Sunday, March 9, 2014

UTP ALUMNI BOWLING TOURNAMENT 2014..!!


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menulis lagi entri terbaru mengenai boling. Diharap anda semua sihat-sihat senantiasa. 

Alhamdulillah, baru-baru ini saya bersama-sama ahli rumah saya diberi kelapangan dan kesempatan oleh Allah untuk bersama-sama memeriahkan pertandingan bowling Alumni UTP 2014 berlangsung di Wangsa Maju.


UTP ALUMNI BOWLING TOURNAMENT 2014..!!!

Inline image 1

Alamak....alumni dah ke.??. Belum alumni UTP lagi..tetapi insyaAllah bakal Alumni UTP tahun depan. Kami masih berpraktikal sebenarnya..atas budi bicara penganjur kejohanan boling ini, permohonan kami untuk menyertai kejohanan ini dibenarkan. (Terima kasih penganjur)

Sekadar memeriahkan majlis dan memeriahkan suasana. Tetapi, bila difikirkan balik, inilah kali pertama saya berpeluang menyertai pertandingan boling..kawan-kawan saya ada yang pernah menyertai pertandingan peringkat negeri lagi...seriusly, apabila kita bermain untuk kejohanan, terasa amat berbeza daripada kita main untuk suka-suka..Memang gemuruh jiwa...kejohanan la katakan..

Satu team dianggotai oleh 4 orang. Kejohanan disertai oleh 7 team yang semuanya adalah Alumni UTP kecuali team kami. Team Intership...

Kejohanan bermula pada pukul 10 pagi dengan sesi pendaftaran. Kira-kira setengah jam kemudian, pertandingan dimulakan. Kesemua pasukan diberikan masa 5 minit untuk melakukan beberapa balingan untuk practice or turn up the mood.

TEAM E10 (EE JAN10)


Sempat juga buat dua balingan...tepat jam 10.40 pagi, pertandingan pun bermula. Ada tiga game yang dan team yang mempunyai accumulate score paling tinggi dikira juara.

7 Teams yang bertanding dalam kejohanan ini adalah :
1 - XOXO
2 - REBOWLUTION
3 - OUTLAST
4 - SPARE
5 - E10
6- BA104
7- BA105

Memang bukan calang-calang team yang bertanding nie taw, dasyat-dasyat semuanya...jom kita lihat snapshot yang sempat diambil.

ABANG DARI TRAM REBOWLUTION..SPINNER..

MEMBER FROM SPARE TEAM ALSO SPINNER

MEMBER FROM E10 WITH CUPS STYLE

MEMBER FROM E10 WITH POWER TARGETING
ERMM..NO COMMENT..!!..d(^_^)b...

Lepas hampir 2 jam kejohanan dilangsungkan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari, semua pasukan selesai menamatkan 3 game yang diberikan. Selepas berakhir permainan, tiba masanya untuk acara penyampaian hadiah.




Rasanya dah boleh agak siapa yang menangkan..TEAM REBOWLUTION la yang menang..memang terbaik dorang nie semua..

Saya cerita 3 teams terbaik sahaja yer..
1 - REBOWLUTION (1715 total pins)
2 - XOXO (1605 total pins)
3 - OUTLAST (1573 total pins)

Power giler team REBOWLUTION tu, memang layak la menang kan..tengok total pins..1751...dasyat..dasyat...!!!

TEAM REBOWLUTION 
Yang bestnya tournament nie adalah ada cabutan bertuah. Setiap pemain akan dapat satu numbor khas yang akan digunakan untuk sesi cabutan bertuah. Hadiah dia bukan calang-calang taw, daripada RICE COOKER, KIPAS MEJA, SPEAKER , dan banyak lagi la hadiahnya. Ada 7 hadiah kalau tak silap.

Alhamdulillah, jadi antara orang yang bertuah juga dalam kalangan mereka yang bertanding. Rezeki Allah nak bagi.


SERONOK MUKA DAPAT BLANKET BESAR TU..MEMBER PULAK DAPAT KIPAS..!!

Lepas tamat sesi penyampaian hadiah, pihak penganjur menyediakan makanan untuk para peserta. Memang terbaik juga makanan dia.




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kru-kru pengurusan ALUMNI UTP kerana berjaya menganjurkan UTP ALUMNI BOWLING TOURNAMENT 2014..yang bagi saya sungguh awesome dan terbaik...diharap pada masa akan datang akan ada lagi pertandingan sebegini rupa untuk merapatkan hubungan sesama para bowlers.

Keep the good works..!!.. (^_^)V..TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KEPADA KRU PENGURUSAN YANG TERLIBAT..TERBAIK..!!

KETUA PENGANJUR KEJOHANAN ABANG SHAFIE MEMBERIKAN HADIAH KENANG-KENANGAN KEPADA PRESIDENT ALUMNI UTP 

~~terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, dan jika anda merasakan anda mendapat manfaat daripada entri ini, dipersilakan untuk tekan button FB LIKE di bawah..ataupon boleh tekan butang SHARE di sebelah kiri entri ini..

semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi inspirasi kepada anda, jika bukan anda, insyaAllah bermanfaat untuk rakan-rakan anda yang laen..Terima Kasih kerana sudi baca dan akhir kata... Assalamualaikum~~

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

3 comments:

  1. YE....best..best..insyaAllah..kalau ade lagi tahun depan...kita join insyaAllah.. (^_^)V

    ReplyDelete
  2. Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I'll be subscribing to your feed and I hope you post again soon. Big thanks for the useful info. CleverBowling.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...