Sunday, August 24, 2014

BEREHAT SEBENTAR DI TELUK SENANGIN


Assalamualaikum w.b.t;

Alhamdulillah, masih berkesempatan menulis lagi entri terbaru buat kali ini. Sungguh cepat masa berlalu. Sekejap sahaja sudah hampir berakhir semester ketujuh buat diriku dan rakan-rakan. Ketika entri ini ditulis, sebenarnya minggu ke-14 akademik baru sahaja berlalu dan ini bererti minggu study week sudah pon bermula. Semestinya final exam bakal menjelma kurang dua minggu dari sekarang.

HILANGKAN STRESS DI TELUK SENANGIN


Minggu terakhir akademik iaitu minggu ke-14 memang meletihkan. Apa tidaknya, begitu banyak perkara ingin dilaksanakan. Tak cukup dengan test yang banyak, ditambah pula dengan reports, assignments serta presentation, memang mencabar. Namun semua telah berakhir, dan syukur semuanya selamat.

Jadi, ada baiknya jika diri ini berehat sebentar menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Teluk Senangin antara lokasi yang menarik untuk bermandi-manda selain daripada Teluk Batik. Lebih kurang satu jam sahaja dari UTP menghadap kearah Lumut, Perak.




Semestinya tujuan utama untuk melepaskan stress dengan bermandi-manda. Ada yang mengambil kesempatan untuk memancing. Selain daripada aktiviti kejar mengejar di tepi pantai, tak lupa juga aktiviti bermain dengan pasir. (tak faham kenapa member-member aku suka korek pasir dalam-dalam guna tangan..hehe..)




Pernah juga sebelum ini pergi mandi-manda di pantai dan semestinya selepas mandi, confirm perut lapar punya la. Selamat terdapat beberapa kedai di sepanjang perjalanan. Boleh beli nasi sebagai lunch disamping sandwich dan sosej goreng yang dibawa sendiri. (terima kasih kepada mereka yang sediakan makanan..terbaik...!!)



Walaupon hujan turun dilewat petang itu, namun kami masih dapat merasai keseronokan bermandi-manda. Apabila menyedari hujan semakin lebat, maka kami bergegas pulang selepas membersihkan diri. Semestinya tandas disediakan. Jikalau tidak, memang susah sikit la nak salin pakaian semua..(^_^)V

Gelagat-gelagat member-member aku semua....hahaha...





Apabila selfie menjadi trend. Kemana-mana pon hendak selfie..(^_^)Y





Perjalanan diakhiri dengan singgah di satu gerai makanan di Bota yang terkenal dengan jolokan nama "satay bota". Dinner dan isi perut dulu sebelum kembali pulang ke UTP. Memang best, sodap pon sodap..





Terima kasih kepada member-member yang ajak pergi mandi-manda di Teluk Senangin. Memang best...memang terbaik....(^_^)Y.InsyaAllah, jika berkesempatan, nanti kita ramai-ramai pergi bermandi-manda dan bercuti lagi ke tempat yang lebih menarik.

#-kenagan di teluk sanangin, perak - sabtu, 23 ogos 2014 -#

~Sekian dahulu untuk entri kali ini...semoga bertemu lagi dalam entri-entri akan datang...Final Exam be nice to me and my friends...!!!...~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...