Tuesday, March 18, 2014

THE POWER OF WORDS...DOA..!!


Assalamualaikum wbt;

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis lagi entri terbaru untuk kali ini. Diharap anda semua sihat-sihat senantiasa hendaknya. Semangat IMKK masih membara-bara nie.

Kali ini saya nak bercerita mengenai doa. Doa adalah perkara dan permintaan hajat dan matlamat kita terhadap tuhan kita.

Jika anda perasan, banyak penulisan saya berkisarkan diri atau bagaimana kita menambah nilai terhadap diri kita disamping menjemput rezeki itu datang kepada kita.

Dalam entri SEMINAR BANGKIT 2014(sila klik), saya ada berkongsi perihal doa dan visualization. Dimana kita yakin dan mintak sesungguh-sungguhnya terhadap sesuatu perkara yang kita hajati dan hendakkan. 

Seterusnya, kita yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Apabila kita yakin, sebenarnya semakin kuat doa kita. Ini kerana kita telah fokus akan perkara apa yang kita mahukan ketika doa.


DOA APA SAHAJA YANG ANDA MAHU


Kita yakin bahawa Allah maha kuasa, kita yakin bahawa Allah boleh melakukan apa sahaja..oleh yang demikian, mintalah doa apa sahaja yang anda inginkan dalam hidup anda...

Sesungguhnya, apabila kita berdoa kepada Allah...Allah suka kepada hambanya yang meminta-minta kepadanya...tetapi jika manusia, pastinya manusia jelek dan marah apabila kita selalu meminta kepada mereka...

Jangan hanya ingat Allah ketika susah, malah ingatlah Allah juga ketika senang dengan bersyukur dan bersedekah...serta mengucapkan ALHAMDULILLAH..

Senang ceritakan...doa sahaja apa yang anda mahu...dan pastikan doa anda jelas dan spesifik...jika anda mahu kereta baru..pastikan anda minta spesifik kereta apa yang anda mahu..ini kerana kereta lembu juga kereta..takut hajat yang lain nanti dapat benda lain pula..hehehe..contoh doa spesifik seperti ini...

"Ya Allah Ya Tuhankan...aku teringin sangat nak pakai kereta BMW 750Li warna biru pada umur aku 35 tahun, bantu aku Ya Allah agar aku boleh bantu diri aku sendiri untuk mendapatkannya..Kau tunjukkanlah jalan yang terbaik agar aku dapat mencapai apa yang aku hajati"

Spesifik tak, nak kereta apa?...warna apa?..bila boleh dapat?...lagi specific lagi bagus...(Nak lagi dasyat bayang terus dah dapat kereta BMW 750Li macam kat bawah nie ketika berdoa..hehe...)

The same concept also can be applied to other things. Berdoalah kepada Allah kerana hanya kepada Allah tempat kita meminta dan meluahkan isi hati kita.


SETIAP SAAT KITA BERDOA SEBENARNYA



Percayakah anda bahawa setiap saat kita berdoa sebenarnya. Apa yang saya maksudkan bukan secara literally  setiap saat itu bermaksud "setiap saat". Tetapi ia boleh diumpamakan seperti setiap saat kita sedang meminta dan menyampaikan hajat kita.

Dalam IMKK 2014 yang telah saya hadiri (sila klik untuk baca IMKK 2014 AWESOME!!), Dr Azizan Osman ada cakap bahawa ;

APA YANG KITA FIKIR, APA YANG KITA CAKAP, APA YANG KITA RASA DAN APA YANG KITA BUAT, ITU SEMUA ADALAH DOA..!!

DAO berkata sedemikian kerana perkara ini sebenarnya ada kaitan dengan satu daripada hadis yang mengatakan Allah mengikut prasangka hambanya. Hadisnya, berbunyi seperti ini:

Hadits abu hurairah r.a. ia berkata rasulullah saw.bersabda: "Allah berfirman: 'Aku berada pada sangkaan hamba-Ku, Aku selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku, jika ia mengingat-Ku pada dirinya maka Aku mengingatnya pada diri-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam suatu kaum, maka Aku mengingatnya dalam suatu kaum yang lebih baik darinya, dan jika ia mendekat kepada-Ku satu jengkal maka Aku mendekat padanya satu hasta, jika ia mendekat pada-Ku satu hasta maka Aku mendekat padanya satu depa, jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari." 

Adakah anda nampak apa kaitannya..? Saya bagi contoh macam ini yer:

Kita minta kepada Allah sesuatu yang berbunyi seperti ini "Ya Allah, Kau bagilah aku dapat naik pangkat pada bulan ini Ya Allah..ameen."

Tetapi ada satu sudut di hati kita ragu-ragu dan seakan-akan kita sendiri tidak yakin dengan perkara yang kita doakan. Bahasa mudahnya, jika kita sendiri tidak yakin, macam mana Allah nak yakin bagi dekat kita.

Sebaliknya, anda begitu yakin benar bahawa permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, tetapi anda tidak berusaha bekerja bersungguh-sungguh dan memberi terbaik dalam melakukan pekerjaan anda. Secara logiknya, memang kirim salam la jawabnya.

Benar, Allah maha kaya...Allah boleh lakukan apa sahaja termasuklah menaikkan pangkat kerja kita. Allah berhak bagi kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Tetapi apabila kita tidak berusaha, ia akan ada kaitan dengan maksud surah Ar-Rad' ayat 11:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

Ini apa yang dikatakan oleh DAO sebagai LAW OF ALIGNMENT ketika di IMKK baru-baru ini..apa yang kita doa tak selari dengan perbuatan kita. InsyaAllah, cerita Law Of Alignment akan saya kongsikan di lain kesempatan.  

Apabila pulang daripada IMKK terasa mengapa perlu lebih banyak memberi serta menambah nilai hidup orang lain. Makin mendalam kepahaman ayat ini,

"Hidup kita akan lebih bernilai jika kita memberi dan menambah nilai terhadap hidup orang lain."


Akhir kata, jom layan video menarik mengenai THE POWER OF WORDS...!!...change your words, change your world..!!





InsyaAllah, saya akan terus berkongsi dengan anda semua tips-tips dan cerita-cerita mengenai kejayaan, perniagaan, kesihatan dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Apa yang penting adalah hidup kita memberi manfaat kepada orang lain. (^_^)V

Jemput add saya sebagai friend anda di FB. Saya suka berkawan dan berkenalan dengan anda yang semestinya juga mahu berjaya. Saya pon memang suka dikelilingi oleh orang-orang yang positif dan berjaya.
~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB like di bawah..ataupon boleh tekan butang share di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje

*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!


Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...