small human made ladder turut disediakan. Memudahkan orang lain untuk mendaki. (Banyak pahala siapa yang buat tu..) 

Secara logiknya, masa yang diambil untuk sampai ke first lookout point adalah sekitar 40 minit. Ada lebih kurang tiga atau empat lookout point di puncak. Mestilah semakin tinggi perlu didaki untuk mendapat view yang terbaik.

Mungkin ramai juga yang sukakan pandangan Bukit Broga sehingga saya dapati ada beberapa orang yang turut mendaki sambil membawa camera DSLR. Memang nak tangkap gambar terbaik la tu. Saya kamera handphone sudah memadai. 

Tetapi, apabila berada di atas, saya teruja kerana melihat seorang uncle yang membaca surat khabar sambil makan dan minum. Malah, dia duduk di tempat yang memang cantik untuk fotografi. Memang cantik....Cuba tengok kat bawah..

AWESOME...!!.. NICE POSITION AND VIEW TO CHOOSE FROM..

Terasa begitu teruja dengan keadaan itu, tanpa segan silu terus mintak kat uncle tu newspaper yang dibacanya..dan konon-kononnya nak ambil gambar serupa posisinya di tempat yang sama.

Lebih kurang la..but yet still nice view though..!!..Thanks to cameraman.

Because Reading Newspaper At Home Is Too Mainstream..!!

Selepas hampir 3 jam la jugak berada di puncak, menikmati pemandangan dan mengabil gambar...kami semua mulakan perjalanan turun ke kaki bukit. Biasanya, kalau turun, memang sekejap jer..20 minit jer rasanya...

Terima kasih kepada penganjur yang juga merupakan kawan-kawan UTP saya. Memang terbaik...memang menarik....sayangnya tak bawak makanan..Jika tidak, memang best berkelah dan makan sambil menikmati pemandangan di atas puncak Bukit Broga.

Kenangan di Bukit Broga, Semenyih, Selangor pada 16 November 2013. Terima Kasih Semua..(^_^)V

THANK YOU GUYS AND GIRLS...YOU ALL ....AWESOME..!!!

Mungkin Bukit Broga ini juga sesuai untuk dijadikan lokasi pilihan bagi mereka yang sukakan cabaran. Membawa keluarga bersama-sama mendaki bukit ini juga bagus...dapat eratkan bonding.

Pastikan bawa bekalan air yang secukupnya..nak best lagi bawa makanan sekali..tetapi jika anda terlupa untuk membawa air..jangan risau kerana di atas puncak itupon ada orang jual air juga..Very smart marketing strategy..people in need, they thirsty so they will pay although its costly little bit...


BEGITULAH KEHIDUPAN..


Adakalanya, kita terpaksa menempuhi perit dan kesakitan sebelum kita memperoleh sesuatu yang kita harapkan. Analoginya, sebelum sampai ke puncak Bukit Broga, kami terpaksa melalui laluan yang BERLIKU-LIKU, CURAM, LICIN, BERLALANG yang boleh meruntuhkan semangat kami untuk sampai ke puncak. Tetapi, kami tidak berputus-asa dan redah juga sampai ke puncak.

Jika ada diantara kami yang berhenti dan membuat keputusan untuk berpatah balik dan turun ke bawah, sudah semestinya ada diantara kami yang tak akan dapat melihat bagaimana keindahan puncak Bukit Broga itu.

Oleh itu, jangan sesekali berputus-asa mengejar apa yang kita impikan kerana segala keperitan dan kesakitan yang dilalui adalah cabaran yang akan menguatkan lagi semangat kita untuk berjaya..

STAY POSITIVE...STAY STRONG....!!!...


InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan,motivasi dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V 

~~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB LIKE di bawah..ataupon boleh tekan butang SHARE di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...