Monday, March 17, 2014

IMKK 2014 AWESOME...!!!


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi jantung yang berdegup sihat untuk menghirup udara sehingga ke hari ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan THORBAIK..!!

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah makbulkan permintaan saya untuk menghadiri Intensif Magnet Kekayaan dan Kekayaan 2014.


Sebenarnya, apabila saya pergi ke Bangkit 2014 (sila klik untuk baca), tak terlintas langsung di hati saya bahawa saya akan ke IMKK2014. Saya merasakan agak mahal tiket yang ditawarkan. Yela, student lagi, mana nak cari duit sampai beratus-ratus untuk pergi ke IMKK.

Seminar Bangkit 2014 itu diadakan untuk mengajak lebih ramai orang pergi ke program IMKK sebenarnya. Saya jumpa usahawan muda dan dia berkata bahawa IMKK ini wajib pergi...

Saya tanya kenapa pula..dia cakap bahawa IMKK inilah tempat kita MENCUCI KOLAM JIWA..dia cakap lagi, nanti Dr Azizan akan ajar perihal ALPHA WAVE..state of mind which the correct time to SUBMIT your DOA and GOALS so that Allah hear and will approced it

Saya pon terus la berhubung dengan MENTOR SHAKLEE saya dan tanya perihal ALPHA nie..macam best je bunyinya kan...memandangkan dia pernah pergi ke IMKK sebelum-sebelum ini, dia pon cakap yang ALPHA nie kena RASA....susah nak cerita macam tu je..dan kalau nak rasa kena pergi IMKK... (sila klik untuk entri Tunjuk Ajarku Sifu)

Apa yang saya buat lepas tu..?..Saya doa dekat Allah.."Ya Allah, bagilah aku tiket murah satu yang mampu untuk beli tiket ke IMKK"...saya belajar di Bangkit 2014 bahawa apabila kita berdoa dan mintak kepada Allah..bayangkan kita sudah mendapatkannya..

Maka setiap kali saya berdoa, saya bayangkan saya sudah berada dalam IMKK 2014 ini...dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya..

Tetiba keluar posting Master macam nie..


Wahh..saya pon terus grab the oppurtunity and personal messege beliau. Alhamdulillah, dapat tiket pada harga yang saya mampu untuk bayar iaitu tiket general pada harga RM 333. 

Tetapi lepas itu saya dapat tahu bahawa ada yang pergi free je...Free bukan sebab apa, sebab ada orang sponsor..seandainya saya mintak dan doa tiket free, insyaAllah boleh dapat juga..but's its okay, RM 333 is really good enough for me.

Dah settle, terus apply cuti untuk hari khamis dan jumaat. Alhamdulillah, saya senang je dapat cuti walaupon syarikat tempat praktikal memang buzy dan perlukan pekerja tambahan sebenarnya.

Lepas itu, saya terus prepare minda saya kerana ini adalah program intensif pertama yang saya join berbanding dua seminar percuma sebelum ini. Program ini intensif kerana program ini berlangsung 4 hari 3 malam.


Selepas selesai mendaftarkan diri pada hari khamis, saya pon menunggu sesi pertama yang akan bermula pada pukul 2 petang. Sengaja saya pergi awal dan sampai 3 jam sebelum program bermula kerana saya tahu jikalau seminar Dr Azizan nie, confirm ramai giler orang. 

Pada tepat jam 2 petang, pintu dewan seminar The Mines pon dibuka. Tetapi pada pandangan saya sejak pukul 1.40 petang dah ramai beratur depan pintu dewan seminar. Yela, semua orang nak duduk di bahagian hadapan la katakan.

Jika anda membeli tiket SUPER SUPRIME, DIAMOND dan VIP, tempat duduk anda telah dikhaskan di bahagian hadapan sekali. Betul-betul di hadapan pentas. Namun jika anda membeli tiket general macam saya, terpaksa la berebut-rebut untuk duduk bahagian hadapan di tempat general.

Apa-apapon, sudah berada di dalam dewan itu sendiri memang lebih baik daripada berada di luar.




SEDIKIT PERKONGSIAN DARI SEMINAR

Dalam sesi hari pertama di IMKK, DAO ada menceritakan banyak perkara sebenarnya, tetapi untuk kali ini saya hanya berkongsi perihal,

THE POWER OF EXPECTATION

Mudah cerita, the power of expectation means apa matlamat dan doa yang kita mintak pada Allah, kita yakin bahawa kita akan dapat. Sebenarnya, Allah itu memang suka kepada hambanya yang meminta-minta terhadapnya.

