Tuesday, April 22, 2014

SHAKLEE OPTIMUM HEALTH - SIHATKAN TUBUHKU


Assalamualaikum w.b.t,

Diharapkan anda sentiasa sihat dan bertenaga hendaknya. Jadikan hari ini lebih baik dari sebelumnya dan begitulah seterusnya.

Rasa macam kurang entri perihal peribadi, jadi hari ini nak cerita entri pasal peribadi la. Baru best...
Alhamdulillah, sehingga hari ini dah hampir 3 bulan saya mengamalkan pengambilan suppliment shaklee. Apa yang saya ambil adalah set kesihatan optimum. Set yang terdiri daripada Vitalea Multivitamin, B-Complex dan juga Vitamin C.

Semenjak berpraktikal di Kuala Lumpur ini, memang hari-hari saya terpaksa merempuhi laluan lebuhraya yang mengambil masa selama setengah jam dari pantai dalam. Setengah jam dari Pantai Dalam ke Puchong kira ok la juga. Naik moto kan, jikalau naik kereta, jangan harap la setengah jam.



Untuk pengetahuan anda, bulan januari, februari sehingga march, cuaca memang tak menentu. Cuaca panas terik di waktu pagi ke tengahari, apabila petang hujan pula. Boleh dikatakan setiap hari macam tu. Jikalau hujan pagi, petang panas pula. 

Saya jika di pejabat, memang hari-hari minum air kosong untuk top up balik kehilangan air dalam badan yang keluar melalui peluh. Tiga liter air kosong adalah perkara wajib setiap hari. Memang sekejap-sekejap ke tandas la jawabnya. Tapi air kosong bagus untuk badan daripada air yang mengandungi "sesuatu" didalamnya. Senang buah pinggang nak tapis jikalau minum air kosong.

Alhamdulillah, disaat kenalan-kenalan saya ada yang mendapat demam, batuk, kering tekak, kulit gatal dan menjadi mudah letih, saya steady je. Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang sihat untuk saya.

Mungkin dengan pengambilan air kosong serta set kesihatan optimum shaklee ini. Alhamdulillah, memang membantu bagi menjaga kesihatan secara menyeluruh.

Multvitamin Vitalea memang kebiasaan saya ambil selepas breakfast untuk membantu memberi tenaga sepanjang hari untuk melakukan kerja dan aktiviti harian. 


Untuk penjagaan kulit daripada kering terkena cahaya matahari, saya amalkan pengambilan vitamin C. Untuk menguatkan antibody dan meningkatkan imunisai, vitamin C juga elok. Mungkin dengan Vitamin C inilah saya jarang kena penyakit dengan izin Allah.


Sebenarnya, bulan march dan april adalah waktu dimana projek yang saya attach melakukan FAT (Factory Acceptance Test). Jadi, memang makanan disediakan untuk pekerja serta klient yang terlibat dengan projek itu.

Terasa macam sekejap sekejap makan. Makan pagi, makan tengahari (lunch) dan juga minum petang. Rugi la tak makan sebab free kan. Siapa tak suka makanan free nie. Jadi, saya pon makan la. Secara jujurnya, memang sukar nak kawal makan, tetapi kita apa yang kita boleh kawal adalah kuantiti makanan itu sendiri. Jadi, saya ambil sedikit sahaja la untuk mengelakkan gemuk. (Tak nak perut boroi la katakan)

Apapon, makanan-makanan sebegini masih mengandungi kadar kolesterol dan minyak yang tinggi. Betul tak...nie tak campur makan nasi lemak di awal pagi lagi. Memang kerja makan sahaja rasanya. (Alhamdulillah, rezeki..)


Tambah pulak dengan makanan tengahari yang memang sedap la senang cerita. Dah fikir-fikir nak makan banyak ke sikit. (Tengok nasi macam sikit je tu...). Kebiasaannya, selepas makan tengah hari saya akan ambil B-Complex untuk kekalkan fokus ketika bekerja. (Okay, tipu jer....) Bukan untuk kekal fokus tujuan saya mengambil vitamin B-Complex tu sebenarnya walaupon satu daripada kelebihan vitamin B-Complex adalah untuk meningkatkan daya fokus.


Tujuan saya mengambil vitamin B-Complex adalah untuk mengelakkan makanan yang masuk ke dalam perut saya menjadi lemak. Saya nak makanan yang masuk tadi ditukarkan kepada tenaga. Dengan mengamalkan pengambilan vitamin B-Complex diharapkan dapat membantu badan saya "membakar" makanan jadi tenaga.

Please take note Vitalea Multivitamin (hijau), Lecithin (oren) dan Omega guard aka minyak ikan (putih). Nampak tak tujuan pengelakkan perut boroi dengan pengambilan lecithin yang menyingkirkan kolesterol dan juga omega guard yang menyingkirkan lemak kekal...haahaa...(^_^)


Tetapi, memang boleh dikatakan setiap hari saya amalkan ambil tiga vitamin asas Vitalea, B-Compleks dan Vitamin C. Rasa macam tak lengkap pula hari jika lupa makan supplement shaklee set kesihatan optimum ini. Alhamdulillah, betul la apa kata orang, tiga vitamin asas ini mampu membantu meningkatkan kesihatan dan mengelakkan diri daripada terkena penyakit. Penyakit yang berkaitan dengan imunisasi seperti selsema, demam, batuk, letih badan dan sebagainya. Pastinya dengan izin Allah juga yer.

Masa tulis entri ini pon sebenarnya stock vitamin C hampir nak habis dah, kena top up la. Ade 180 biji, tahan 6 bulan. Berbaloi juga, satu botol mampu tahan sampai 6 bulan. Yela, kalau kongsi dengan rakan-rakan, memang tak sampai 6 bulan la jawabnya. Tapi saya tak kisah pon, biar kita sihat sama-sama kan.



Okaylah, rasanya cukup setakat ini dahulu entri untuk kali ini, insyaAllah, saya akan berkongsi lagi dengan anda mengenai entri-entri menarik pada masa akan datang. Semoga anda sihat-sihat sentiasa. Nak jadi sihat macam saya, kena ambil supplement shaklee la. Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh hubungi saya.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini. Jika anda rasakan entri ini bermanfaat, mohon tekan button like di bawah ini yer..(^_^)V. Berjumpa lagi dalam entri-entri akan datang. [internship dah nak habis dah!!!...]

Assalamualaikum w.b.t dan senyum selalu (^_^)V..

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
(^_^) SENYUM (^_^)
~P/S : Apa yang ditulis itu lebih dekat dengan penulisnya sendiri ~

Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp, Telegram)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...