Thursday, May 29, 2014

KRONOLOGI PENGALAMAN PRAKTIKAL


Assalamualaikum w.b.t,

Untuk entri kali ini, suka untuk saya menyingkap kembali pengalaman berpraktikal di Selangor dan merasai sedikit sebanyak kehidupan di Kuala Lumpur. Terlalu banyak pengalaman baru yang saya dapat selama hampir 8 bulan berpraktikal di Yokogawa, Puchong.

Sekarang, secara rasminya bergelar Final Year Student selama seminggu. Rasanya, masih belum terlambat untuk mengenangkan beberapa peristiwa menarik yang berlaku ketika berpraktikal. Jadi, entri ini khas untuk menyingkap kembali perjalanan praktikal saya.

MULANYA PRAKTIKAL



Apabila mendapat konfirmasi sahaja berkenaan tempat praktikal di Yokogawa Puchong, jadi perkara seterusnya yang harus dilakukan adalah mencari tempat tinggal berhampiran dengan kawasan praktikal. 

Alhamdulillah, dengan adanya sahabat yang memang asalnya menetap di negeri Selangor, dan keluarganya pula mempunyai rumah sewa di kawasan Pantai Dalam, jadi rezeki saya dan beberapa sahabat lain untuk menetap di rumah sewa milik keluarganya. Saya kira lebih kurang 30 minit untuk saya sampai di Yokogawa Puchong dari Pantai Dalam melalui LDP (Lebuhraya Damansara Puchong). Menungang motosikal setiap pagi sambil melihat kesesakan lalulintas memang sesuatu yang mengujakan. 

Untuk bacaan lanjut mengenai pengalaman berpraktikal saya di Yokogawa Puchong, boleh klik di sini (entri Praktikal)


MENDAKI BUKIT BROGA



Antara perkara menarik yang saya lakukan adalah mengikuti member-member saya menaiki bukit broga. Bukit broga adalah satu daripada bukit yang memang menjadi kegemaran kepada para pendaki. Tempat ini pun sememangnya famous dan terkenal.

Pengalaman mendaki selepas waktu subuh dan dapat melihat matahari terbit adalah sesuatu yang memang seronok. Memang best, memang teruja. Pendakian Bukit Broga bersama-sama teman daripada UTP pada 16 November 2013 ada saya catatkan di sini. (sila klik entri Bukit Broga)


MENGHADIRI SEMINAR EMAS




Peluang menetap di Kuala Lumpur memang tidak dilepaskan oleh saya untuk menuntut ilmu berkenaan emas. Boleh dikatakan, saya memang minat untuk belajar tentang emas. Memang hajat saya untuk menghadiri satu daripada seminar emas apabila menetap di Kuala Lumpur. Ketika di UTP, saya memang mengikuti blog jutawanemas.com yang ditulis  Tuan Syukor Hashim.

Saya juga membeli buku yang dikarang beliau iaitu Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas ketika berada di UTP. Namun, apabila berada di Kuala Lumpur, kesempatan tanggal 17/12/2013, akhirnya saya dapat juga bersemuka dan menghadiri seminar beliau.

Untuk bacaan lanjut mengenai pengalaman dan cerita yang saya kongsikan berkenaan seminar Mengapa Anda Perlu Menyimpan Emas boleh rujuk di link ini yer. (sila klik entri Emas)


MENYAMBUT TAHUN BARU DI KUALA LUMPUR



Sambil-sambil berpraktikal di Puchong, ketibaan tahun baru 2014 membawa saya dan beberapa sahabat ke KLCC. First time saya merasai pengalaman menyambut tahun baru di KL. Memang begitu ramai orang, bukan setakat penduduk tempatan malah foreigner juga begitu banyak dapat dilihat.




Antara perkara menarik bagi sahaja yang ditunggu-tunggu oleh setiap mereka yang hadir di KLCC adalah untuk melihat pertunjukkan bunga api sahaja. Bukan ada banyak perkara yang boleh dilakukan sangat pon sebenarnya. Terdapat banyak kawasan tarikan untuk melihat pertunjukan bunga api di KL sebenarnya, tetapi kami memilih untuk pergi ke KLCC sahaja, mudah menaiki komuter dari Pantai Dalam.


MENGHADIRI SEMINAR DUNIA USAHAWAN 2014



Di UTP, sebelum mendapat peluang berpraktikal di kawasan KL, saya memang mengenali serta mendengar akan nama Dr Azizan Osman dan seminar keusahawanan yang dianjurkan olehnya. Namun, apabila memikirkan ketika itu, seminar diadakan di KL, jadi saya pendam dahulu untuk menghadiri seminar beliau.

Tetapi, alhamdulillah, peluang berada di KL memang tidak dilepaskan oleh saya untuk menghadiri seminar anjuran Dr Azizan. Saya bertambah seronok apabila dapat mengetahui seminar ini percuma sahaja apabila anda mendaftar 3 orang. Jadi, saya bersama-sama dua rakan saya mengambil peluang ini untuk menghadiri seminar dunia usahawan 2014 pada tarikh keramat 4 Januari 2014. 

Untuk bacaan lanjut mengenai perkongsian Seminar Dunia Usahawan 2014 yang berlangsung pada 4 Januari 2014 boleh rujuk di dua link berikut (Part 1) dan (Part 2).



