Tuesday, March 11, 2014

REVOLUSI PERNIAGAAN ONLINE..!!


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus memberi dan memberi cerita serta perkongsian menarik kepada mereka yang sudi baca. Diharapkan anda semua sentiasa sihat-sihat sahaja yer..walaupon cuaca panas dan berjerebu sekarang nie.

Hari ini saya nak bercerita mengenai Revolusi Perniagaan Online. Satu revolusi yang telah merubah cara manusia memasarkan produk serta perniagaan mereka dengan hanya menggunakan internet sahaja.


DULU VS SEKARANG


Terlalu banyak perbezaan antara dulu dan sekarang. Itu apa yang kita namakan sebagai revolusi. Perubahan ke arah sesuatu yang lebih baik, moden, mudah dan menyenangkan. Revolusi dalam perniagaan misalnya, telah merubah cara dan strategi peniaga dalam memasarkan barangan serta perkhidmatan mereka.

Semua ini berlaku dengan ada dan wujudnya internet. Maka lahirlah istilah 'Online Marketing'. Online marketing pastinya lebih mudah berbanding offline marketing.

Jika dulu, peniaga perlu mencari pelanggan untuk memasarkan produk mereka. Tetapi sekarang, dengan adanya google sebagai agen carian mudah di internet, maka segala urusan jual beli boleh dilaksanakan di alam maya sahaja.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pendekatan offline marketing masih lagi digunapakai sehingga sekarang malah ianya masih lagi releven sebenarnya. Ianya juga boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda jika anda tahu akan strategy yang berkesan untuk digunakan.

Dalam buku karangan Dr Azizan Osman dan Aqiff Azizan yang bertajuk "Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan" ada diceritakan perihal offline marketing yang mudah dan praktikal.

Antara perkara yang dikongsikan adalah strategi EDAR FLYERS dan FORMULA 30 BANNER. Strategi yang mudah dan berkesan. Teknik ini sesuai digunakan untk mengusai wilayah jajahan takluk anda. Satu proses pengembangan perniagaan serta perkhidmatan yang anda sediakan.


Tetapi boleh dikatakan hanya 10% sahaja yang menggunakan pendekatan offline marketing nie. Selebihnya iaitu 90% lagi menggunakan medan internet sebagai medium untuk berniaga serta mencari pelanggan.


MENGAPA ONLINE MARKETING LEBIH DIMINATI..


Berdasarkan apa yang saya baca serta perkongsian daripada mentor-mentor saya, satu daripada mengapa online marketing lebih digemari adalah kerana ianya MUDAH..!!

MUDAH DARI SEGALA CARA....!!

Seandainya anda mempunyai perniagaan online, pastinya anda tahu bahawa melakukan perniagaan online ini tidak memerlukan pekerja. Anda tidak perlu menguruskan pekerja-pekerja anda. Anda hanya boleh fokus terhadap perniagaan dan diri anda sahaja.

Syarikat dan kedai pon tidak diperlukan. Perniagaan begitu mudah dengan hanya ada laptop dan internet. Semudah ABC. Sesiapa sahaja boleh berniaga di alam maya ini. Nak lagi best apabila anda boleh melakukan perniagaan sambil-sambil boleh goyang kaki di rumah..itu terbaik..!!

Barangan dan produk tidak perlu disimpan terlalu banyak. Senang apabila kita berniaga, tetapi pada masa yang sama, kita tidak perlu menyimpan barangan perniagaan. Dengan hanya menggunakan papan kekunci komputer riba, segala urusan jual beli boleh dilaksanakan.

Amatlah mudah berniaga secara online sekarang ini. Apabila saya berhasrat melakukan perniagaan Shaklee, ini adalah antara perkara yang saya fikir serta ambil berat..(selain daripada modal serendah RM65, kurang risiko serta potensi besar...malah mentor-mentor yang hebat menjadikan perniagaan ini satu pelaburan yang begitu baik untuk berjaya)

Saya tak perlu uruskan pekerja, tak perlu syarikat..cukup sekadar small office home office (SOHO) serta tak perlu simpan produk yang banyak..yang bestnya apabila produk akan terus dihantar kepada pelanggan yang berminat sehingga sampai ke hadapan rumah mereka sendiri. Settle.!!


ONLINE MARKETING MEMANG POWER..!!


Percayalah, bahawa online marketing nie memang power..Ianya akan jadi POWER apabila anda ada mentor, ilmu, sistem dan strategi pemasaran yang mantap.

Yang bestnya, anda tidak perlu mencari pelanggan anda, meraka akan datang mencari anda jika mereka memerlukan perkhidmatan anda. Itu yang terbaik. Untuk melakukan perkara itu, anda juga perlukan ilmu marketing yang power.

Alhamdulillah, saya dikongsikan secara terperinci oleh mentor-mentor Shaklee bagaimana mahu membuat pelanggan datang mencari saya apabila mereka memerlukan konsultasi kesihatan secara percuma ataupon mahu membeli produk Shaklee daripada saya.

Ini apa yang kami panggil sebagai teknik jemput-jemput. Tetapi sayangnya, saya tidak dibenarkan berkongsi teknik rahsia ini secara terbuka. Teknik serta rahsia ini hanya dikongsikan kepada mereka yang bersama-sama melakukan perniagaan Shaklee dalam group hebat mentor-mentor saya. 

Teknik rahsia serta beberapa amalan tambahan inilah telah menyebabkan sales Shaklee saya semakin meningkat dari saban hari ke saban hari. Memang best..!!!..


RAMAI KENALAN DI ALAM MAYA..


Dengan adanya internet, maka terciptalah facebook, twitter serta instagram sebagai media sosial. Cuba bayangkan, sebenarnya dengan berbekalkan satu 'klik' sahaja, apa yang anda kongsikan akan dibaca oleh hampir seluruh kenalan rapat anda. Best kan...

Sebaliknya, bayangkan pula jika anda perlu bergerak dari rumah ke rumah untuk menjual produk serta perkhidmatan anda. Pastinya ianya memenatkan serta menyusahkan.

Jika saya, pastinya saya suka pendekatan mempromosikan produk tanpa perlu bersusah payah. Malah, promosi saya akan dilihat oleh ramai orang di alam maya berbanding di dunia nyata.

Cuba bayangkan jika anda mempunyai ramai kenalan, secara logiknya juga network anda akan berkembang luas. Potensi barangan serta perkhidmatan anda untuk diterima serta digunapakai oleh orang lain adalah tinggi. Betul tak..

Sebab itu saya cakap bahawa Online Marketing ini memang power jika anda tahu caranya. Apabila saya menulis, secara tidak langsung saya telah berkongsi kepada anda beberapa tips serta strategi yang saya gunakan juga bagi meningkatkan jualan Shaklee saya. Tak pe, memang mentor saya suruh berkongsi pon, tetapi yang asas sahaja, yang lebih mendalam dan high level..itu adalah rahsia dalam group mentor Shaklee saya sahaja...hehehe..

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini, sebelum saya tutup apa kata layan satu video untuk lihat revolusi perniagaan online. Sebenarnya, memang besar potensi perniagaan di alam maya jika anda tahu caranya..(^_^)V




InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan,motivasi dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V 

Jemput add saya sebagai friend anda di FB. Saya suka berkawan dan berkenalan dengan anda yang semestinya juga mahu berjaya. Saya pon memang suka dikelilingi oleh orang-orang yang positif dan berjaya.


~~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB LIKE di bawah..ataupon boleh tekan butang SHARE di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...