Wednesday, March 19, 2014

FOKUS JALAN ANDA & BUAT TAK DENGAR JER..!!


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, bersyukur kerana hari ini masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup dan dapat update lagi entri terbaru untuk blog kali ini.

Semasa di IMKK 2014 baru-baru ini, begitu banyak ilmu yang diajarkan oleh guru saya iaitu Dr Azizan Osman. Rasa rugi sangat-sangat jika kita tidak berkongsi kepada orang lain. (sila klik untuk entri IMKK)
Hari ini saya nak berkongsi mengenai ketakutan ataupon FEAR. Jika di IMKK Dr Azizan akan mengangkat kedua-dua tangan ke bahu dan cakap "FEAARR". Terdapat banyak FEAR yang dikongsikan semasa IMKK.

To be exact, there are 14 FEARS that being define in IMKK. Ketakutan inilah akan menjadi penghalang kepada setiap orang untuk melakukan sesuatu.


Untuk kali ini, suka untuk saya berkongsi dengan anda satu ketakutan yang diajarkan ketika di IMKK. Fear ini jika tidak dilawan, boleh meruntuhkan semangat jiwa raga dalam melakukan setiap perkara. Fear ini juga boleh menyebabkan kita terasa teragak-agak untuk melakukan sesuatu.

Kerana apa teragak-agak..??..Yela, bila nak buat sesuatu je, fikir apa orang akan cakap erk..??!!.. Kalau aku buat macam nie, nanti orang cakap aku sombong macam mana erk..?!!..dan berbagai-bagai "erk" lagi nanti.

Fear yang saya nak cerita ini adalah FEAR OF CRITICISM. Nak buat sesuatu tetapi takut orang kritik macam-macam pula nanti. Kita takut mendengar kritikan orang lain.


CERITA KATAK...

STYLE GILER KATAK NIE..AMAZON HORNED FROG!!
Kenapa tetiba letak gambar katak nie..??..Ketika membincangkan perihal FEAR OF CRITICISM ini, Dr Azizan ada berkongsi perihal cerita katak. Ceritanya begini;

Terdapat satu negeri katak yang diketui oleh Raja Katak. Raja Katak itu sebenarnya mencari satu calon katak yang sesuai dan terbaik untuk dikahwinkan kepada Puteri Katak.

Lalu, setelah difikirkan beberapa kali, maka Raja Katak pon mendapat satu akal untuk mengadakan satu pertandingan bagi mencari katak yang paling kuat di kalangan katak-katak dalam negeri katak itu.

Pertandingannya begini, katak yang dapat memanjat ke bahagian paling atas pisang akan dikahwinkan dengan puteri katak. Namun begitu, pisang tadi telah dilumurkan dengan minyak. Pastinya ianya sukar untuk sampai ke puncak kerana keadaan licin pada pisang.

Jadi, berkumpulah semua katak-katak dalam negeri katak itu, yang tua mahupon muda dari segenap pelusuk negeri katak bagi menyaksikan pertandingan itu. Memang meriah..Maka katak-katak yang hendak mengambil bahagian pon bersedia..

Lalu satu per satu katak membuat percubaan untuk memanjat pisang yang licin itu. Ganjaran menanti adalah dikahwinkan Puteri Katak, pastinya semua katak mahu mencuba.

Namun begitu, setelah semua katak mencuba, kebanyakkan mereka gagal untuk sampai ke puncak. Namun begitu, ada satu katak yang terus mencuba dan mencuba lagi. Hampir semua katak-katak yang berada berhampiran mengatakan ini adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Namun, katak yang tadi tetap terus mencuba dan terus mencuba.

Akhirnya, katak tadi pon berjaya sampai ke puncak dengan megahnya. Lalu, Raja Katak sungguh gembira dan terus mendapatkan katak yang telah berjaya tadi untuk mengenalinya.

Lalu, Raja Katak bertanya,

"Apa nama kamu, beta sungguh gembira kerana akhirnya beta berjaya bertemu juga dengan calon sesuai bagi puteri beta.."

Namun, katak itu hanya mendiamkan diri dan tidak membalas apa-apa sahaja yang ditanyakan oleh Raja Katak kepadanya. Lalu Raja Katak menjadi hairan mengapa katak yang berjaya ini diam sahaja.

Secara tiba-tiba, muncul mak katak ini dalam kalangan penonton dan bertanya,

"Ada sesiapa nampak anak saya..??..Dia secara tiba-tiba hilang. Tolong cari dia kerana dia tak dengar jika kita panggil dia..Dia pekak..!!"


MORAL OF THE STORY...

Begitulah kisahnya..jadi apa kaitan Cerita Katak dan Fear of Criticism. Jika anda nak tahu, katak inilah katak yang jenis tak dengar apa orang cakap terhadapnya. Dia tahu apa dia buat.

Dia mahu sampai ke puncak atas pisang, jadi dia hanya fokus kepada matlamatnya untuk sampai ke puncak sahaja. Dia tak peduli apa orang lain kata sebab dia kan PEKAK. Mana boleh dengar.

Jadi kepada mereka yang sedang berusaha mencapai sesuatu dalam hidup anda, jangan pedulikan apa kata orang lain terhadap anda. Mungkin mereka akan kata bahawa perkara itu mustahil untuk kita capai. Jika kita mendengar cakap mereka, maka pastinya kita pon akan mudah berputus-asa.

Sebaliknya, jadilah KATAK PEKAK, fokus sahaja jalan anda dan teruskan usaha dalam mencapai kejayaan dan matlamat anda. Biarlah apa orang nak cakap. Kerana kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang.

Dr Azizan pesan "Buat tak tahu sahaja, kadang-kadang apa yang mereka cakap itu, mereka sendiri tidak tahu dan tidak arif mengenainya..mereka pandai cakap jer"

InsyaAllah, banyak lagi perkongsian dalam entri-entri akan datang. Perkongsian santai yang boleh memberi manfaat dan inspirasi insyaAllah.

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V

Jemput add saya sebagai friend anda di FB. Saya suka berkawan dan berkenalan dengan anda yang semestinya juga mahu berjaya. Saya pon memang suka dikelilingi oleh orang-orang yang positif dan berjaya.
~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB like di bawah..ataupon boleh tekan butang share di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...