Saturday, March 8, 2014

THE POWER OF GIVING..!!


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis entri terbaru untuk kali ini. Harap para pembaca sentiasa sihat walaupon musim jerebu dan cuaca yang tak menentu nie.

Entri kali ini adalah sambungan satu daripada entri yang terdahulu iaitu entri Mudahnya Menjemput Rezeki. (klik untuk baca entri Mudahnya Menjemput Rezeki)


Kali ini saya nak bercerita tentang The Power Of Giving. Jika anda telah membaca entri Mudahnya Menjemput Rezeki tu, saya ada tulis yang sesuatu telah berlaku kepada saya yang saya rasakan Allah balas secara direct selepas saya menghadiahkan buku itu kepada kawan saya.

Tetapi sebelum itu, suka untuk saya mengucapkan tahniah kepada dua orang yang telah membaca entri Mudahnya Menjemput Rezeki dan memberitahu saya personally bahawa "SAYA NAK BUKU MMR PERCUMA". Selamat sudah diberikan. Fast action..fast result yer..!!!..InsyaAllah, lepas nie mungkin ada hadiah lagi..(^_^)V..


RASA MACAM TAK PERCAYA JER..


Secara jujurnya, memang saya tak percaya apa yang berlaku terhadap saya selepas saya memberikan buku itu kepada kawan saya. Apa yang berlaku sebenarnya..??.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah, TIGA KALI MAKAN LEPAS TU ADALAH PERCUMA..YESS..PERCUMA SEBAB ORANG BELANJA..LUNCH DUA KALI DINNER SEKALI.

Ceritanya macam nie, selepas saya poskan bungkusan yang mengandungi satu set buku Mudahnya Menjemput Rezeki (edisi mini dan penuh) kepada kawan saya, hari-hari seterusnya, makan saya ada orang belanja.

Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali...Alhamdulillah..syukur kepada Allah.

Pertama ketika lunch. Saya sekarang masih berpraktikal di sebuah syarikat berteraskan elektrik di Puchong, Selangor. Kebiasaannya, ketika rehat, mestilah kita nak pergi keluar makan.

Memang menjadi kebiasaan saya makan dengan SV (supervisor) saya pon, tetapi kali ini dia ditemani dengan kawan-kawannya. Setelah lama berfikir nak makan dimana, akhirnya mereka decide untuk makan di Chicken Rice Shop.

SAJE NAK LETAK GAMBAR AYAM...

Actually, ini adalah kali pertama makan di restoren chicken rice shop tu. Saya pon order la macam biasa kan. Pilih menu dan set sekian-sekian. Dipendekkan cerita, masa nak bayar, kawan sekerja SV saya bayarkan untuk satu meja.

Ada la untuk empat orang juga. Tak tahu berapa nilainya, tetapi mahal la kot. Bila kita nak bayar balik, dia kata.."Tak pe, tak pe..aku belanja". Sebenarnya, dia baru pulang dari site. Bila pulang dari site nie, memang penuh la elaun duit dalam wallet. Mungkin nak dijadikan rezeki kami kot.

Sape tak suka dan gembira apabila dapat makan FREE kan. Memang seronok la saya. Dah jimat duit untuk lunch.


TAK PE..TAK PE..AKU DAH BAYAR...AKU BELANJA..!!


Seronok macam muka kat atas apabila orang cakap dia belanja kita makan. Secara spontannya kita akan cakap "SERIUS KO BELANJA"...dia akan jawab.."YE, AKU BELANJA MAKAN"

Dekat kawasan Pantai Dalam nie, ada satu gerai nasi ayam yang famous la juga rasanya. Siap masuk paper lagi. Memang kadang-kadang kami satu rumah makan di gerai nasi ayam tu pon. Sedap nasi ayamnya.

Seperti biasa la, apabila hari cuti, masa inilah kami semua nak makan atau lunch sesama. Jika di office, kita makan dengan office mate, masa dekat rumah kita makan dengan house mate la.

Lepas decide nak makan dekat gerai nasi ayam tu, gerak dan order nasi ayam macam biasa la. Dia macam dejavu sikit, apabila nak bayar, satu daripada house mate cakap, "TAK PE..TAK PE..AKU DAH BAYAR..AKU BELANJA"..

Kami semua pon seronok la ada orang nak belanja. Saya tak pasti angin apa yang telah masuk kedalam dirinya..mungkin baru dapat elaun kot dan terasa nak belanja orang. Kita pon, bersyukur..murah rezeki...jimat lagi duit makan.

Di saat ini, saya dah rasa something. Kenapa aku asyik dapat makanan FREE je nie. Masa makan dekat chicken rice shop hari sebelum ini, tak rasa apa-apa lagi. Tetapi apabila kali kedua nie, otak dah mula berfikir. Rezeki Allah nak bagi rasanya...syukur.

Mungkin ada antara yang baca merasakan "biasalah orang nak belanja kan, apa yang peliknya..rezeki kamu la tu"...Jom baca next free DINNER yang saya rasakan amat ajaib dan special.


