Sunday, September 21, 2014

CUTI SEMESTER - KE KL KE KITA !!

 

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nafas serta kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup di dunia ini. Memandangkan selepas bertungkus lumus menempuhi peperikasaan akhir semester ketujuh, rasanya baik berehat seketika ataupon self-reward sebelum menempuhi semester terakhir di UTP.Sejurus sahaja berakhir kertas terakhir pada hari ahad (7 September), keesokan harinya saya bersama-sama beberapa orang teman terus bergerak ke Kuala Lumpur. 
Perjalanan 3 buah kereta ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 3 jam. Jikalau hendak diikutkan, perancangan cuti kali ini sudah pon diadakan seminggu lebih awal. Semestinya untuk memudahkan perjalanan dan urusan.


KUALA LUMPUR KAMI DATANG !!


Percutian semester singkat 3 hari 2 malam bermula dengan kunjungan kami semua ke Dobi GSN Jaya di Shah Alam (promote dobi member). Kunjungan bertujuan untuk mengambil kunci tempat bermalam ketika kami menetap sementara di Shah Alam. Atas budi bicara ahli keluarga sahabat kami yang juga menetap di Shah Alam, dapatlah sebuah rumah sementara untuk menetap.



Alhamdulillah, nampaknya kami memulakan hari dengan "langkah kanan" apabila kami disajikan dengan nasi ayam penyet di restoren berhampiran dengan dobi. Memang rezeki betul. Semestinya terima kasih kepada Rusydi dan keluarganya atas layanan mesra menyambut kami semua.


Selepas selesai menunaikan solat zohor dan asar secara jamak di surau berhampiran, kami teruskan perjalanan ke tempat menetap sementara yang telah disediakan.


Memandangkan kami telah menempuhi perjalanan yang, maka aktiviti di petang itu hanyalah rehat. Namun, disebelah malamnya, ada antara kami melepaskan stress dengan bermain boling. Tetapi, saya dan beberapa rakan memilih untuk menonton wayang. Cerita seram thriller "As Above So Below".


HAMPA TAK MASUK KE SUNWAY LAGOON


Keesokan harinya, selepas bersarapan, perjalanan dari Shah Alam diteruskan ke Sunway Lagoon. Memang tujuan utama percutian ini adalah untuk bersuka ria di taman tema air Sunway Lagoon.


Namun akibat tersalah perancangan, hasrat untuk bersuka-ria di Sunway Lagoon terpaksa diibatalkan atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan dan juga atas sokongan majoriti. Tetapi tak apa, insyaAllah pada suatu hari nanti pastinya akan masuk juga ke Sunway Lagoon, cuma mungkin bukan kali ini. (tanam hasrat untuk masa hadapan insyaAllah..)




ICE SKATING DI SUNWAY PYRAMID


Kekecewaan untuk tidak bersuka-ria di Sunway Lagoon ditebus dengan bermain ice skating di Sunway Pyramid. Nasib baik tempat bersebelahan sahaja. Kami pergi pada waktu pagi, waktu yang paling sesuai untuk bermain ice skating sebab tidak ramai orang. Jikalau jatuh, tak ada la malu sangat. (^_^)


Setelah selesai membuat bayaran tiket lebih kurang RM 27, kami pon masuk ke ice skating rink. Tips untuk berjimat adalah dengan membawa stokin dan juga sarung tangan (gloves) anda sendiri. Ini kerana tanpa stokin dan juga gloves anda tidak dibenarkan masuk dan akan dikenakan additional charge RM 15, dimana RM 6 adalah untuk stokin manakala RM 9 untuk gloves. Nak jimat kena la bawa sendiri. 


Setelah mengukur saiz kaki untuk diberikan kasut yang bersesuaian, maka boleh la bersiap sedia untuk ice skating. Begitu banyak pilihan saiz kasut yang disediakan.


Setelah selesai memilih saiz kasut yang sesuai, maka kami pon terus bersiap sedia mengenakan stokin, sarung tangan serta kasut yang telah diberikan.




Ada diantara kami yang pernah bermain ice skating sebelum ini, tetapi ada juga diantara kami yang pertama kali merasai pengalaman ini.


 Cara ikat kasut juga perlu betul. Jikalau boleh, kasut hendaklah diikat dengan kemas dan ketat, supaya tak mudah longgar ketika digunakan nanti. Boleh mendatangkan bahaya jikalau kasut tak diikat dengan betul.



Kali kedua berkunjung ke tempat yang sama selepas hampir tiga tahun tidak mendatangkan masalah untuk mengikat kasut. Tetapi perasaan gemuruh mengenangkan kekerapan jatuh kali pertama bermain ice skating memang tak dapat dinafikan.

 

Locker turut disediakan untuk menyimpan barang-barang berharga seperti telefon, wallet dan sebagainya. Maka boleh bermain ice skating dengan tenangnya.




Setelah selesai mengenakan segala kelengkapan yang diperlukan, tibalah masanya untuk bermain ice skating. Seronok betul bermain ice skating nampaknya. (Gambar diambil oleh member yang tak main ice skating..terima kasih kerana sudi ambil gambar..)




Jikalau hendak diikutkan, memang dilarang sama sekali mengambil gambar di dalam ice skating rink. Ini kerana memang sudah terdapat photographer di dalam tempat itu. Rugilah dia jika membenarkan orang lain mengambil gambar sedangkan itu adalah tugas dia. Gambar yang dihasilkan juga amat cantik bersesuaian dengan harganya.



