Sunday, March 2, 2014

RENDANG AYAM ORANG BUJANG..!!


Assalamualaikum w.b.t;

Hari hujung minggu (Ahad), memang menjadi kebiasaan kita berehat kat rumah la kan. Tapi seorang daripada housemate saya nak memasak katanya.

Saya tanya nak masak apa?..dia cakap nak Masak Rendang Ayam..Wahh, macam hari raya pula..Jadi suka untuk saya berkongsi bagaimana orang bujang macam kami nie masak yer..


JOM MASAK RENDANG AYAM..


Sebelum memulakan proses memasak, kena la kita pergi cari bahan-bahan untuk masak kan. Jadi, selepas breakfast, bersiap sedia la nak pergi cari bahan-bahan. Nasib baik ada kedai runcit berhampiran Pantai Dalam nie, tak payah nak pergi mall dah.

Apa lagi kita pon cari la bahan yang diperlukan seperti halia, lengkuas, serai, santan, kerisik dan banyak lagi. Lepas nie saya cerita lebih detail yer..


Dah nama pon nak masak rendang ayam. Mesti la kena ada ayam kan. So, bajet separuh bahagian sudah cukup untuk kami-kami semua. Mintak la tolong abang kedai tu keratkan ayam..Nak kerat sendiri kat rumah, memang susah la jawabnya kan..mana ada pisau besar tu..hehe..


Selepas dapat ayam, ada lagi satu bahan utama yang masih belum jumpa iaitu kerisik dan santan. Selamat kedai bertentangan ada jual bahan-bahan berasaskan kelapa.

Jumpa kerisik paket di kedai bertentangan..lepas tu beli kelapa parut la untuk dijadikan santan. Terima kasih kepada kakak yang sudi parutkan kelapa guna mesin tu. (^_^)V


Selepas dirasakan cukup segala bahan keperluan untuk memasak, kita pon pulang ke rumah untuk meneruskan agenda seterusnya..MEMASAK RENDANG AYAM..

Saya tak reti sangat nak memasak, tetapi boleh la tolong yang mana patut kan. Balik tu terus saya cuci ayam la...Dulu biasa dah buat kerja-kerja macam nie kat KFC..hahaha..




Housemate saya merangkap chef rendang ayam nie mestilah melakukan kerja-kerja lain yang lebih mencabar. Daripada hiris bawang merah, halia, lengkuas, serai...dan sebagainya...




Lepas hiris semua bahan-bahan tadi, kita kisar (blend) sehingga hancur. Boleh siap sedia untuk tumis pulak selepas itu...


Sambil menumis, dengan menggunakan api sederhana..tumis sehingga naik sedikit bau, baru boleh dimasukkan ayam dengan kerisik serta santan.

TUMIS DULU SEGINGGA NAIK BAU WANGI..

MASUKKAN SANTAN DAN AYAM

Selepas itu boleh disusuli dengan sedikit cili gilis dan asam jawa untuk menambah rasa pedas dan masam sedikit..


MASUKKAN SECUKUP RASA CILI GILIS DAN ASAM JAWA
Nampak macam dah bertukar warna kekuning-kuningan itu, boleh la masukkan kerisik, garam, dan MAGGI secukup rasa...dan teruskan kacau dengan api yang perlahan yer..

KERISIK DARIPADA PAKET DIMASUKKAN

Teruskan mengacau dengan menggunakan api sederhana sampai ayam masak sempurna...Boleh masukkan sedikit cili kecil jika suka rendang yang pedas sikit yer..

KACAU JANGAN TAK KACAU...

Terpulang kepada anda mahukan rendang yang macam mana..sama ada banyak kuah atau kering...jika mahu kering, boleh kacau sampai rendang jadi kering la..tapi kami buat sederhana kering jer..nak rasa ada kuah sikit tu..

Langkah terakhir..jika anda berpuas hati dengan rendang anda, boleh masukkan hirisan daun kunyit ..rendang pon siap untuk disediakan..

RENDANG AYAM SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

Memang terbaik...memang sedap kawan saya masak nie...sedap hingga menjilat jari tangan...walaupon tak ikut sukatan sangat...tapi memang sedap untuk dimakan....

Terima kasih yer housemate tolong masakkan rendang untuk kita..(^_^)V..

Untuk bahan-bahan masakan boleh refer kat bawah yer, cara masakan macam tertulis di atas..(lebih kurang laa..)


Bahan-bahan:
1. Ayam (separuh)
2. Santan (800ml)
3. Kelapa parut (segenggam jeh)
4. Daun kunyit (satu helai besar)

Yang dikisar:
1. Bawang merah (4 biji sebesar bola pingpong. kalo byk2 pon xpe)
2. Halia (3 inchi)
3. Lengkuas (2 inchi)
4. Serai (4 batang)

Bahan perasa (boleh tambah ikut rasa tekak)
1. Kerisik (2 sudu besar)
2. Asam jawa extra adabi (2 sudu kecil)
3. Garam (3 cubit)
4. MAGGI Secukup Rasa (3 cubit)
5. Gula (optional)


THANKS & CREDIT TO MOHAMAD ZULKARNAIN MOKHTAR for the delicious recipe.. (^_^)V


InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan,motivasi dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V 

Jemput add saya sebagai friend anda di FB. Saya suka berkawan dan berkenalan dengan anda yang semestinya juga mahu berjaya. Saya pon memang suka dikelilingi oleh orang-orang yang positif dan berjaya.

~~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB LIKE di bawah..ataupon boleh tekan butang SHARE di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...