MELAWAT GENG PRAKTIKAL KERTEH



Sambil-sambil berpraktikal, terasa hasrat dihati untuk pergi bercuti seketika ke Kerteh. Tujuannya adalah untuk melawat sahabat-sahabat UTP yang lain yang berpraktikal di Kerteh.

Jadi, dikesempatan tanggal 16 sehingga 19 Januari 2014 digunakan untuk pergi melawat member-member yang berpraktikal di Kerteh. Boleh refer disini untuk baca dengan lebih lanjut. (Sila klik entri Kerteh) 


MENGHADIRI SEMINAR BANGKIT 2014



Mengenali serta menghadiri seminar Dr Azizan Osman antara perkara yang best dan terbaik saya lakukan ketika berpraktikal dan menetap di KL. Selepas sahaja menghadiri seminar Dunia Usahawan pada awal Januari 2014, terus mengikuti program Dr Azizan Osman dengan menghadirkan diri pula ke Seminar Bangkit 2014.

Memang best dan memang awesome seminar yang dilakukan oleh Dr Azizan. Siapa yang tak pergi lagi, rugi sangat. Sebab seminar bukan sahaja berkenaan perniagaan, tetapi unsur-unsur rohani juga memang dititikberatkan.

Kesempatan menghadiri seminar Bangkit yang dilakukan pada 16 Februari 2014 ada dicatatkan di sini. (Sila klik entri Bangkit 2014).


MENYERTAI PERTANDINGAN BOLING



Best juga berpraktikal di KL. Ada kesempatan untuk mengambil bahagian dan menyertai satu tournament boling alumni UTP. Inilah kali pertama saya menyertai pertandingan sedemikian. Gemuruh dan gementar pastinya ada kerana otak telah didoktorin bahawa ini adalah tournament. 

Jadi, permainan pun jadi tak seberapa. Walau bagaimaan pun, pengalaman yang saya dapat bersama-sama member menyertai tournament ini amat seronok. Pertandinga yang berlangsung pada 8 March 2014 ada saya catatkan di sini. (Sila klik entri boling)



INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN MAC 2014



Memang terkesan dengan dua seminar Dr Azizan sebelum ini, terus ada hajat di hati untuk terus menghadiri IMKK Mac 2014. Ini antara seminar yang bagi saya memang superb giler, memang best. Dari pagi sehingga ke malam menuntut ilmu.

Untuk menghadiri seminar ini, saya membayar RM333 untuk mendapat seat general, tetapi selepas tamat seminar IMKK, saya merasakan jumlah duit yang saya bayar itu begitu murah untuk ilmu yang begitu mahal.

Seminar 3 hari 2 malam yang berlangsung pada 13 sehingga 16 Mac 2014 ada saya catatkan disini. Memang best. (Sila klik entri IMKK MAC 2014)



BANGKIT BERNIAGA 2014



Terus menerus berminat untuk belajar ilmu perniagaan dan ilmu kehidupan, beberapa siri seminar Dr Azizan Osman saya ikuti. Bermula dengan Seminar Dunia Usahawan, Bangkit 2014, IMKK 2014 dan kini pula Bangkit Berniaga 2014.

Terasa macam banyak pergi seminar DAO nie, tetapi setiap kali saya pergi pastinya tidak jemu atau bosan kerana pastinya ada sahaja ilmu-ilmu baru yang bakal saya pelajari. Ilmu perniagaan dan ilmu perdagangan dengan tuhan. Memang best. 

Serba sedikit perkongsian mengenai Seminar Bangkit Berniaga 2014 yang berlangsung pada 29 March 2014 itu ada saya kongsikan di link ini. (Sila klik entri Bangkit Berniaga 2014)



PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN




Mengakhiri bab praktikal dengan percutian bajet yang sememangnya awesome ke Pulau Perhentian Besar. Memang menjadi hajat di hati selesai sahaja praktikal mahu merehatkan diri sebentar sebelum meneruskan tahun akhir.

Destinasi pilihan yang dipilih adalah Pulau Perhentian Besar yang sememangnya cantik dan cantik dan cantik sangat. Percutian berlaku sebaik sahaja tamat praktikal iaitu pada 26 sehingga 30 April 2014. Kronologi percutian ke Pulau Perhentian ada diceritakan di link ini. (Sila klik entri Perhentian)



MELANGKAH KE TAHUN AKHIR

Setelah tamat percutian dan berakhirnya praktikal bagi saya dan rakan-rakan, tibalah masanya untuk kami bersedia menghadapi dan mengharungi final year yang mencabar.

Final Year akan ada dua projek besar dan beberapa mini projek berkaitan subject yang diambil. Memang Final Year bermain dengan projek dan projek dan discussion research paper la jawabnya.

Sukar ataupon mudah, perjalanan Final Year harus juga ditempuhi. Selamat berjaya kepada semua rakan-rakan seperjuanganku di UTP.



Apa-apa pon, dah final year sudah. Memang seronok berpraktikal. Kini tiba masa untuk mengharungi final year.~ Yeah...hope everything will be okay~


~Terima kasih kepada anda yang sudi membaca entri saya ini. InsyaAllah, banyak lagi entri akan menyusul selepas ini yang mungkin ada kaitan mengenai kesihatan, perniagaan, motivasi tak kurang juga peribadi.~

Assalamualaikum w.b.t dan terima kasih (^_^)V... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...