DALAM BANYAK-BANYAK ORANG KAT SITU..KENAPA KAMI..!!


Cerita kali ini best, masih dalam mood tahun baru 2014 haritu. Kami pon keluar untuk bersiar-siar di kawasan sekitar Shah Alam. Biasalah, selepas puas berjalan-jalan, kami pon jadi lapar la...Nak cari tempat makan.

Lepas fikir dan fikir, akhirnya dapat idea nak makan di satu tempat femes berhampiran dengan iCity iaitu di restoren BARRA. Mungkin ada yang tahu, dan mungkin ada yang tidak tahu restoren BARRA nie. Jemputlah datang ke restoren nie, mungkin anda pon akan dapat apa yang kami dapat.

Saya tak tahu kenapa, dalam banyak-banyak customer yang berada di situ, kami yang bertuah. Bertuah??..Kenapa bertuah...?.. Kerana kami telah diBARRARIZED oleh kru-kru restoren BARRA nie.

Apa yang berlaku jika anda diBARRARIZED??..JAWAPANNYA...ANDA TAK PERLU MEMBAYAR MAKANAN YANG ANDA MAKAN....BEST NYER!!..ITS TOTALLY FREE..!!

Masa tu kebanyakkan dari kami order nasi goreng ayam barra. Harga RM6 la jugak, tak termasuk air lagi. Taw pulak makan free, memang dah jimat dah.

Masa itu, tetiba, ada abang datang sapa dan tanya dan dialog dia lebih kurang macam nie..:

"Makan sedap adik...Ada nak order apa-apa lagi tak adik..??"

"Erm..okay..sedap-sedap....dah cukup dah nie rasanya"

"Okay, kalau macam tu..tahniah...makan FREE yer"

"Wahh..makan free ker..alhamdulillah" (seriusly muka semua happy giler)

"Pegang nie, kita nak ambil gambar sikit yer"...

Gambar ini yang dia ambil..(retrieved from official FB page Restoren BARRA)


Jika ada diantara anda yang tinggal berdekatan Shah Alam, apa kata makan restoren femes nie, Restoren BARRA. Mungkin rezeki anda makan percuma macam kami nie kan, memang best!!!..(^_^)V


JIKA ANDA TAK BERI..MACAM MANA ANDA NAK DAPAT..!!


Back to the topic, THE POWER OF GIVING....saya bukan nak cerita yang sebab saya mereka ini dapat makan free. Apa yang saya nak bagitahu adalah, rezeki kita ini boleh datang daripada mana-mana sahaja. Mungkin rezeki kita pada hari ini adalah kerana kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain pada masa lalu. 

Mungkin ada diantara kawan saya yang suka bersedekah. Jadi 'tempias' kebaikan mereka itu terkena juga kepada saya apabila Allah balas dengan 'BARRARIZED' dan kami pun dapat makan free di restoren BARRA tu. 

The point here, jika anda tak memberi, macam mana anda nak menerima. THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK.

Tetapi jika anda suka menerima, tak suka memberi, ianya akan jadi tak balance. Tak ada the LAW OF ATTRACTION tu...kita tak bagi then kita harap orang lain nak bagi kat kita. It's just not fair. 

Satu daripada perkara yang mentor saya pesan adalah BAGI PERKARA KEPADA ORANG LAIN SEPERTIMANA KITA HARAPKAN ORANG BERI KEPADA KITA.

Konsepnya mudah..JIKA ANDA NAK KAYA..BANYAKKAN BERSEDEKAH.....JIKA ANDA HENDAK RASA DISAYANGI, MAKA ANDA PERLU MENYAYANGI...JIKA ANDA NAK ORANG LAIN SENYUM DEKAT ANDA, ANDA KENA SENYUM DEKAT ORANG LAIN...begitulah seterusnya..

Satu daripada sebab mengapa saya melakukan perniagaan adalah untuk lebih memberi serta menambah nilai terhadap orang lain..itulah adalah konsep perniagaan sebenar yang beribu-ribu kali dipesan oleh mentor saya...

Yakin dan percayalah bahawa, Allah maha kaya..kekadang rezeki kita tanpa kita jangka Allah bagi...tambah pulak kalau kita rajin bersedekah, kita lakukan apa yang Allah suka, memang Allah pon suka la nak bagi kat kita...

THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK...!!!..INSYAALLAH..

Sebelum saya tutup entri kali ini, jom kita layan video di bawah ini...memang nak nangis juga tengok video nie..MUNGKIN ANDA AKAN PAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN THE POWER OF GIVING... 


Nie ada lagi bende PERCUMA nak bagi, kepada anda yang suka akan kisah motivasi dan keusahawanan, apa kata anda download dan baca ebook PERCUMA nie. Memang best..!!. Saya dah habis baca dah..TERBAIK..!!



InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan,motivasi dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V 

Jemput add saya di FB anda, saya juga suka berkawan dengan mereka yang positif agar semua diantara kita boleh berjaya di dunia dan akhirat.

~~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB LIKE di bawah..ataupon boleh tekan butang SHARE di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...