Wednesday, April 2, 2014

MANFAAT DAN KEBAIKAN SOYA LECITHIN


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, masih sempat untuk tulis lagi entri terbaru untuk kali ini. Sekarang memang agak sibuk dengan perihal praktikal. Memandangkan jangka masa praktikal berbaki lagi sebulan sahaja sebelum tamat, terdapat banyak perkara perlu diuruskan.

Namun begitu, blog mesti harus diupdate. Alhamdulillah, ada masa juga untuk update. Baiklah, kali ini saya hendak berkongsi mengenai kebaikan dan manfaat soya lecithin. Ramai yang bertanya kepada saya mengenai lecithin ini sebenarnya memandangkan saya pon guna kan.

Saya ada menulis dalam entri sebelum ini bahawa lecithin mampu menyingkir kolesterol dan lemak secara sihat. (sila klik Kurangkan Kolesterol Secara Sihat). Bukan sahaja membantu untuk melangsingkan badan, tetapi lecithin juga sebenarnya mempunyai banyak manfaat lain.


Tahukah anda Lecithin sebenarnya mampu mencantikkan kulit dan otot. Lecithin bukan sahaja membantu membentuk membrane sel, malah melembabkan dan menghaluskan kulit.

Secara semulajadinya, lecithin mampu mencantikkan kulit serta berupaya mengaktifkan metabolisma sel untuk melambatkan penuaan.


Bukan itu sahaja, Lecithin juga mampu menghalang kejadian batu karang. Tahukan anda, 90% dari batu karang terjadi daripada kolesterol. Lecithin berupaya mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

Kesihatan buah pinggang harus dijaga kerana antara fungsinya adalah sebagai agen penapis dan satu daripada tempat nutrisi diserap ke dalam badan. Namun, jika buah pinggang kita diberatkan dengan menapis terlalu banyak bahan dan diantaranya kolesterol, dikhuatiri lama kelamaan akan terbentuknya batu karang. 



Siapa sangka sebenarnya lecithin mampu meningkatkan daya ingatan. Lecithin sebenarnya mengandungi choline yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran. 

Bukan itu sahaja, ianya juga mampu memperbaiki daya ingatan malah mampu menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Jadi, untuk para pelajar memang mempunyai khasiatnya yang tersendiri la jawabnya.

Wanita yang hamil juga harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.



Tambahan lagi, lecithin sebenarnya pembalut najis yang baik dan berkesan. Ianya mampu melembabkan usus malah mampu meleraikan toksin didalam usus. Jadi, dengan kata lain, lecithin mampu meringankan masalah sembelit sebenarnya.


Walaupon saya sendiri makan untuk menghilangkan kolesterol dalam makanan disamping membantu melangsingkan badan (nak kurus la senang citer..), saya juga dapat menikmati khasiat-khasiat lecithin yang lain.

Bagus lecithin ini sebenarnya. Tak rugi pon dapatkannya. Harga pon berpatutan dan berbaloi. Lecithin yang saya makan semestinya Lecithin Shaklee.

Akhir kata, terima kasih kepada anda yang sudi baca sedikit perkongsian saya ini. Pesan guru, benda yang baik harus dikongsikan bersama-sama, biar lebih ramai dapat merasai akan manfaatnya. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, apa kata tekan butang "FB like" di bawah ini. 

Semoga dengan sedikit usaha anda mampu memberikan manfaat kepada rakan-rakan anda juga. Mungkin ada diantara mereka memerlukan makanan tambahan berkhasiat ini untuk keperluan sendiri. Secara tak langsung anda telah membantu mereka.

Akhir kalam, terima kasih dan assalamualaikum w.b.t.
#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
(^_^) SENYUM (^_^)
~P/S : Apa yang ditulis itu lebih dekat dengan penulisnya sendiri ~

Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp, Telegram)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...