Monday, May 19, 2014

PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN..SUPER AWESOME!!


Assalamualaikum w.b.t;

Sempat lagi update entri terbaru untuk blog rahishan.com nie. Selepas sahaja selesai urusan dan perihal praktikal, hajat di hati adalah untuk berehat sebentar sambil bercuti-cuti Malaysia sebelum meneruskan Final Year.

Sebulan sebelum berakhirnya praktikal, satu perancangan percutian telah pun dilakukan. Pada awalnya, saya dan sahabat bercadang untuk pergi bercuti ke Pulau Tioman. Tetapi peluang yang muncul selepas itu adalah lebih baik dan menjimatkan, maka tempat percutian telah ditukar ke Pulau Perhentian.


KISAHNYA BERMULA


Cadangan yang dikemukakan memang bercuti ke Pulau Tioman pada awalnya. Satu komitee telah ditubuhkan untuk mencari peluang serta package yang terbaik dan berbaloi yang ditawarkan di internet untuk memudahkan perjalanan kami semua. 

Pada asalnya, memang terdapat satu package yang memang menjadi perhatian kami semua. Package 3 hari 2 malam ke Pulau Tioman yang memakan belanja hampir RM 300 seorang. Ketika itu, komitee hanya terdiri daripada 7 orang sahaja. Setelah berbincang-bincang dalam group "whatsapp", kamipon hampir bersetuju dengan cadangan untuk pergi ke Pulau Tioman ini.

Sebenarnya terdapat juga alternatif lain selain daripada bercuti ke Pulau Tioman. Alternatif seperti melawat taman tema air Sunway Lagoon juga termasuk dalam list. 

Berpegang kepada konsep "the more the merrier", maka komitee yang terlibat "menghasut" serta mengajak lebih ramai orang untuk bersama-sama kami pergi bercuti sebaik sahaja praktikal tamat.


PELUANG YANG MENGUNTUNGKAN



Dalam ramai-ramai yang telah diajak itu, secara tak langsung, kami telah bertemu dengan kenalan yang memang mempunyai akses mudah untuk ke Pulau Perhentian. Setelah berbincang-bincang dengan semua komitee, maka tempat percutian pon telah bertukar daripada Pulau Tioman ke Pulau Perhentian.

Kenapa Pulau Perhentian.?. Kenalan yang mempunyai akses mudah ke pulau ini daripada segi penginapan, pergerakan serta perbelanjaan. Memang dah jadi percutian bajet la jawabnya. Ini kerana ada kenalan yang memang mempunyai saudara yang boleh membantu kami semua untuk pergi ke pulau perhentian dengan begitu mudah dan amat-amat berbaloi.

Terima kasih banyak-banyak kepada Abang Izzat Azmi serta keluarga saudara mara, kerana memudahkan urusan kami semua.





DUA BUAH KERETA DARI KUALA LUMPUR



Setelah praktikal berakhir, maka semua menjadi excited untuk pergi bercuti. Perancangan yang teratur telah dibuat seperti bagaimana perancangan pergerakan, dimana harus berkumpul dan sebagainya. 

Jadi, rombongan komitee dari KL ke Terengganu membawa 2 buah kereta dengan memuatkan 9 orang penumpang. Perjalanan bermula waktu tengahari sampai ke lewat petang. Tempat perjumpaan yang telah dipersetujui adalah di Masjid Hadhari, Jerteh. Jadi, semua komitee akan berkumpul di situ sebelum meneruskan perjalanan ke tempat bermalam.



BERMALAM DI RUMAH ENCIK NASIR



Setelah kesemua ahli-ahli komitee berkumpul di Masjid Hadhari, maka perjalanan seterusnya ke rumah pakcik Abang Ijat, Encik Nasir bagi merehatkan diri setelah hampir seharian mengembara menaiki kereta daripada KL mahupon dari Kerteh.

Rumah pakcik Abang Ijat berhampiran sahaja dengan Masjid Hadhari di Jerteh. Perjalanan kurang daripada setengah jam membawa kami ke kesana. Kedatangan kami disambut dengan jamuan makan malam yang memang sedap. Alhamdulillah, rezeki.




