Tuesday, April 8, 2014

APA YANG AKU DAPAT APABILA SUKA MEMBERI


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk meng"update" entri terbaru kali ini. Walaupon memang sibuk dengan pelajaran dan perniagaan, tetapi terasa boleh je ambil sedikit masa untuk terus berkarya. Kali ini rentetan daripada entri the power of giving (sila klik).

Kadang-kadang terfikir juga, apa yang aku dapat apabila suka memberi. Beri ilmu ke, beri salam ke, beri senyuman ke, beri duit ke,..terasa seolah one way communication. (bagi salam itu, insyaAllah akan orang jawab yer..)

Apakah one way communication tu..?.. Yelah, terasa kita lakukan sesuatu perkara (baik) terhadap orang lain, tetapi macam tak dihargai sangat. Betul tak..?

Saya ada belajar mengenai sikap manusia sebenarnya. Manusia normal kebiasaanya suka mengharapkan balasan apabila melakukan sesuatu. Perkara yang kita panggil sebagai "sikap suka dihargai".

Contohnya, kita tolong melakukan sesuatu terhadap kawan kita, misalannya mengajar subjek matematik tambahan. Selepas daripada pengajaran kita, markah ujiannya meningkat naik. Berbisik hati menyatakan "Aku ajar dia nie, tak ucap terima kasih pon...kalau tak nak terima kasih, belanja makan pon jadilah.."


RINDU ADD MATH...!!!


Nampak tidak bahawa hati kekadang mengharapkan rasa penghargaan atau balasan atas kebaikan kita. Itu adalah normal bagi saya. Secara jujurnya, saya juga mengharapkan sesuatu apabila membantu orang lain atau melakukan kebaikan terhadap orang lain. (Saya rasa anda juga begitu..ke tidak..?!!)

Tetapi entah mengapa, apabila saya mula mengenali bisnes, bisnes Shaklee khususnya, saya melihat bahawa mereka-mereka ini (orang yang berjaya), tanpa serik dan jemu memberi kata semangat, motivasi dan panduan. Terasa seperti mereka ini adalah petunjuk arah bagi kami semua.

Itu kadang-kadang saya terfikir, kenapa mereka suka membantu orang lain, apa yang mereka dapat..??..Pernah dalam group mereka share kisah-kisah orang yang telah berjaya dalam Shaklee dan mengungkapkan kata-kata menarik seperti:

"What you give, you will receive more"

"Teruskan memberi dan anda tidak akan berhenti menerima"

dan banyak lagi kata-kata motivasi lain. Saya juga perasan apabila menghadiri beberapa seminar Dr Azizan Osman, rata-rata student Dr Azizan memang suka mengamalkan konsep memberi ini. Yela, berkongsi ilmu dan kepakaran, itu juga memberi.

Saya terfikir, mereka ini tidak serik dan bosan ke apabila  terlalu kerap memberi tetapi jarang sekali menerima..Akhirnya, saya tahu apa yang mereka dapat sebenarnya.

Sapa nak tahu say "I". (Quote Favorite Dr Azizan).

Satu daripada perkara yang mereka peroleh adalah KEPUASAAN. Kepuasan apa pula ini.?..Kepuasan apabila dengan ilmu yang mereka kongsikan, mereka mampu menambah nilai hidup orang lain.

Dalam Islam, Rasulullah SAW bersabda:

 "Khairunnas anfa’uhum linnas",

"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."  

(HR. Bukhari dan Muslim)

Mereka-mereka inilah yang terus memberi tanpa mengharapkan balasan pon sebenarnya. Bukan balasan manusia yang mereka cari sebenarnya, tetapi balasan Allah yang maha Esa.


Pada pengamatan saya, mereka inilah yang pegang kepada hadis Rasulullah SAW yang ditulis di atas. Memberi sebanyak mungkin manfaat kepada orang lain. Sebab itu saya fikir, mereka tidak kisah apa manusia akan kata. Mereka teruskan dan terus memberi tanpa jemu.

Kerana mereka tahu dengan sedikit ilmu yang dikurniakan Allah itu mampu sebenarnya merubah serta menambah nilai terhadap orang lain. Jadi,mereka begitu teruja, seronok dan merasa puas dengan hasil usaha mereka mampu memberi nilai terhadap orang lain. 

Walaupon secara dasarnya, orang yang menerima ilmu itu tidak datang berterima kasih secara berdepan, tetapi bagi mereka merasakan tidak apa. Ilmu yang bermanfaat dikongsi bersama-sama, itulah yang terbaik. Seharusnya, kita menghargai guru kita yer...(^_^)V

Baiklah, sebelum berpisah, suka untuk saya berkogsi dengan anda satu video menarik mengenai konsep suka memberi ini. Mungkin anda akan lebih paham apa yang saya maksudkan selepas menonton video ini.


InsyaAllah, bertemu dilain hari dan masa dalam entri-entri akan datang. Minggu depan sudah nak present kepada supervisor, tak sabar nak tamat internship je nie.

Kepada anda yang merasakan entri ini bermanfaat, jangan segan-segan untuk tekan button like di bawah yer. InsyaAllah, sedikit usaha anda mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Akhir kalam, assalamualaikum w.b.t.

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...