Tuesday, June 17, 2014

SEMINAR HIDUP LUAR BIASA 2014


Assalamualaikum w.b.t,

Walaupon sibuk dengan projek-projek di Final Year nie, masih sempat mengambil peluang untuk menghadiri seminar perniagaan. Terasa lama juga tidak menghadiri apa-apa seminar perniagaan selepas pulang daripada praktikal. Alhamdulillah, kali ini berkesempatan menghadiri satu daripada seminar anjuran Richworks iaitu seminar Hidup Luar Biasa 2014.

Kali ini best sikit, sebab seminar diadakan hampir di seluruh pelusuk negara. Bertuah dan beruntung kerana seminar diadakan di beberapa lokasi di sekitar negara termasuk di negeri kelahiran saya Perak.

Pada tanggal 5 Jun 2014 iaitu pada hari khamis, seminar Hidup Luar Biasa 2014 diadakan di Kinta Riverfront Hotel & Suits di Ipoh. Dianggarkan lebih kurang 45 minit perjalanan daripada tempat belajar saya (UTP) ke lokasi seminar.

Ini adalah kali pertama saya menghadiri seminar anjuran Richworks yang diadakan di luar Kuala Lumpur. Sebelum ini, semua seminar saya hadiri ketika waktu saya berpraktikal di Kuala Lumpur. Jika ianya hanya dilakukan di Kuala Lumpur, mungkin saya tidak akan pergi atas kekangan masa dan kesibukan belajar.


Tapi belajar ilmu perniagaan juga antara perkara yang saya suka dan minat. Jadi, walaupon sibuk sedikit, saya lapangkan juga masa pada sebelah malam bagi menghadiri perkongsian ilmu daripada DAO dan Afdlin Shauki.

Boleh dikatakan ramai juga orang Perak turun ke Kinta Riverfront Hotel & Suits nie. Agak sesak juga ketika sesi pendaftaran. Disebabkan Richworks membuat tawaran daftar 3 orang percuma, jadi saya bersama-sama dua orang sahabat saya pon menghadiri seminar ini. (Dapat masuk free)


Selepas selamat mendaftar, kami pon bersedia untuk menuntut ilmu di seminar ini. Tetapi, satu perkara yang saya perasan, pihak Richworks tidak lagi menggunakan "gelang kertas" seperti seminar-seminar sebelum ini. Sebaliknya, kini seminar anjuran Richworks telah menggunakan "kertas pelekat" sebagai pass masuk ke dewan.


Peserta seminar harus melekatkan pass (kertas pelekat) di bahagian poket untuk memudahkan staff mengenalpasti kami sebagai peserta sebelum membenarkan kami masuk ke dalam dewan.



SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU SEMINAR


Seminar Hidup Luar Biasa memang luar biasa hebatnya. (nampak gaya "thumbs up" tu..hehe). Secara jujurnya, setiap seminar anjuran Richworks yang saya hadiri memang best. Tak kiralah sama ada seminar berbayar ataupon seminar yang free. Memang awesome. Pastinya ada ilmu baru yang saya dapat.

1 - Untuk kali ini, DAO mahupon Afdlin Shauki sendiri banyak berkongsi berkenaan rezeki. Jikalau nak diikutkan, memang begitu banyak rezeki yang kita dapat, tetapi kita sebagai manusia kekadang lupa untuk bersyukur.

Satu daripada perkara menarik yang melekat dalam kepala saya adalah apabila DAO berkata yang lebih kurang membawa maksud sebegini:

"Sebenarnya, tindakan itu juga adalah rezeki daripada Allah"

Mengikut kepahaman saya, pastinya, tindakan yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri kita. Itu sebenarnya rezeki daripada Allah apabila Allah mengerakkan hati kita untuk melakukan perkara sedemikian.

2 - Selain itu, saya juga diberitahu akan perkara ini;

"Sesuatu kekayaan tidak akan diperoleh jikalau jiwa kita sendiri tidak kaya. Jiwa kaya bererti kaya daripada segi adab dan dalaman ataupon peribadi."

Senang saya terjemahkan sebegini, jiwa kaya bererti kaya rohani beserta melakukan amalan yang baik-baik sahaja kepada sesiapa sahaja. Kepada Maha pencipta dan juga terhadap seluruh makluk lain.

3 - Satu daripada formula asas untuk menjadi kaya adalah dengan bersyukur. Bersyukur terhadap setiap perkara yang kita ada, kecil mahupon besar. Daripada tahap kesihatan sehinggalah kesenangan kewangan dan hidup.

Dengan bersyukur, pastinya Allah akan meningkatkan serta menambah lagi rezeki kita. Itu adalah janji Allah. [Surah Ibrahim, 7]

4 -  Antara ayat menarik yang saya dapat ketika menghadiri seminar kali ini adalah;

"Duit adalah satu daripada rezeki, rezeki hanya akan datang kepada mereka yang ada rezeki"

Maksudnya adalah, adakah kita ini menjadi orang yang "menarik" rezeki ataupon "menolak" rezeki. Satu daripada cara menjadi orang yang menarik rezeki adalah dengan upgrade diri dan minda dengan ilmu (ilmu diri dan perniagaan).

Semestinya, banyak lagi ilmu yang dikongsikan daripada seminar ini, tetapi ini merupakan antara ilmu yang saya dapat. Pastinya apabila merasai sendiri lebih berbeza pengalamannya daripada membaca. Kepada mereka yang tidak pernah pergi ke mana-mana seminar anjuran Richworks, saya sarankan pergi dan rasai sendiri seminar anjuran Richworks, memang terbaik.!!


HIDUP LUAR BIASA

Terima kasih kepada dua orang sahabat saya yang sudi turut serta menimba ilmu yang saya yakin pastinya berguna untuk diri dan kehidupan. Jikalau pergi bersama-sama member lagi best daripada pergi bersendirian.



Terima kasih kepada dua sahabat saya:
- Zulrahimi Zamri dan Muhammad Azzam Razali (tak sempat nak snap pic)-

Diharapkan dengan seminar-seminar sebegini mampu merubah serta membuka minda kami semua untuk hidup lebih luar biasa sebagai student mahupon sebagai insan yang lebih berjaya pada masa akan datang. (^_^)V


~InsyaAllah, bertemu lagi dalam entri-entri akan datang dimana saya akan berkongsi berkenaan peribadi, perniagaan, kesihatan, motivasi dan lain-lain. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog rahishan.com, jikalau tidak menyusahkan, boleh tekan butang FB like dibawah yer..(^_^)~

Akhir kalam, Assalamualaikum w.b.t.

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
*p/s : apa yang ditulis lebih dekat dengan penulisnya sendiri*

Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp,Telegram)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...