Monday, April 21, 2014

ALPHA WAVE DAN DOA


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih digerakkan hati untuk mengupdate blog kali ini. Pergh, memang buzy dengan urusan internship. Alhamdulillah, selamat sudah presentation project dan juga report. Berbaki seminggu lagi praktikal, urusan dukomentasi harus disettlekan.

Apapon, kali ini saya nak bercerita mengenai waves. Lebih specifiknya ALPHA WAVES. Bukan ilmu fizik sekolah menengah yang saya nak tulis, tetapi kaitan alpha waves dalam kehidupan.

Saya rasa semua orang tahu akan perihal wave nie. Ada microwave untuk kita panaskan makanan. Ada juga telefon bimbit yang menggunakan konsep wave atau gelombang untuk kita menerima panggilan dan pesanan ringkas. Banyak lagi la penggunaan gelombang ini.

Tapi, manusia juga selain mengeluarkan haba, kita juga mengeluarkan waves. Ini adalah ilmu IMKK 2014, jadi mahal sikit la. (Klik untuk entri IMKK2014)

Teori dia macam ini, pernah tak kita kekadang ke pasar malam atau pagi. Bukan pasar malam sahaja lah, kita pergi ke tempat yang ramai orang berkumpul la senang cerita. Kemudian, kita pulang ke rumah, dan kita merasakan badan kita terlalu letih dan rasa tak bermaya sahaja.

Percayakah anda jika saya katakan yang ketika anda berada di pasar malam itu, badan anda telah menarik serta menyedut aura-aura dan gelombang negatif di sekeliling anda. Kesannya, badan anda menjadi letih dan rasa berat sahaja.

Jadi manusia mengeluarkan wave juga sebenarnya. Tetapi konsep penekanannya lebih kepada konsep Brain Wave. Ilmu IMKK yang saya dapat mengenai Alpha wave akan saya kongsikan bersama anda yang membaca nie.


Manusia memang mempunyai brain waves ini. Tetapi apa yang menjadikan alpha wave ada kaitan dengan doa.? Jadi saya akan berkongsi dengan anda. Ada baiknya kita kaji terlebih dahulu berkenaan brain waves ini.


Seperti anda dapat lihat, diatas adalah kategori-kategori brain wave. Ada 4 jenis waves iaitu Delta, Theta, Alpha dan Beta. Jikalau kita dalam keadaan kita tidak menggunakan banyak tenaga, otak kita sebenarnya memasuki zone delta, iaitu gelombang yang paling rendah frequancy iaitu 0.5 hingga 3 Hz sahaja. Contohnya, adalah ketika kita sedang tidur.

Sebaliknya, Beta mempunyai getaran frequenzy paling tinggi iaitu 14 Hz dan keatas. Kebiasaanya, aktiviti high energy berada dalam zone ini. Keadaan kita sedar atau kita exited contohnya.

Jadi, apa cerita dengan alpha wave. Alpha wave sebenarnya jika anda nak tahu adalah saat kita sedang atau ingin memasuki zone subconscious mind kita. Pernah tak kita dengar orang cakap, baca sebelum tidur ini bagus, sebab mudah ingat.

Saya sebagai student selalu sangat dengar perkara ini. Sekarang baru saya paham kenapa. Apa yang Dr Azizan kongsikan adalah ketika alpha wave adalah saat dimana otak kanan dan otak kiri kita bertembung. Otak kiri untuk logik manakala otak kanan untuk abstrak.


 


Ianya seperti bridge or connection yang kita nak transfer segala maklumat dan store dalam otak kita. Masa alpha wave inilah waktu kita memasuki keadaan minda separa sedar kita.

Jadi dimana kaitannya dengan doa?..Apa yang penting dengan minda separa sedar ini sebenarnya.? 