Setelah semua kenyang menikmati makanan yang disediakan, agenda seterusnya pon diteruskan. Selepas makan, meeting diadakan untuk clarify segala keperluan yang harus disediakan.


MEETING AND DISCUSSION


Perbincangan secara terperinci amat perlu dilaksanakan bagi menulis serta mengenalpasti keperluan yang harus dibawa serta disediakan sebelum memasuki pulau keesokan harinya.

Perancangan seperti penyedian bahan untuk dijadikan menu makanan amat perlu dititikberatkan. Makanan mudah yang menjadi pilihan adalah roti serta mee segera yang mudah untuk dimasak dan disediakan. Keperluan dari segi perubatan serta kelengkapan dapur seperti pisau dan "first-aid kit" juga diambil berat.


Setelah selesai menyenaraikan bahan-bahan keperluan, maka pembahagian tugas pun dilaksanakan. Pembahagian tugas bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan lagi pergerakan ke pulau pada esok harinya disamping dapat menjimatkan masa.

Setelah selesai meeting, maka semua komitee bersedia untuk tidur. Memang tidur lena keesemuanya. Kami sememangnya mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada Encik Nasir serta keluarga kerana sudi menerima kunjungan daripada anak-anak muda ini. Tempat bermalam disediakan malah kami dijamu dengan makanan yang sangat sedap. Terima kasih banyak-banyak.


PAGI YANG MENGUJAKAN


Bangun dengan semangat membara untuk memasuki ke Pulau Perhentian. Tetapi, sebelum pergi bercuti secara rasminya, perut harus di isi terlebih dahulu. Beruntung benar bagi kami kerana pada paginya kami dijamu pula dengan nasi lemak. 

Alhamdulillah, rezeki anak-anak muda ini nampaknya. Murah rezeki juga kepada Encik Nasir dan keluarga yang menyediakan makanan kepada kami. 

Selepas selesai sahaja breakfast, maka perjalanan diteruskan dengan mencari barang keperluan untuk dibawa ke pulau. Perjalanan lebih teratur dengan pembahagian tugas yang telah dibuat pada malam sebelumnya.


AKSES KE PULAU PERHENTIAN


Setelah kesemua barang keperluan dibeli dan disediakan, maka pusat pengumpulan seterusnya adalah di Pejabat JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran). Maka, segala barang keperluan termasuk beg pakaian serta makanan dikumpul ke dalam 4WD sebelum bergerak ke jeti berhampiran.

Sebahagian kami dibawa menaiki 4WD ke jeti dan selebihnya menaiki kereta. Nampak kecerian di wajah setiap mereka. Seronok dan excited agaknya. 




JETI KECIL KE PULAU PERHENTIAN


Setelah tiba ke jeti kecil berhampiran, semua barang diturunkan kembali daripada 4WD dan harus dipindahkan ke dalam bot. Terasa macam banyak benar barang yang dibawa walhal percutian hanyalah tiga hari sahaja. 


Maka semua bersedia dan tak sabar untuk ke pulau perhentian. Semua menanti bot dengan penuh harapan dan kesabaran.


PERHENTIAN..KAMI DATANG...!!


Sampainya bot yang membawa kami ke pulau perhentian. Kegembiraan tidak dapat ditahan lagi. Dengan mood happy, maka segala barang diangkat masuk ke dalam bot besar.



Kami dibawa menaiki 2 biji bot untuk masuk ke Pulau Perhentian, satu bot besar manakala satu lagi bot sederhana. Bot besar menempatkan barang-barang yang perlu dibawa. Bot kecil hanya menempatkan saya bersama-sama 3 orang member dan 4 orang brother JPS.





Menaiki bot untuk ke pulau perhentian mengambil masa lebih kurang 45 minit. Terasa begitu lama tidak menaiki bot. Jadi sepanjang 45 minit itu, hanya menyaksikan pemandangan cantik. Bot meluncur laju di atas air terus ke pulau.





