Saturday, August 9, 2014

RUMAH TERBUKA MPPUTP DAN LECTURER


Assalamualaikum w.b.t;

Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin diucapkan kepada pembaca blog rahishan.com ini. Nampaknya, di UTP sendiri masih berada dalam keadaan "mood" raya. Walaupon UTP berada dalam "mood" raya, diharapkan para pelajarnya tidak begitu "raya" kerana final exam semakin hampir. (peringatan buat diri sendiri jugak).

Kali ini, memandangkan saya bercakap mengenai raya, suka untuk saya kongsikan suasana ketika menghadiri dua jemputan rumah terbuka iaitu oleh Majlis Perwakilan Pelajar UTP 2014 dan juga oleh lecturer saya sendiri.


RUMAH TERBUKA UTP 2014



Alhamdulillah, kali ini adalah kali kedua saya berpeluang menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh MPPUTP. Jikalau saya tidak silap, rumah terbuka MPPUTP diadakan setiap tahun di UTP. Pastinya, setiap kali rumah terbuka diadakan, pastinya berpusu-pusu pelajar menghadirinya. Memang ramai betul pelajar yang hadir.

Sapa yang tidak suka makanan free kan. (^_^)V.  Sedikit suasana ketika rumah terbuka UTP. Gambar diambil ketika pelajar sedang beratur.

Pelajar lelaki beratur, panjang betul..
Pelajar perempuan beratur..tak panjang sangat..

Penuh tempat duduk cafe

Makanan yang disediadakan juga boleh tahan sedapnya dan banyaknya. Menu utama disediakan nasi goreng dan rendang ayam. Tidak dilupakan sedikit murtabak, satay, nasi himpit dan juga pizza. Untuk minuman disediakan air bandung dan juga cendol. Terbaik.


Pelajar beratur untuk ambil makanan...

Member aku semua muka lapar..
Terima kasih kepada "adik-adik" yang hidangkan makanan

perghh..ramai giler orang...


Alhamdulillah, rezeki untuk dinner..
nyum..nyum..nyum.....


Special seat for VIP....(^_^)
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga UTP yang terlibat dalam menjayakan rumah terbuka ini. Diharapkan rumah terbuka ini akan diadakan setiap tahun di UTP. (^_^)V


RUMAH TERBUKA IR DR IDRIS ISMAIL


Keesokan harinya, iaitu pada 9 Ogos bersamaan hari sabtu, kami pelajar tahun akhir majoring in Instrumentation and Control dijemput untuk menghadiri rumah terbuka seorang daripada lecturer kami iaitu Dr Idris Ismail. Beliau mengajar kami Plant Process Control System. Sporting juga lecturer nie. (^_^)

Sedikit suasana ketika rumah terbuka. Kami dijamu dengan lunch nasi goreng berlauk ayam dan daging serta sayur. Ayam dan daging dimasak sendiri oleh lecturer memandangkan beliau dahulu pernah menyambung pengajiannya di Manchester. Kalau nak makan masakan melayu di oversea, satu daripada caranya adalah mesti belajar memasak sendiri. 


Sopan je semua gadis-gadis makan...(^_^)



Pizza dibawa oleh kami sendiri..

Selepas makan, semua pulang dengan kenyangnya. Sedap juga masakan lecturer nie. Terbaik.. (^_^)


Selfie seround....

Selfie second round...

Apa-apapon, saya mewakili semua kawan-kawan saya yang hadir ke jamuan rumah terbuka ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada AP Ir Dr Idris Ismail sekeluarga atas kesudian beliau menjemput kami semua bertandang ke rumahnya.

Terima kasih banyak-banyak sir. (^_^)

~InsyaAllah, bertemu lagi dalam entri-entri akan datang, final year student......~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...