Saturday, May 3, 2014

BERAKHIR PERJALANAN PRATIKAL DI YOKOGAWA



Assalamualaikum w.b.t,

Pergh, lama betul rasanya tak menulis di blog. Setelah berakhir internship terus bercuti ke pulau perhentian. Memang tak sempat nak update blog pasal internship. Lepas pulang dari percutian baru boleh menaip balik. InsyaAllah, cerita mengenai percutian bakal menyusul dalam entri akan datang.

Entri kali ini lebih memfokuskan mengenai pengalaman berpraktikal saya di sebuah company elektrikal dan elektroniks yang lebih kearah control system.

Terasa rugi jikalau pengalaman selama hampir 7 bulan berpraktikal di company berpengaruh ini tidak ditulis. Sekurang-kurangnya, kerana berpraktikal di company ini, ianya dapat menambah pemahaman lebih mendalam mengenai course electrical and electronics yang saya ambil di UTP.


PERJALANAN PRAKTIKAL BERMULA

 

Alhamdulillah, selepas mempertimbangkan beberapa tawaran yang diperoleh, akhirnya rezeki berpraktikal di syarikat Yokogawa yang berpangkalan di Puchong, Selangor. Memang menjadi hajat di hati untuk berpraktikal di Selangor ataupon KL. Nak merasa bagaimana hidup di KL sebenarnya..(^_^)

Bermula tanggal 23 September 2013 hingga penghujung tarikh 25 April 2014, di bangunan inilah menjadi tempat saya menimba ilmu berkenaan control system. Memang lama tempuh berpraktikal bagi pelajar UTP, sehingga 7 bulan atau lebih spesifiknya 28 minggu. 28 minggu terdiri daripada 14 minggu training dan baki 14 minggu untuk melakukan projek yang berkaitan. 

Jadi, jadual setiap hari bekerja dari pukul 8.30 pagi ke 5.30 petang. Dengan menunggang motosikal Yamaha LC135 warna kelabu, setiap pagi saya menempuhi NPE (New Pantai Expressway) dan LDP (Lebuhraya Damansara Puchong) untuk sampai ke wisma Yokogawa yang bertempat di Puchong.

Best juga dapat melihat kesesakan trafik di kala pagi hari. Boleh dikatakan hampir setiap hari sesak lalu lintas. Selamat saya naik moto, jikalau naik kereta, konfirm stuck in the traffic juga.


APA YANG DIPELAJARI


Jikalau nak diikutkan memang banyak yang boleh dipelajari ketika berpraktikal di syarikat ini. Banyak juga pengajaran yang saya terima daripada SV (supervisor) saya. Saya diletakkan di bawah Yokogawa Kontrol. Yokogawa terbahagi kepada tiga iaitu Yokogawa Elektrik, Yokogawa Kontrol dan juga Yokogawa Safety.

Di bawah Yokogawa Kontrol pula, saya diletakkan bawah ESD (Engineering Service Department) dan being attach dengan satu projek besar yang diketuai oleh SV saya dan team yang terlibat. Saya juga diberi peluang untuk assist that team with my SV supervision. Alhamdulillah, banyak juga benda yang belajar apabila melihat sendiri bagaimana sesuatu projek besar diuruskan.

Jikalau hendak diikutkan, Yokogawa memang menerima pelbagai jenis projek daripada berbagai jenis client. Timing saya berpraktikal memang sesuai dengan penerimaan Yokogawa terhadap projek. Selepas seminggu saya bersama-sama dengan Yokogawa, saya  telah dipanggil untuk membantu team untuk melakukan kerja-kerja berkaitan dengan projek yang saya terlibat.


 Seperti mana-mana permulaan projek oil and gas, saya bermula dengan jawatan sebagai drafter. Kawan-kawan saya gelarkan drafter, tetapi saya lebih gemar graphics designer. Jadi, melihat banyak drawing lebih spesifiknya P&ID (piping and instrumentation diagram) dah menjadi kebiasaan ketika bermulanya waktu praktikal.

Semua P&ID drawing hendaklah ditukar kepada bentuk grafik yang boleh berfungsi apabila melakukan simulasi menggunakan software Yokogawa. Software Yokogawa dikenali sebagai "Centum VP". Jadi, kebanyakkan masa saya bermain dengan software Centum VP dan belajar untuk membaca P&ID dengan betul.


CONTOH LUKISAN P&ID

Bagaimana sesuatu process dan kaitan antara satu equipment dengan yang lain dapat dilihat secara terperinci berdasarkan lukisan ini. Seperti biasa, bukan satu sahaja lukisan, malah terdapat begitu banyak lukisan P&ID ini, jadi banyaklah graphics yang harus direka.