JEJAK KAKI DI PULAU PERHENTIAN



Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu perhentian besar dan perhentian kecil. Percutian kami bertempat di Pulau Perhentian Besar.


Sangat teruja sebaik sahaja menghampiri jeti pulau kerana air lautnya sungguh jernih dan clear. Memang cantik.


Sesudah sampai segala barang keperluan harus diangkat ke tempat tinggal. Gotong-royong mengangkat segala beg, arang, kotak ais dan bahan-bahan makanan.




Maka barisan berarak ke tempat penginapan. Memang meriah ramai-ramai bercuti.


Sesampai ke tempat penginapan, sempat dulu bergambar sebelum check in.



Tempat tinggal yang sederhana, sesuai untuk orang bujang macam kami semua nie.


Pemandangan di hadapan tempat penginapan yang memang cantik dengan kilauan air laut yang jernih kebiruan menghadap ke pulau perhentian kecil. Terbaik..!!!





MARI CERITA BAB MASAKAN DAN MAKANAN

Selepas sahaja memasuki pulau, semestinya semua excited nak mandi laut. Namun, apabila mempertimbangkan bahawa selepas mandi laut, pastinya badan penat dan lapar, maka haruslah ada segelintir daripada kami yang memasak dan menyediakan makanan.







Semua bergotong-royong dan bekerjasama untuk memasak nampaknya. Bukan semua yang memasak, selebihnya tukang makan dan tukang tengok la. Menu pilihan yang semestinya mudah untuk dimasak adalah sardin dan telur goreng. Memang mudah, cepat dan ringkas.




Kedua-dua malam semasa percutian kami diisi dengan barbecue (BBQ). Apabila tiba di kepulauan, pastinya makanan laut segar menjadi pilihan. Ikan serta sotong menjadi pilihan. Ikan dan sotong bukan biasa-biasa, yang besar punya kami dapat. (Disediakan oleh nelayan di situ, kami tempah jer..)

Boleh bayang sendiri sotong besar lengan...makan 4 atau 5 orang tu, memang sedap. (Boleh pulak bergambar dengan ikan dan sotong)





Setelah ikan dan sotong dicuci dan dibersihkan, maka makanan malam disediakan dengan memanggang ikan dan juga sotong. 


Ikan kembung dan ikan merah menjadi pilihan. Menurut abang-abang yang menemani kami ini, katanya ikan-ikan ini memang sedap apabila dibakar.



Apabila semua bahan telah tersedia, masa untuk BBQ la jawabnya. Terima kasih juga kepada abang-abang JPS sebab bantu kami BBQ ikan serta sotong.








Sambil-sambil menunggu ikan dan sotong masak, menu utama iaitu nasi goreng disediakan. Disebabkan hendak akan rasa ala-ala western, maka coselaw pon disediakan. Tetapi, apabila ikan bakar bertemu dengan sambal kicap..memang sedap tak terkata.




Memang sedap hingga menjilat jari. Sotong segar yang di BBQ, memang juicy. Sedap tak terkata. Antara sotong dan ikan, sotong yang licin dulu. Makan malam memang BBQ jela jawabnya. Tapi, memang best..!!






Manakala, breakfast dan makanan segera, kami makan roti sandwich dan maggie sahaja, nama pon segera. Mudah, cepat dan berselera.






Walaupon makanan biasa-biasa sahaja, tetapi sesuai sahaja bagi orang bujang macam kami nie. Memang sedap sahaja. Semua makan dengan lahapnya. (Jikalau lapar, apa sahaja pon ditelannya)


MARI CERITA BAB AKTIVITI DAN MASA LAPANG



Apabila memasuki pulau perhentian, memang tak lari daripada aktiviti snorkling dan bermandi-manda di laut. Kami dibawa ke beberapa tempat ataupon checkpoint untuk snorkling. Checkpoint yang memang dikhaskan memang terpelihara akan kecantikan batu karangnya. Dapat melihat batu karang secara dekat memang terbaik.





