Wednesday, June 4, 2014

FINAL YEAR PROJECT..!!


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bercerita dan menulis lagi di ruangan blog rahishan.com. Entri kali ini suka untuk saya menceritakan serba sedikit berkenaan final year project (FYP) di UTP. Secara umumnya, setiap courses mempunyai projek masing-masing. Tetapi, disebabkan saya jurusan elektrik dan electronik (EE) jadi suka untuk saya bercerita mengenai projek-projek yang dikhususkan untuk pelajar EE la.

JURUSAN EE TERBAIK..!!




Secara jujurnya, jurusan elektrik dan elektronik adalah jurusan "terbaik" di UTP. Bukan terbaik apa, jurusan terbaik yang membawa maksud jurusan paling susah di kalangan para pelajar. Apabila menyebut EE, mesti ramai yang akan gerun mendengarnya. Tambah-tambah jikalau seseorang itu kerap memperoleh dean list, semestinya dia dikagumi di kalangan geng-geng EE.

Apabila menempuh final year, projek macam menjadi kebiasaan. Tidak merasa akan stress belajar, tetapi bagi saya, lebih stress dan mencabar memikirkan perihal projek-projek. Tulisan itu adalah betul, "projek-projek", Maksudnya memang budak-budak EE banyak projek ketika final year. Terbaik..!!

Terasa bertuah untuk sesi kali ini, kerana for the first time budak-budak EE akan melakukan dua projek besar semasa menempuhi final year. Yup, dua projek besar iaitu Final Year Project dan Integrated System Design Project.


FINAL YEAR PROJECT TITLE



Secara jujurnya, kami sepatutnya propose title untuk final year project nie. Ada yang propose sebenarnya, tetapi rasanya semua ditolak. (Ada juga beberapa orang yang propose la). Jadi, untuk selesaikan masalah ini, pihak yang uruskan FYP telah mengeluarkan list titles yang memang meet the standard requirement la. Tajuk-tajuk yang memang boleh disambung sebagai title for master basically. So, memang level terbaik la juga.

Mari kita lihat beberapa tajuk yang telah disarankan dan dikeluarkan oleh pihak pengurusan FYP. Secara umumnya, tajuk-tajuk itu berkaitan dengan Automation and Control Systems,Intelligent Signal and Imaging,Pervasive Systems Communications, and Energy and Power. Memang awesome..!!

List FYP topics that already being agreed to choose from:

  • 3D object acquisition system
  • Parallel Kinematic Robot Controller
  • Development of wireless charging for mobile application using PV module
  • PIM-based Digital Controller for System with Process Delay
  • Development of algorithm for improved maze navigation
  • Turtle Robot on a Grid
  • Antenna Rotator Design and Control
  • Multiband Amateur Radio Antenna Design
  • Differentiating VEP EEG Signal using LMS
  • 3D registration of medical device transducers
  • An efficient clustering technique for mobile wireless sensor networks
  • Smart Shopping Cart
  • On line monitoring  for Domestic Distribution Box
  • Thermoelectric Generator Design Based on Power from Body Heat for RFID Tag
  • Breathing Air Level Transmitter Monitoring
  • Domestic Thermoelectric Power Generator
  • Investigation of Position Control with Brushless DC Motors
  • Freehand Drawing using EEG and Eye Tracking
  • Intelligent and Portable Seat Belt Reminder for Vehicle

Ada banyak lagi topic sebenarnya, tetapi ini diantaranya sahaja. (Baca pon ada yang paham ada yang tak paham..hehe). Jadi, setiap pelajar harus ada satu topik untuk projek. Tahu tak tahu itu belakang kira. Jadi, semua pelajar harus berusaha sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan dan menyempurkan FYP ini. Peranan supervisor juga amat penting dalam membantu pelajar tahun akhir ini.

Saya dapat projek yang sememangnya saya tak pandai sangat iaitu berkenaan Intelligent Signal and Imaging. Saya rasa pelajar-pelajar juga sama, dapat projek yang mungkin tak familiar pon.


INTEGRATED SYSTEM DESIGN PROJECT


The PATHFINDER
Satu daripada perkara menarik menjadi pelajar elektrikal dan elektronik adalah mendapat tahu secara surprise akan ada tambahan projek ketika final year. Secara jujurnya, ketika berpraktikal, semua geng-geng EE hanya memikirkan perihal final year project ketika internship semakin ke penghujung.

Oleh kerana batch kami adalah batch yang special (bertuah), jadi kami adalah batch pertama yang diimplemestasi subjek tambahan ini. Memang bertuah betul. Projek pula bukan biasa-biasa, projek yang melibatkan robot.

Robot yang telahpon direka dan diberi nama pathfinder. Setiap kumpulan yang dibahagikan akan diberikan satu robot. Mengikut kretiviti, objektif adalah untuk menggerakkan robot dari tempat permulaan ke tempat penamat dengan masa terpantas. Namun begitu, sepanjang melalui ke garisan penamat, ada beberapa halangan (obstacle) yang harus dielak. Disini letaknya kemahiran pelajar untuk menggerakkan robot disamping mengelakkan halangan.

Apabila proses hendak menggerakkan robot, pastinya perlukan programming. Yang dicadangkan Aduino , Rasperrry Pi dan sebagainya. Untuk mengelak halangan, mungkin beberapa sensor diperlukan. Mungkin infrared sensor, motion sensor dan light sensor. Memang pelajar kena kreatif dan inovatif la kan. Ini juga adalah kali pertama saya melibatkan diri dalam projek yang ada kaitan dengan robot. (^_^)V


Fikir-fikir nak tambah apa lagi nie..!! (^_^)V

Diharapkan segala projek yang dilakukan ketika final year ini akan menjadi dengan jayanya. Diharapkan juga semua pelajar mendapat gred terbaik agar semua boleh graduate dengan jaya dan gembira. ~ yeay (^_^)V ~


~Cukup dulu sekadar ini entri berkenaan projek ketika tahun akhir di UTP, insyaAllah, bertemu lagi di entri-entri akan datang yang mugkin saya akan bercerita berkenaan motivasi, perniagaan, peribadi dan sebagainya.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog rahishan.com ini, insyaAllah, bertemu di lain waktu dan masa. Terima kasih. ~

Akhir kata, Assalamualaikum w.b.t.

#sentiasapositifdanberusaha
#niatnakshareje

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...