Thursday, March 20, 2014

KEEP MOVING FORWARD..!!


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih dikurniakan tubuh badan dan jari yang sihat dan sempurna untuk terus berkongsi entri terbaru buat anda semua.

Kali ini nak bercerita tentang effort dan usaha. Satu intipati daripada konsep FEARs. FEARs apa pula yang saya nak kongsi kali ini...jom teruskan membaca.

Jika entri sebelum ini, saya ada menceritakan perihal FEAR OF CRITICISM dan cerita katak pekak. Katak yang jenis tidak mendengar apa orang lain kata kepadanya. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai FEAR OF FAILURE. (sila klik untuk cerita Fear of Criticism)



FEAR OF FAILURE...

Fear of failure ataupon "takutkan kegagalan" adalah satu daripada 14 fears yang dikongsikan oleh Dr Azizan. Ada cerita best yang disampaikan mengenai fear of failure nie. Nanti saya cerita yer..


Fear of failure nie boleh dikatakan begini. Kita takut untuk membuat sesuatu perkara kerana kita takutkan kegagalan. Ataupon, kita tak nak buat sesuatu kerana kita merasakan apabila kita melakukan perkara itu, kita akan gagal.

Dalam entri IMKK awesome (sila klik), saya ada kongsi perihal "Power of Expectation". Perkara ini seakan-akan berhubung kait dengan Fear of Failure ini.

Kerana apa..??.. Hal ini kerana sebelum melakukan sesuatu kita takut akan kegagalan. Seolah-olah kita telah jangka ataupon expect kegagalan akan menemui kita apabila kita melakukan sesuatu perkara.

Sebelum ini saya ada share kata-kata Dr Azizan " Apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa, apa yang kita buat, itu semua adalah doa". Adakah anda nampak apa kaitannya..? (sila klik untuk entri DOA)

Ianya seperti anda telahpon berdoa melalui sangkaan anda bahawa jika aku buat perkara ini aku akan gagal. Jika anda selalu tanamkan perkara ini dalam diri anda, maka makin kuatlah doa anda dan kebarangkalian anda untuk GAGAL memang tinggi kerana anda yang minta.

Sebab itu anda takut GAGAL. FEAR OF FAILURE inilah yang menghalang kebanyakkan orang untuk berjaya. Buat dan expect gagal, baik tak payah buat. At least, kita berdoa kepada Allah bahawa apabila kita buat sesuatu, Allah mudahkan urusan kita. Dengan ini kita lebih yakin untuk melakukan sesuatu perkara.


CERITA PAKAR PANGGIL HUJAN...!!


Seperti yang dijanjikan pada permulaan entri ini, saya akan berkongsi satu kisah mengenai bomoh hujan yang boleh dikaitkan dengan fear of failure ini. Kisahnya begini yer ;

Cerita ini dikatakan berlaku di Zimbabwe. Terdapat satu perkarangan kawasan kecil menyerupai kampung di satu wilayah Zimbabwe. Kampung kecil ini dinamakan Malue. Kampung Malue ini begitu lama tidak disirami dengan air hujan. Habis semua tanaman mati dan tanah menjadi kering kerana kekurangan air.

Ketua Kampung Malue, Narie melakukan semua perkara bagi memanggil hujan untuk turun namun tidak berjaya. Akhirnya, dia mendengar di kampung sebelah terdapat satu pakar panggil hujan bernama Zimba. Zimba begitu terkenal dalam usahanya memanggil hujan.

Kerana apa...ini kerana Zimba begitu mahir memanggil hujan dan apabila Zimba datang sahaja, pastinya hujan akan turun. Begitu hebat Zimba ini.

Oleh yang demikian, maka Narie pon mendapatkan Zimba dan menyuruhnya memanggil hujan turun di Kampung Malue. Setibanya Zimba bersama pembantunya di Kampung Malue, Zimba dan pembantunya terus menyediakan peralatan khas untuk memanggil hujan iaitu satu bubu yang dipacakkan berdiri dan satu tongkat.

Apabila bersedia, Zimba pon terus menari mengelilingi bubu tadi sambil mengangkat tongkat yang dipegangnya ke atas. Zimba begitu tekun menari mengelilingi bubu itu.

Orang Kampung Malue semua melihat akan perbuatan Zimba itu. Namun selepas satu jam, hujan masih tidak turun. Selepas dua jam juga begitu. Selepas 3 jam, Narie, ketua Kampung Malue naik berang dan berjumpa dengan pembantu Zimba.

Narie bertanya kepada pembantu Zimba.." Sampai bila Zimba nak menari pusing keliling bubu ini cik"

Maka pembantu Zimba pon menjawab..."Zimba memang begini, DIA AKAN MENARI SAMPAI LAH HUJAN TURUN...!!!..Sebab itu dia terkenal dengan gelaran PAKAR PANGGIL HUJAN..."

Begitulah ceritanya, saya pon tidak tahu akan pengakhiran kisah itu sebenarnya, tetapi apa yang pasti, jika Zimba menari sampai turunnya hujan, maka dia berjaya melakukan apa yang Narie kehendakkan..tidak gitu..?!!


MORAL OF THE STORY...


Pengajaran daripada kisah Zimba si pakar panggil hujan ini adalah, jangan sesekali mengalah. Pastinya ada jalan untuk setiap permasalahan. Jika kita takut untuk teruskan, pastinya kita akan berhenti di pertengahan jalan.

Pastinya kita tidak dapat apa yang kita hajatkan itu. Dr Azizan pesan sebegini:

"ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG MELAKUKAN SATU KERJA SEHINGGA HABIS"

Satu daripada rahsia sifat orang berjaya adalah mereka mulakan sesuatu dan buat sampai habis. Satu kejayaan kecil disambut seperti sudah melakukan kejayaan besar. Kerana apa..?

Kerana kejayaan besar pastinya bermula dengan kejayaan kecil. Jadi tidak salah untuk menghargai usaha kita selepas kita berjaya melakukan sesuatu kejayaan kecil sebenarnya. Ucapkan "tahniah" pada diri sambil tepuk dada. InsyaAllah, kita akan lebih menghargai diri kita sebenarnya.


InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V

Jemput add saya sebagai friend anda di FB. Saya suka berkawan dan berkenalan dengan anda yang semestinya juga mahu berjaya. Saya pon memang suka dikelilingi oleh orang-orang yang positif dan berjaya.
~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB like di bawah..ataupon boleh tekan butang share di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...