Sunday, September 7, 2014

BERAKHIR SEMESTER KETUJUH DI UTP


Assalamualaikum w.b.t, 

Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan dan tubuh badan yang baik sehingga ke hari ini untuk terus menulis dan mengemaskini blog rahishan.com ini. Baiklah, secara rasminya, hari ini adalah hari terakhir peperiksaan akhir semester ketujuh. Ini juga bermaksud tamatlah sudah perjalanan semester ketujuh buat diriku bersama teman-teman.


MENJELANG PEPERIKSAAN AKHIR


Siapa sangka, sungguh cepat masa berlalu. Seakan terasa baru sahaja internship melabuhkan tirai dan  semester tahun akhir bermula. Mungkin masa 4 bulan per semester di UTP tidak begitu dirasakan dek kerana pembelajaran dan projek yang dimampatkan untuk satu semester 4 bulan yang singkat.

Walau bagaimanpon, akhirnya kini telah selamat berlabuh semester ketujuh. Dan kini hanya tinggal satu semester sahaja lagi sebelum graduasi. Cepat sungguh masa berlalu.

Untuk semester kali ini, saya mengambil enam subjek dan menempuhi empat final paper. Dua lagi subjek semestinya berkaitan dengan Final Year Project dan juga Integrated System Design Project yang pastinya akan diteruskan di semester terakhir iaitu semester kelapan.



MENARIKNYA PEPERIKSAAN SEMESTER KALI INI

Credit to Heart To Tronoh (HOT) FB Page
Yang menariknya semester kali ini adalah pastinya dengan kehadiran face scanner and detection sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Dikatakan face scanner and detection ini akan mengenalpasti setiap muka pelajar yang mengambil paper yang berkaitan ketika memasuki dewan peperiksaan.

Kemudian, padanan data image yang diperolehi akan diperiksa dengan student database untuk memastikan pelajar yang masuk adalah pelajar yang sama ketika keluar dari dewan peperiksaan. Ini baru "Universiti Teknologi Petronas", nampak teknologinya. (^_^)

Namun begitu, jikalau tidak silap, itu adalah projek master dan masih dalam research. Namun, mungkin ianya akan diaplikasi dalam semester yang mendatang. Saya merasai face scanner and detection ketika mengambil kertas Malaysian Studies.

Jikalau hendak diikutkan, saya dapat merasakan beberapa perubahan yang dilakukan oleh pihak pengurusan UTP acap kali peperiksaan akhir semester menjelma. Bermula dengan pegawai (pak guard) yang memeriksa setiap kali sebelum masuk dewan tanpa menggunakan sebarang alat, kemudian beralih dengan metal detection (untuk detect phone barangkali) sehinggalah kini face scanner and detection. 

Seperti biasa, semestinya perubahan dilakukan untuk mengelakkan student daripada meniru ataupon membawa "toyol" ke dalam dewan peperiksaan. Kebiasaannya, student hanya menerima tanpa bantahan. Untuk kebaikan la katakan. (^_^)


TAMATNYA KERTAS TERAKHIR


Seperti yang saya nyatakan tadi, untuk semester kali ini saya mengambil empat paper final. Alhamdulillah, waktu peperiksaan untuk saya dan rakan-rakan satu jurusan Elektrikal (Instrumentation and Control) disusun cantik dengan beberapa hari berselang antara satu paper ke paper yang lain. 

Pernah suatu ketika, jadual peperiksaan akhir disusun begitu rapat sehingga terasa akan tekanan dek kerana rapatnya satu kertas ke kertas peperiksaan yang lain.Selamat kali ini, perkara itu tidak berlaku, jikalau tidak, pastinya masa untuk revision akan berkurang. (Jikalau ada gap antara paper sekurang-kurangnya akan ada sedikit masa untuk revise).



Jadi, alhamdulilllah, semua telah berakhir dan diharapkan saya serta rakan-rakan mendapat keputusan yang cemerlang untuk meneruskan perjalanan kami menuju semester terakhir. Semoga segalanya berjalan lancar.

Pada hari ini juga, iaitu hari terakhir paper Process Plant Control System (PPCS), saya berkesempatan bergambar dengan lecturer AP Ir Idris Ismail selepas keluar daripada dewan pepriksaan. Terima kasih kepada lecturer atas segala tunjuk ajar dalam kelas. Maaf jikalau tidak fokus dalam kelas. (^_^)

Terima Kasih AP Ir Idris Ismail atas segala ilmu dan tunjuk ajar..(^_^)
~Semoga dengan ini, perjalananku dan sahabat-sahabat akan dipermudahkan olehNya.. kami semua selamat bergraduasi awal tahun 2015 InsyaAllah~


-Setakat ini dulu untuk entri kali ini, InsyaAllah berjumpa lagi dalam entri-entri akan datang. Banyak lagi story nak dikongsikan, InsyaAllah, sepanjang perjalanan akan ada coretan menemani. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan-

Assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...