Design graphics will helps operator to operates and monitor any plants at the Central Control Room just simply by operates at the monitor. Dengan wujudnya graphics and its related process, operator boleh melihat keadaan sesuatu proses ataupon equipment dengan lebih terperinci. 

Memang kerja saya bermain di hadapan monitor sahaja pada permulaannya. Selepas hampir semua graphics siap direka dengan lakaran yang sepatutnya, maka beralihlah tugas daripada software related to hardware related.



Secara peribadinya, best lagi melakukan perkara yang melibatkan hardware (cabinet panel) daripada bermain dengan software. Jikalau software berada di hadapan monitor melakukan drafter sahaja, kurang pergerakan. Tetapi jika bermain dengan hardware ini lebih menarik sebab selain banyak bergerak melakukan pelbagai testing and checking, saya akan lebih mudah belajar perihal sesuatu alat pada cabinet panel itu sendiri.

Memang banyak juga testing yang perlu dilakukan untuk memastikan segala pemasangan pada cabinet dapat berfugsi dengan baik dan seperti yang diharapkan. Ketika ini juga kita akan dapat melihat interfacing between software (graphics) and hardware (cabinet panel) sama ada betul seperti yang dikehendaki atau tidak.

Segala proses yang dilakukan dan direka harus diperiksa keseluruhan secara teliti untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti plant total shutdown. So, all the design and process must be specifically designed according to operator plan.


Seronok dapat bekerja di sebuah company besar sebenarnya. Dapat melihat real life working environment yang bakal ditempuh selepas habis final year di UTP kelak. Saya dapat melihat bagaimana engineers bekerja dengan begitu komited bagi menyempurnakan segala tugasan yang diberi. Saya juga dapat melihat bagaimana pengurusan sesuatu organisasi besar yang melibatkan projek besar dilaksanakan.


PENGHARGAAN KEPADA MEREKA YANG BANYAK MEMBANTU

Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada semua kakitangan Yokogawa Puchong yang membantu saya secara langsung ataupon tidak langsung selama saya berpraktikal di sana.

Beribu-beribu ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada HOD (Head of Department) ESD iaitu En. Ahmad Rizal Abdul Aziz kerana membenarkan saya berada di bawah department anda.

Berjuta-juta terima kasih juga semestinya kepada SV saya yang super awesome and friendly yang tak jemu-jemu mengajar dan membimbing saya ketika saya berpratikal. Maaf jika ada silap dan salah yang dilakukan ketika saya menjalankan tugas saya  sebagai trainee. Terima kasih kepada team yang support saya juga.

Special thanks for my SV Muhammad Firdaus Abdullah Halim yang supervise saya dari minggu kedua sampai ke penghujung minggu 14. Terima kasih banyak-banyak.

Hari Last Sempat Ambil Gambar Dengan SV Company..(^_^)V
Tak dilupakan kepada SV UTP saya iaitu Dr Micheal Dreiberg yang banyak juga membantu pengurusan internship saya di Yokogawa ini.

Terima Kasih SV UTP
Tidak dilupakan kepada semua staff di Yokogawa khususnya yang membantu dan memudahkan urusan saya sepanjang berpraktikal di Yokogawa. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. (^_^)V


SELAMAT TINGGAL YOKOGAWA PUCHONG


Alhamdulillah, selesai sudah satu babak dalam kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa UTP apabila selamat menempuhi praktikal di Yokogawa Puchong. Pastinya pengalaman manis suka dan duka akan aku kenang sepanjang berada di syarikat besar ini.

Terima kasih kepada semua yang membantu..!!..(^_^)

Terima kasih Yokogawa Puchong Selangor..!!


InsyaAllah, jikalau diberikan kesempatan dan rezeki, akan kembali ke sini lagi tetapi bukan sebagai trainee tetapi sebagai pekerja pula. InsyaAllah, mudah-mudahan.


~Setakat ini dahulu entri buat kali ini, pastinya entri-entri menarik menceritakan perihal peribadi, motivasi, perniagaan, kesihatan bakal menyusul kelak insyaAllah~

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog rahishan.com ini...jikalau rasa macam best je apa yang saya tulis ini, boleh tekan butang like di bawah ini..terima kasih banyak-banyak...(^_^)V

Assalamualaikum w.b.t dan senyum selalu (^_^)V..

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
(^_^) SENYUM (^_^)
~P/S : Apa yang ditulis itu lebih dekat dengan penulisnya sendiri ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...