Friday, June 27, 2014

SOCCER FRIENDLY - JANTEN FC VS BORNEO FC



Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulilllah, masih diberi kesempatan untuk menulis lagi entri terbaru buat kali ini. Kali ini saya nak menulis berkenaan perlawanan persahabatan bola sepak. Semestinya perlawanan yang turut disertai oleh saya, jikalau tidak, pastinya saya tak masukkan dalam blog saya nie.

SEJARAH PENUBUHAN

AKTIVITI PADA WAKTU PETANG

Kebiasaannya, saya bersama-sama beberapa rakan memang suka bermain bola padang di waktu petang. Boleh dikatakan, ini adalah aktiviti harian kami. Namun begitu, ketika itu, masih tidak ramai (batch saya sendiri iaitu Jan 10) yang turut serta bermain bola padang pada waktu petang. 

GIGIH MEMBUAT MINI GOAL POST
Namun, kuantiti mereka yang turut sama turun padang seakan-akan bertambah apabila kawan saya mendapat idea untuk menghasilkan mini goal post yang diperbuat daripada paip PVC. (Mungkin juga disebabkan court futsal yang sedang dibaiki dan dinaiktaraf ketika ini).

DULU TAK RAMAI SANGAT ORANG NAK TURUN MAIN

SERONOK SEMUA BERMAIN BOLA PADANG
Jadi, semakin hari, semakin meningkat jumlah bilangan orang yang turun ke padang untuk bermain bola. Peningkatan yang begitu mendadak sehinggakan kami perlu berubah daripada bermain bersama-sama gol mini kepada bermain padang besar dengan gol besi. Pernah suatu ketika terjadi kami bermain bola padang dengan jumlah pemain yang melebihi daripada yang sepatutnya iaitu lebih 11 orang satu pasukan. 


FRIENDLY MATCH


Disebabkan bilangan pemain yang begitu ramai dan mungkin juga semangat yang ditunjukkan oleh setiap daripada kami, kami diundang bermain perlawanan persahabatan dengan pasukan Borneo. Kami menggelarkan diri kami sebagai pasukan Janten (sempena batch Januari 2010).

Pasukan Janten ditubuhkan dengan pemain-pemain daripada batch saya sendiri yang sering bersama-sama turun bermain bola pada waktu petang. Pastinya terdapat campuran antara jurusan yang terdapat di UTP. Student Electrik, Mekanikal, Kimia, Awam (civil) dan hampir kesemua courses ada dalam team kami.

TEAM BORNEO FC
Pada tarikh 25 Jun 2014, seperti yang dirancangkan, perlawanan persahabatan diadakan bertemu pasukan Borneo. Ini merupakan perlawanan persahabatan pertama kami selepas seminggu sesi latihan bersama-sama dilakukan (main pada waktu petang dengan posisi yang betul atas arahan coach). InsyaAllah, mungkin akan ada lagi perlawanan mendatang selepas ini.

STRETCHING SIKIT...(^_^)
Sebelum perlawanan dimulakan, pastinya kita perlu stretching dan panaskan badan sedikit. Stretching penting agar otot tidak cramp apabila lama digunakan secara kondusif. Lebih kurang jam 6 petang, perlawanan persahabatan dimulakan. Duration perlawanan ditetapkan selama 30 minit bagi setiap separuh masa.  Saya diberi peluang untuk bermain bagi separuh masa pertama dengan posisi center forward.

AKSI DIATAS PADANG
Dapat la juga melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol pasukan lawan walaupon tak berapa baik aksi permainan yang dipamerkan oleh saya. Namun begitu, pasukan kami pada separuh masa pertama boleh dikatakan bagus juga, kerana pada separuh masa pertama keputusan adalah seri tanpa gol.

SEMANGAT SATU PASUKAN..

Berbeza pada 30 minit separuh masa kedua, hampir kesemua pemain pasukan kami ditukar. Oleh kerana begitu ramai yang berbakat untuk bermain, boleh dijadikan dua pasukan pulak. First eleven and second eleven.  Saya direhatkan ketika separuh masa kedua.

REAKSI SELEPAS GOL PERTAMA BORNEO FC DIJARINGKAN
Pada separuh masa kedua, perlawanan menjadi lebih laju apabila pasukan Borneo menjaringkan gol pertama mereka. Bola gol pertama disepak dengan begitu kencang, sehingga tidak mampu ditampan oleh goal keeper pasukan Janten. Tak cukup dengan satu gol, pasukan Borneo terus menjarakkan jumlah jaringan dengan menjaringkan lagi satu gol untuk menjadikan keputusan 2 – 0.


Namun, atas usaha pasukan, beberapa percubaan menarik turut tercipta daripada pasukan Janten. Sehinggalah berbaki kira-kira 7 minit sebelum berakhirnya perlawanan, gol yang ditunggu-tunggu oleh pasukan Janten pon tiba. Bermula dengan sepakan percuma, bola menerjah jaring pasukan Borneo tanpa disangka-sangka apabila ditampan masuk oleh seorang daripada pemain pasukan Janten. Bersorak gembira seketika pasukan Janten.

SESI POSMORTEM SELEPAS PERLAWANAN

MANAGER PON MUKA LETIH JUGA JERIT DARI LUAR PADANG (BAJU HITAM TENGAH)
Namun, perlawanan berakhir dengan keputusan 2 – 1. Kami tewas kepada pasukan Borneo tetapi seronok juga bermain sebagai satu pasukan. Amat membanggakan apabila ada diantara kami sebenarnya yang first timer dan dapat mempamerkan persembahan yang cukup memberangsangkan. Tak dapat dinafikan juga beberapa pemain yang nervous macam saya (^_^)V.


TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR

TEAM JANTEN FC
Saya sebagai wakil kepada pihak pengurusan dan pemain pasukan Janten semestinya mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada setiap pemain pasukan Borneo atas kesudian menjemput pasukan Janten untuk berentap bersama-sama. Terima kasih juga atas usaha mereka booking satu padang khas di Sport Complex UTP. Tidak dilupakan kepada manager pasukan Janten iaitu Zubair dan Afiq (Spoket) kerana menubuhkan pasukan Janten nie. Kalau tidak, tidak wujudlah pasukan Janten, tidak ada pasukan, macam mana nak friendly.

Terima kasih juga kepada setiap pemain pasukan Janten yang turut serta dalam perlawanan persahabatan ini (nak tulis macam ramai la pulak, tengok gambar la yer) . InsyaAllah, jikalau semangat berterusan dan masih ada lagi yang mahu berentap dengan pasukan Janten, pastinya akan ada lagi perlawanan selepas ini. Jadi, bersedia la yer..(^_^)V

~Okay, setakat ini dahulu entri kali ini. Sibuk juga dengan projek-projek akademik masa ini, tetapi insyaAllah saya akan disiplinkan diri untuk menulis lagi entri-entri berkenaan peribadi, kesihatan, perniagaan, motivasi dan sebagainya pada masa akan datang.


Akhir kalam, terima kasih dan Assalamualaikum~

[Jikalau rasa artikel macam menarik jer, macam best jer, mohon tekan button FB LIKE yer ..thanks ^_^ ]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...