DAO pesan, jika kita mahu dan nak sahaja tidak cukup...malah kita sebenarnya kena expect atau jangka bahawa perkara itu kita akan dapat. Disini letaknya keyakinan kita terhadap maha pencipta.

Siapa yang sebenarnya memberi rezeki kepada kita, tentunya Dia yang maha kuasa. Kerja hambanya adalah meminta sahaja kepada Dia. Dia berhak menunaikan atau tidak.

Namun jika Dia tidak menunaikan lagi, janganlah kita terus berhenti mencuba. Kerana pastinya Dia mahu mendengar lebih banyak keluhan kita. Mungkin juga Dia sedang menguji kita bahawa betulkah kita betul-betul mahu apa yang kita minta.

Lebih baik sebenarnya jika kita minta dan expect akan dapat. Ini apa yang dikatakan sebagai Bersangka Baik Dengan Tuhan. Kita minta dan kita bersangka baik bahawa Dia pasti menunaikan hajat kita.

Tetapi satu perkara yang pasti, doa dan permintaan kita akan lebih mudah naik (didengar) jika kita mempunyai hati yang bersih. Perihal pembersihan kolam jiwa insyaAllah saya akan berkongsi pada entri-entri akan datang.


FEEDBACK BOARD



Penuh orang tulis yang IMKK nie awesome just on the first day. Memang terbaik. IMKK bukan sahaja menceritakan perihal perniagaan sebenarnya, ianya adalah satu seminar yang mencuci kolam jiwa kita biar bersih agar doa dan hajat kita Allah mudah makbulkan.

Ianya perihal mengenal erti diri sendiri supaya lebih dekat dengan Maha pencipta...Memang best...more to spiritual for me..how you forgive others and yourself..appreciate what you have that others don't...dan sebagainya..

Jika biasa kita cakap "Aku bersyukur dengan itu dan ini"....tetapi dalam IMKK ini, anda akan diajar bagaimana untuk RASA BETUL-BETUL dan DALAM-DALAM apa yang anda syukur itu...bukan hanya sekadar di bibir...memang best...


NETWORKING TABLE

IMKK menyediakan networking table untuk mereka yang hendak mengedarkan flyers atau exchage business card..DAO pesan bahawa ketika menuntut ilmu..belajar betul-betul...tak payah nak sibuk edarkan flyers bagai..



SAYA SERONOK SANGAT DAPAT JUMPA MASTER

Dikesempatan IMKK ini juga, saya telah berpeluang berjumpa dengan satu daripada mentor business Shaklee saya, iaitu En Mohd Firdaus Mat Saad. Saya sempat berjumpa dengannya sekejap sahaja kerana dia ini femes, ramai orang nak jumpa dia. Ramai sangat nak ambil gambar dengan beliau.

Saya pon sempat la snap satu gambar. Ambil aura orang berjaya semoga kita juga boleh menjadi seperti dia. Perwatakan beliau sangat humble, saya ingatkan garang orangnya...hehe..(^_^)V



BANYAK SANGAT ILMU BERGUNA UNTUK UPGRADE DIRI

Sepanjang saya menghadiri seminar IMKK 4 hari 3 malam ini, memang banyak banyak banyak sangat ilmu yang diajarkan kepada saya. Ilmu bagaimana mengenal diri, ilmu mencuci kolam jiwa, ilmu bagaimana membina kekayaan, apakah attitude orang berjaya, dan sebagainya..

The power of Focus...The power of Gratitude (syukur), The power of persistance, Think extraordinary and others..

memang best sangat sebenarnya IMKK ini, kepada mereka yang belum pernah menghadiri IMKK ini, the ENERGY and AURA yang SUPERB hanya berlaku di IMKK...dia RASA lain macam sangat...lain macam yang POWERFULL...

InsyaAllah, saya bercadang akan berkongsi lebih lagi lepas ini segala ilmu yang saya ada mengenai IMKK ini dalam entri-entri akan datang...Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya..

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V 

Jemput add saya sebagai friend anda di FB. Saya suka berkawan dan berkenalan dengan anda yang semestinya juga mahu berjaya. Saya pon memang suka dikelilingi oleh orang-orang yang positif dan berjaya.
~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB like di bawah..ataupon boleh tekan butang share di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp)

1 comment:

  1. Anda Kaya dan Berjaya. Jom follow blog hanie. www.hanielovekhairudin.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...