Tuesday, April 1, 2014

BANGKIT BERNIAGA 2014...DONE..!!


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, walaupon memang sibuk dengan urusan praktikal dan pelajaran...dapat juga update entri terbaru untuk kali ini.Minggu lepas bagaikan zombi bagi saya, pergi kerja pagi balik hampir lewat malam. Memang zombi la rasanya. Disebabkan waktu testing project with client sekarang nie, terpaksa stay back untuk bantu supervisor. InsyaAllah, apabila kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.

Walaupon begitu, saya masih sempat untuk menghadiri seminar Bangkit Berniaga 2014 Dr Azizan Osman di Kuala Lumpur.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk sedut ilmu perniagaan lagi oleh guru dan mentor Dr Azizan Osman. Beliau memang begitu gigih untuk terus memberi dan membimbing bangsanya agar terus bangkit untuk memperbaiki ekonomi dengan berniaga. Sebab itu seminar ini dinamakan Bangkit Berniaga.

Biasalah, seminar DAO nie saya boleh cakap confirm ramai orang datang. Jikalau tengok orang yang beratur pon boleh tahu.



Saya bersama-sama 2 orang sahabat saya sempat meluangkan masa untuk menghadiri seminar ini pada sabtu lepas (29/3/2014).  Walaupon seminar ini hanya berlangsung setengah hari, tetapi sambutan tetap menggalakkan seperti biasa. Memang ramai giler orang datang. Saya suka akan seminar-seminar perniagaan sebegini sebenarnya. Tak rugi laburkan masa untuk menghadirinya.


SAHABAT SAYA BUAT "PEACE" TU, RARE SANGAT..!!..HAPPY KOT DIA..

Selalu dipesan sendiri oleh Dr Azizan Osman bahawa, pelaburan paling penting adalah pelaburan terhadap ilmu pengetahuan. Tidak kiralah, ilmu apa pon yang anda belajar (ilmu yang baik la yer), sekiranya anda mampu untuk terus melabur terhadap perkara ini, pastinya hidup anda akan jadi lebih best.

Kerana apa....?. Kerana otak kita akan upgrade dan berkembang apabila ianya diisi dengan perkara baru. Setiap kali saya menghadiri seminar beliau, pastinya sesuatu perkara baru yang saya belajar. Mungkin perkara yang hampir sama, tetapi apabila diolah berulang-ulang kali, jadi setiap satu daripadanya boleh memberikan pandangan dan pemahaman yang berbeza bagi saya. 

Apa yang best adalah, apabila menghadiri seminar ini, anda akan diberikan buku percuma "Planet Bisnes Azizan Osman, Hikayat Asli Puak Kaya Dan Berjaya". Buku terbaru karangan Zafrol Rizal Mat dan Dato' Roslan Ab. Hamid. (anak murid DAO sendiri)

DAPAT WORKBOOK DAN BUKU FREE LAGI....RUGI SAPA TAK DATANG..!!

SEDIKIT PERKONGSIAN SEMINAR

SHARING IS CARING GITU...COMEL GAMBAR NIE..(^_^)
Seminar dimulakan oleh DAO dengan mengutamakan hubungan kuat dengan Allah s.w.t. DAO pesan bahawa kita hendaklah sentiasa biasakan diri kita untuk berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah, jika kita kasih akan kekasihNya, Dia akan kasih kepada kita.

DAO juga berpesan bahawa rezeki kita terhalang dek kerana dosa kita. Permintaan kita dihalang oleh dosa kita. DAO tambah lagi, biasakan solat sunat taubat untuk kita sama-sama bersihkan diri dan kolam jiwa kita.

Selain itu, untuk mencari serta mendapatkan rezeki yang berkat, kita hendaklah jadikan amalan solat sunat dhuha dan sedekah sebagai amalan harian. InsyaAllah, rezeki akan mudah datang menjemput kita.

~Seriusly, memang permulaan seminar DAO terangkan akan perihal betapa pentingnya untuk kita mantapkan hubungan kita dengan Allah..kerana apabila hubungan kita dengan Maha Pencipta semakin awesome memang senang la Dia nak bagi apa-apa pon kita mintak~


DAO juga menyarankan bahawa kita perlu cari sebab yang kukuh dan kuat mengapa kita ingin mengubah nasib dan ekonomi diri kita. Ternyata, sebab setiap orang tak sama sebenarnya.

Antara perkara yang dikongsikan oleh beliau adalah,

"Ada orang berniaga kerana mahu menyelesaikan hutang.."

"Ada yang berniaga kerana mahu menunaikan impian kedua-dua ibu bapanya..mahu membawa mereka pergi umrah dan haji setiap tahun.."

"Ada juga yang berniaga kerana ingin mendapatkan sesuatu..kerana mahu pakai kereta mewah, rumah besar dan sebagainya.."

"Cari sebab anda...fikir sebab inilah anda berniaga dan akan terus berniaga tanpa berputus-asa..sebab inilah akan tarik anda untuk teruskan perniagaan anda sehingga berjaya.."

Perkara ini juga selalu ditekankan dalam group Shaklee saya, find your strong why??!!

Satu lagi daripada perkara menarik serta menyentapkan diri saya yang diceritakan DAO adalah;

"Kita tak perlukan motivasi sebenarnya, kerana jika kita nampak apa yang berada dihapan kita (matlamat dan impian hidup), pastinya kita sendiri akan tergerak untuk mendapatkannya.

Kebanyakkan manusia menyifatkan masalah sebagai sesuatu yang besar sehingga masalah ini menghalang pandangan mereka untuk melihat akan impian mereka, jadi kerana sentiasa fokus masalah, masalah akan lebih besar dan menarik lebih banyak masalah..sebaliknya, fokuslah kepada penyelesaian."

Banyak lagi perkongsian DAO sebenarnya, hendak tahu betapa awesome nya seminar ini, kenalah hadiri dan rasai sendiri yer..

InsyaAllah, saya akan terus berkongsi lagi pengalaman serta ilmu mengenai perniagaan, kesihatan, motivasi, kisah peribadi dan sebagainya dalam entri-entri akan datang. Saya mohon maaf kerana agak kelewatan mengupdate blog. 

Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung dan baca blog saya. Semoga bermanfaat bagi anda. Nak lagi bermanfaat, apa kata tekan butang like di bawah ini, biar lebih ramai mendapat manfaat daripadanya.

Akhir kata, terima kasih dan assalamualaikum w.b.t.
#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
(^_^) SENYUM (^_^)
~P/S : Apa yang ditulis itu lebih dekat dengan penulisnya sendiri ~
Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...