Setelah hampir 3 jam lebih bermain ice skating, maka perut pon sudah lapar dan tibalah masa untuk makan. Makan di Chicken Rice Shop sahaja.  



KINI TIBA MASA UNTUK MEMANAH


Pada sebelah petangnya, aktiviti diteruskan dengan memanah. Tempat memanah adalah di pasaraya AEON di Wangsa Maju. Lama juga tidak pegang arrow bow ini sebenarnya.


Bayaran yang dikenakan adalah RM 27 untuk 41 batang arrow untuk setiap orang. Boleh tahan la juga harganya. 41 arrow itu sememangnya banyak jikalau hendak diikutkan.


Memang terasa kesakitan di bahagian lengan selepas kesemua 41 anak panah dilepaskan ke sasaran. Boleh tahan juga pencapaian yang dicatatkan. Satu kena bull's eye target. Selebihnya konsisten di bahagian kuning. 





TRY TO ESCAPE THE ROOM IF YOU CAN


Destinasi seterusnya ke pasaraya besar e@Curve, Petaling Jaya. Semestinya rancangan kami adalah untuk menguji minda dengan memasuki Escape Room. Ini adalah pengalaman pertama saya memasuki Escape Room.

Memandangkan Escape Room adalah bilik terhad, jadi untuk memasukinya, tempahan secara online haruslah dilakukan. Namun pembayaran boleh dilakukan ketika berada di kaunter atau tempat Escape Room itu sendiri.


Terdapat beberapa cerita yang kebanyakkannya seram untuk dipilih. Semestinya, misinya hanyalah satu iaitu escape ataupon mencari jalan keluar dengan menyelesaikan beberapa masalah (puzzles) yang telah disediakan.



Kami berpecah kepada dua kumpulan dan kumpulan saya telah memilih storyline Room13. Manakala kumpulan lagi satu memilih Slaughter House. Kedua-dua cerita ini dikategorikan dengan kepayahan tahap tertinggi (Highest Difficulties).



Suasana di kaunter pembayaran sahaja sudah seram. Mungkin sengaja untuk menaikkan mood mungkin.






Setelah selesai urusan pembayaran di kaunter, kami di bawa menuju ke bilik yang telah ditetapkan. Berbekalkan hanya dengan satu lampu suluh bersaiz sederhana, kami disuruh masuk ke bilik yang pastinya gelap. Telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali.



Kami hanya diberikan masa selama 45 minit sahaja untuk menyelesaikan puzzles yang disediakan. Untuk kumpulan saya, masalah pertama adalah mendapatkan kombinasi nombor untuk membuka pintu lift. 

Kombinasi nombor yang diperlukan perlu diselesaikan menggunakan gabungan matematik yaitu tambah, tolak, darab dan sebagainya. Selain matematik, unsur pembalikan konsep cermin juga digunakan untuk menyelesaikan masalah. Bukan itu sahaja, corak dan padanan tertentu ultra violet di gambar juga terdapat dalam ROOM13.

Senang cerita, memang sukar. Pastinya IQ tinggi diperlukan untuk menyelesaikan semua masalah. Tetapi jikalau tak boleh selesaikan, kita diberikan tiga kali "tali hayat" (hint) oleh pembantu bertugas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada kumpulan lagi satu, tetapi apa yang pastinya adalah keputusan akhir adalah sama. ~yeay....~



Game Over maksudnya anda tidak dapat escape dalam masa 45 minit yang diperuntukkan. Hahaha...


Walaupon tidak berjaya menyelesaikan kesemua masalah yang diberikan, namun pengalaman memasuki escape room adalah sesuatu yang sangat unik. Pengalam ala-ala cerita SAW apabila pembayang yang diberikan adalah untuk menyelesaikan masalah.



Masing-masing berkongsi pengalaman dan perasaan. Sehari suntuk berjalan dan melakukan pelbagai aktiviti di sekitar Kuala Lumpur. Pastinya badan penat dan letih, jadi semua pulang untuk berehat dan tidur sahaja.

Pada keesokkan harinya, semua kembali pulang kerumah masing-masing.Ada yang ke Seremban, Kuantan dan sebagainya. Bagi yang menetap di KL, senang mereka pulang. Tetapi bagi saya dan dua orang lagi rakan terpaksa kembali ke UTP menaiki bas sebelum berangkat pulang ke rumah yang berada di bahagian Utara.



~Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat serta rakan-rakan yang sudi meluangkan masa bersama-sama untuk pergi bercuti selama 2 hari ini. Tidak dilupakan kepada insan-insan yang menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk kami semua. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada:

1 - RUSYDI BUCHEK dan Keluarga
2 - SYAFIQ JUNAIDI
3 - WAN IZZUDDIN
4 - FARID RAHIMI
5 - ZULKARNAIN MOKHTAR
6 - FITRY SHUKOR
7 - AZZAM RAZALI
8 - ALI AKRAM
9 - AMIN AWANG (walaupon seketika sahaja)

InsyaAllah, jikalau berpeluang lagi, kita akan bercuti di tempat lain pula dengan aktiviti yang lebih menarik hendaknya.~

-Setakat ini dahulu entri kali ini, semoga bertemu lagi di lain masa. Terima kasih kerana ssudi membaca blog rahishan.com, jikalau suka boleh tekan button LIKE dibawah yer..terima kasih.-

Akhir kata, Assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...