Saturday, June 21, 2014

UTP SPORTS CARNIVAL 2014 - TARIK TALI


Assalamualaikum w.b.t,

Seronok juga menjalani kehidupan sebagai Final Year Student nie sebenarnya. Terasa macam free je, kelas macam tak banyak, tapi apa yang banyak?..jawapannya adalah PROJEK. Masa yang free itu sepatutnya digunakan untuk melakukan projek-projek berkaitan selain daripada belajar.

Tapi, jikalau belajar sahaja, memang "lemau" juga otak nie, jadi bagusnya UTP nie sebab menganjurkan UTP SPORTS CARNIVAL. Alhamdulillah, tahun ini berkesempatan mengambil bahagian dalam satu daripada acara yang dipertandingkan iaitu tarik tali.


UTP SPORTS CARNIVAL


Setiap tahun, UTP mengadakan UTP SPORTS CARNIVAL yang pastinya dianjurkan dan diuruskan oleh MPPUTP (Majlis Perwakilan Pelajar UTP). Terdapat beberapa jenis sukan yang dipertandingkan, daripada darat sehinggalah ke sukan yang melibatkan air. Untuk tahun 2014 ini, terdapat 16 jenis sukan yang dipertandingkan. (rujuk kepada poster)

Semestinya acara-acara yang dipertandingkan melibatkan pelajar-pelajar dari setiap courses. Maksudnya, setiap jurusan yang terdapat di UTP perlu menghantar wakil masing-masing dalam setiap acara yang dipertandingkan. Pastinya, tidak terhad kepada umur untuk manyertai setiap acara, tetapi rasanya Final Year students yang banyak mendominasi setiap acara sukan.

Kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh UTP boleh dikatakan baik untuk menganjurkan sports carnival kali ini. (Kalau tak, rugi la UTP sediakan segala jenis court jikalau students tak gunakannya). Namun begitu, acara seperti bowling diadakan di luar kampus kerana UTP tiada tempat untuk bermain boling. (Jikalau ada, macam mana la nanti..hehehe)


TUG OF WAR


Tidak terlintas langsung di fikiran untuk menyertai apa-apa acara pon ketika sports carnival 2014 nie, namun atas dorongan, sokongan serta desakan rakan-rakan, daftar juga la acara tarik tali nie. Sertai sebagai memberi semangat kepada member-member satu jurusan disamping memeriahkan suasana.

Jikalau hendak diikutkan, last time main tarik tali adalah ketika sekolah rendah. Masa itu masih mewakili rumah sukan warna hijau. Tak sangka apabila masuk ke alam universiti ini masih berpeluang main tarik tali.

Bersama-sama geng-geng EE, saya menjadi satu daripada peserta untuk acara tarik tali. Best juga main tarik tali ni sebenarnya. Tetapi, apa yang pasti, geng-geng EE kali ini tidak ada sangat badan yang "besar". Jadi, agak sukar apabila menentang peserta-peserta daripada jurusan lain yang lebih "besar" susuk badannya. Memang kena "makan" la jawabnya.

Namun begitu, geng-geng EE lelaki memeriahkan suasana dan memberi tentangan yang agak hebat kepada setiap lawan yang kami tempuhi. Nampak ayat macam pasrah je kan, memang pasrah pon. Kita tengok gambar di bawah inilah. Tak nak cakap lebih-lebih.. (^_^)V


Namun begitu, bagi team perempuan EE, mereka lagi memberi cabaran yang sengit kepada setiap lawan yang mereka temui. Kami sebagai team lelaki pastinya puas menjerit dan menyorak bagi menaikkan semangat setiap pemain geng-geng perempuan EE. Hasilnya, memang memberangsangkan. Team perempuan EE mendapat tempat ke-2 daripada 3 pasukan bertanding.

Sekurang-kurangnya mereka ada kemenangan berbanding team lelaki EE. (Bukan team lelaki EE tak kuat, tetapi kekuatan kami masih tak setanding dengan team lain..hehehe). Jadi, keputusan bagi tarik tali untuk team EE perempuan boleh tengok kat bawah. (Good Job Girls!!)


Team perempuan menang sekali dan kalah sekali. Manakala team lelaki...erm, no comment...(^_^)V


LAUTAN KE"OREN"AN


Gambar diatas adalah sebahagian daripada pelajar-pelajar tahun akhir jurusan EE yang mengambil bahagian dalam acara tarik tali sports carnival 2014. Group EE disarankan mengenakan pakaian seragam berwarna oren untuk nampak semangat kesukanan.

Disebabkan sekarang adalah demam piala dunia 2014, jadi kami pon memilih jersi Netherlands sebagai pakaian seragam pasukan EE. Sebab jersi itu berwarna oren la semestinya. (Yang menariknya, ketika acara ini dilangsungkan, team Netherlands telah menang bergaya ke atas Sepanyol 5 gol berbalas 1 pada awal paginya). Jadi, terasa bangga sedikit memakai jersi berwarna oren walaupon main tarik tali kalah. 

Terima kasih kepada insan yang bertungkus lumus menyediakan jersi oren buat kami agar boleh dipakai ketika acara tarik tali ini berlangsung. (^_^)V


ACARA ISTIMEWA

Disebabkan atas semangat kesukanan yang sungguh membara, jadi pelajar-pelajar EE jurusan akhir ini pon berpakat untuk mengadakan perlawanan tarik tali sesama sendiri. Atas persetujuan pengadil perlawanan juga, kami diberikan keistimewaan untuk mengadakan perlawanan tarik tali sesama kami sendiri.

Memang meriah dan memang happening semua geng-geng EE nie. Tak nampak letih walaupon matahari pagi telah naik. Semua ceria-ceria dan bersemangat sahaja. 

Selepas selesai acara tarik tali, semua pergi breakfast bersama-sama di kedai mamak berhampiran. Ini yang dikatakan "SPORT UNITES US..!!!". Memang oren la kedai mamak tu..hahaha...




GAMBAR-GAMBAR KENANGAN






Memang happening dan seronok bermain tarik tali. Seronok lagi dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan satu jurusan dan satu batch. Macam-macam ragam pelajar tahun akhir ini. 

Tapi seriusly, selepas main tarik tali, pada malamnya dan hari-hari berikutnya, satu badan lenguh-lenguh..selamat la makan supplement Shaklee, membantu juga dalam membekalkan tenaga seharian (^_^)V


~P/S : Saya tulis perihal tarik tali sahaja walaupon banyak lagi sukan lain yang dipertandingkan...sebab saya sertai tarik tali sahaja, saya tulis pasal tarik tali sahaja la..hehe~

~InsyaAllah, berjumpa lagi dalam entri-entri akan datang..pastinya cerita-cerita mengenai peribadi, motivasi, kesihatan, perniagaan dan sebagainya..insyaAllah bermanfaat..jikalau rasa macam best je apa yang saya tulis nie, mohon tekan button like di bawah yer (^_^)V~

Akhir kalam, Assalamualaikum w.b.t dan terima kasih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...