Gelombang alpha menjadikan manusia rileks dan tenang. Dari segi saintifiknya, ketika berada dalam keadaan alpha, otak kita akan merembaskan serotonin, kontisol dan endorfin yang menjadikan kita tenang. Hormon ini menjadikan sistem imune meningkat, pembuluh darah terbuka lebar, denyutan jantung menjadi stabil dan seterusnya menjadikan kita tenang. Sebenarnya, gelombang alpha inilah yang kita cari.

Adakah anda perasan, ketika kita mengantuk dan dalam keadaan hampir terlelap (sleepy), kita akan mudah terbayang akan sesuatu perkara. Mungkin ianya akan jadi mimpi kita jika kita terus tidur. Ketika inilah saatnya kita sedang masuk ke minda separa sedar.

Kaitan alpha dengan doa adalah, satu daripada waktu mudah untuk kita akses alpha mode ini adalah ketika kita solat. Kebiasaanya, ketika solat, diri kita akan jadi tenang. Waktu solat ini juga kita nak submit segala hajat kita.

Kebiasaanya, kita digalakkan untuk menjadikan amalan sujud terakhir dalam setiap solat sebagai tempat kita menyampaikan hajat kita. Inilah konsepnya, ianya seperti kita menghantar terus kepada Allah tanpa sebarang sekatan. Terpulang kepada Allah untuk memakbulkan permintaan kita atau tidak. Tugas kita adalah meminta kepadaNya.


Perhubungan dan kaitannya adalah ketika solat itu sebenarnya otak kita berada di zone alpha. Waktu sebegini kita cari untuk submit doa dan hajat kita.

Sebenarnya, waktu-waktu ini ada kaitannya dengan waktu mustajab untuk kita berdoa. Jadi, apa yang dikongsikan oleh Dr Azizan adalah waktu-waktu mudah untuk otak kita akses ke zone alpha ini yang sebenarnya juga sama dengan waktu-waktu mustajabnya berdoa.

Sudah semestinya, waktu 2/3 malam ketika tahajjud, waktu sujud solat, waktu awal dhuha, ketika membaca Al-Quran, waktu diantara khutbah, selepas selawat. Waktu ibadat la senang cerita.

Jikalau waktu lain, contohnya seperti ketika bersin, ketika mandi, sebelum tidur dan selepas bangun tidur, ketika menguap, ketika waktu hujan turun dan sebagainya.

Saya selepas mengetahui perkara ini, selepas bersin selalu membayangkan hajat saya. Selepas menguap, terus submit hajat, waktu hujan pon sama. Nak dimudahkan cerita, hari-hari kita berdoa sebenarnya, tetapi seandainya kita tahu waktu terbaik untuk submit doa kita, itulah yang terbaik.


Maka, sebaiknya kita cari waktu-waktu ini untuk meminta hajat kita. Nabi sampaikan melalui hadis, contohnya satu daripada waktu mustajab berdoa adalah ketika hujan. Dari segi saintifiknya, waktu hujan adalah waktu dimana gelombang otak kita mudah memasuki zone alpha mode.

Akhir kata, Dr Azizan ada berpesan, apabila kita meminta doa, expect doa kita akan dimakbulkan oleh Allah apabila kita submit pada waktu yang betul. Kita bersangka baik dengan Allah. Allah nak makbul atau tidak adalah hak Allah. Tapi sebaiknya kita bersangka baik.

~Cukup setakat ini dahulu perkongsian untuk kali ini. Saya meminta maaf atas kelewatan mengupdate blog. InsyaAllah, saya akan lebih disiplin untuk menulis dan terus berkongsi kepada para pembaca mengenai motivasi, kesihatan, perniagaan dan peribadi dalam entri-entri akan datang.

Jika anda merasakan entri ini bermanfaat, boleh tekan button like ataupon share di bawah ini. Semoga dengan usaha anda juga akan memberi banyak manfaat kepada orang lain. ~

Akhir kata, assalamualaikum w.b.t dan semoga bertemu lagi dalam entri-entri akan datang.

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...