Berbagai-bagai jenis ikan dapat dilihat, tetapi yang pastinya, clown fish ataupon "nemo" memang menjadi perhatian kami. Dapat melihat "nemo" di depan mata memang cantik. (sayangnya tak sempat ambil gambar nemo) 

Selain bersnokling, memang bermandi-manda sahaja kami. Seronok mereka bermain air nampaknya.






Tak cukup dengan bermandi-manda, asyik nak posing ambil gambar sahaja. Pulau cantik, memang menarik untuk ambil gambar yang memang cantik.













Kami juga dibawa ke Lata Air Berani di pulau perhentian ini. Kawasan ini merupakan kawasan air tawar dimana penduduk pulau menggunakan airnya untuk tujuan masakan,basuhan dan sebagainya. Air tawar yang tidak masin seperti air laut sungguh sejuk apabila mandi..Menggigil...!!





Selain mandi-manda, aktiviti sampingan seperti melihat dan memberi makan ikan, bermain pasir serta sukan air juga dilakukan. Memang terbaik. Di jeti sahaja, terdapat banyak ikan kecil yang pastinya comel-comel kesemuanya.







Jikalau bosan, ada diantara mereka ini berkejaran sesama sendiri serta bermain pasir sahaja. Kanak-kanak riang mungkin.






Nampak seperti tidak banyak aktiviti dilakukan, namun kami amat seronok dengan percutian bajet ini, memang seronok rasanya. 


KEMBALI KE DARAT


Percutian 3 hari 2 malam ini berakhir dengan kembalinya kami semua ke darat. Paginya, selepas selesai mengemas segala pakaian, tempat tinggal serta dapur, maka perjalanan menaiki bot kembali ke darat pon bermula.



Alhamdulillah, selamat sampai ke darat. Memang seronok bercuti di Pulau Perhentian.


Atas persetujuan ramai, kami semua bergerak untuk lunch di sebuah gerai nasi ayam yang sememangnya murah. Percaya atau tidak, harga nasi ayam yang kami makan hanyalah RM 1.90. (Not bad juga rasanya)



Selepas makan, kami kembali sebentar ke rumah pakcik abang ijat, bersihkan diri sebelum semua kembali pulang dan meneruskan agenda masing.


SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

Saya sebagai wakil kepada kawan-kawan saya, dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada abang-abang daripada JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) kerana mengiringi serta menjaga keselamatan kami semua. Terima kasih kepada Cik Kamal, Pok Nik, Abang Munir serta Abang Mie kerana sudi menjaga kami semua.

Tidak dilupakan kepada saudara Abang Ijat yang menguruskan serta memudahkan urusan percutian kami semua. Terima kasih juga kepada Encik Nasir (pakcik Abang Ijat) kerana memudahkan segala urusan percutian kami, menjamu kami dengan makanan yang sedap serta menyediakan kemudahan tempat tinggal bagi kami semua. Terima kasih banyak-banyak.



Tidak dilupakan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupon tidak langsung dalam membantu dan memudahkan percutian kami ke Pulau Perhentian. Memang seronok, memang best dan memang awesome.!!


GAMBAR-GAMBAR KENANGAN, SELFIE DAN CANDID




















Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menjayakan percutian ke Pulau Perhentian kali ini, insyaAllah lain masa ke tempat lain pula kita bercuti, Terima kasih kepada:

1- Syafiq Junaidi
2- Izzat Azmi (Abang Ijat)
3- Azzam Razali
4- Ali Akram
5- Rusydi Buchek
6- Zulkarnain Mokhtar
7- Faris Ishak
8- Faris Naafi
9- Wan Izzuddin
10- Fitry Shukor
11- Amin Awang
12- Farid Rahimi

~Memang best dan menarik percutian ke Pulau Perhentian. Memang cantik dan memang awesome. InsyaAllah, jikalau diberi kesempatan, ingin kembali ke pulau ini dan meneroka dan mencuba pelbagai aktiviti menarik di sini~

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog rahishan.com, insyaAllah, bertemu dalam entri-entri akan datang semestinya. Rasa macam best sahaja entri kali ini, boleh tekan button like dibawah yer..hehe.. 

Akhir kata, Terima Kasih dan Assalamualaikum w.b.t. (^_^)V

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...