Thursday, April 3, 2014

BISNES APA YANG TERBAIK UNTUK AKU LAKUKAN


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, syukur masih berkesempatan menulis lagi entri untuk kali ini. Sibuk memang sibuk, tetapi mesti la sempat tulis blog juga. Terasa menjadikan kebiasaan pula untuk berkongsi ilmu dan kisah-kisah menarik di blog ini.

Lagipon hidup kita biar bermanfaat untuk orang lain juga, bukannya asyik fikir diri sendiri sahaja. Baiklah, kali ini saya nak kongsi satu daripada ilmu IMKK 2014 yang saya hadiri. (sila klik IMKK 2014 awesome)

Baru-baru ini, ketika menghadiri seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan), Dr Azizan Osman ada berkongsi satu perkara yang amat penting bagi mereka yang mahu memulakan perniagaan.

Perkara ini sebenarnya khusus kepada mereka yang mahu menjalankan perniagaan, tetapi tidak tahu akan perniagaan apa yang terbaik untuk mereka lakukan. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diutamakan sebelum menentukan pilihan terhadap sesuatu perniagaan.

Jikalau dulu, saya tak perasan akan perihal ini. Semasa saya menghadiri dua seminar sebelum IMKK itu sendiri, seminar Dunia Usahawan 2014 (sila klik) dan Bangkit 2014 (sila klik) , saya berkenalan dengan ramai orang yang minat untuk berniaga, tetapi tidak tahu untuk memilih perniagaan apa yang terbaik bagi mereka.


"Errrmmm, nak buat perniagaan apa yer.."
Jadi, suka untuk saya berkongsi kepada anda ilmu IMKK yang diajarkan kepada saya. Ilmu dan pertimbangan sebelum melakukan sesuatu perniagaan. Jikalau nak diikutkan, anda boleh melakukan apa jua jenis perniagaan. Berniaga kek, burger, buka kedai gunting rambut, dan sebagainya bersesuaian dengan kepakaran anda.

Ini adalah perkara yang disuruh oleh Dr Azizan sendiri sebelum melakukan sesuatu perniagaan. Jika anda merasakan anda perlu melakukan perniagaan tetapi tidak tahu perniagaan apa yang terbaik, apa yang anda harus lakukan adalah MINTA DOA KEPADA ALLAH. (sila klik The Power of Words...Doa)


Minta doa dengan tiga perkara asas yang mungkin memberi anda ilham untuk melakukan sesuatu perniagaan. Minta doa sebegini:-


1 - "Ya Allah, aku mohon kepadaMu, kau tunjukkanlah aku dan berikanlah aku perniagaan yang untung di dunia dan akhirat."

2 - "Ya Allah, Kau berikanlah aku perniagaan yang boleh memberi manfaat kepada ramai orang."

3 - "Ya Allah, Kau tunjukkanlah perniagaan yang memberikan aku rezeki yang melimpah ruah, barakah, halal dan berpanjangan."


Sebenarnya, bagi yang muslim, Dr Azizan ada berpesan, solat hajat dan istikharah selama 44 malam untuk mendapatkan ilham serta idea terbaik perniagaan apa yang harus dilakukan.

Apa yang penting, perniagaan apa pon yang telah atau bakal anda lakukan, biarlah ianya memberi manfaat dan menambah nilai terhadap ramai orang di luar sana. Sebenarnya, akan ada saham untuk anda secara tidak langsung, (saham dari segi pahala) dan bukannya keuntungan semata-mata.

Satu daripada sebab tergeraknya hati saya untuk memulakan bisnes Shaklee juga adalah kerana ianya membantu meningkatkan tahap kesihatan ramai orang dengan penggunaan produk shaklee. Secara tidak langsung, saya telah add value kepada orang lain.

Jadi bagi mereka yang mungkin tercari perniagaan terbaik untuk dilakukan dalam hidup, apa kata cuba lakukan perkara yang dikongsikan oleh Dr Azizan itu, InsyaAllah, akan datang satu perniagaan yang memang sesuai untuk anda.

Dr Azizan selalu cakap macam nie:-

 "Anda jangan percaya apa yang saya cakapkan, anda buat je, dan lihat hasilnya sendiri"

Suka juga saya untuk berkongsi dengan anda juga satu buku menarik yang telah merubah perspektif dan pandangan saya dalam perniagaan. Bagaimana perniagaan sebenarnya indah andai kita dapat menambah nilai terhadap hidup orang lain. Jemput download dan baca sementara ianya masih lagi PERCUMA.


Baiklah, saya rasa setakat ini dahulu perkongsiaan saya mengenai ilmu perniagaan yang diajarkan kepada saya. InsyaAllah, lepas ini saya akan terus berkongsi dengan anda perihal motivasi, kesihatan, perniagaan, peribadi dan sebagainya dalam entri-entri akan datang.

Kepada anda yang merasakan anda mendapat sesuatu daripada pembacaan artikel ini, apa kata tekan button "FB like" dibawah. Ianya juga akan memberi semangat kepada saya untuk terus berkongsi dan terus berkongsi kepada anda semua.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog rahishan.com ini. Jemput add saya di facebook. Saya suka berkenalan serta berkawan dengan anda yang semestinya positif dan juga mahu berjaya dalam hidup.

Terima kasih dan Assalamualaikum w.b.t; 
(^_^) SENYUM (^_^)
#sentiasapositifdanberuasaha #niatnakshareje
~p/s : apa yang ditulis lebih dekat kepada penulisnya sendiri~

Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp, Telegram)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...