Saturday, October 11, 2014

JUARA FUTSAL WANITA FINAL YEAR UTP


WE JUST WON WOMEN FUTSAL
Assalamualaikum w.b.t dan salam kemenangan.

Pada entri kali ini, suka untuk saya menulis berkenaan cerita yang berlaku ketika kejohanan futsal bagi kalangan pelajar wanita tahun akhir di UTP yang dilakukan pada 8 dan 9 September 2014. Selain futsal, acara sukan lain yang turut dijalankan adalah seperti Bola Jaring, Bola Tampar dan Tarik Tali.

Namun, ternyata futsal adalah sukan yang paling mencuri tumpuan antara para pelajar wanita mahupon lelaki. Mana tidaknya, gemuruh satu UTP dengan laungan suara sokangan penyokong ketika berlangsungnya kejohanan ini.

SUASANA KETIKA KEJOHANAN

Antara Penyokong Pasukan EE
Memang tidak dapat dinafikan, laungan pelajar lelaki ternyata menggamatkan suasana di court futsal. Suasana seperti menonton perlawanan akhir piala dunia dapat dirasakan. Sungguh meriah dan sungguh gamat.

Bersatu Menyokong Walaupon Berlainan Jurusan
Untuk kejohanan futsal kali ini, enam pasukan daripada berlainan jurusan mengambil bahagian. Enam pasukan wanita ini terdiri daripada pasukan Electrical & Electronic (EE), Petroleum Geoscience (PG), Petroleum (PE), Civil (CV), Chemical (CE) dan Mechanical (ME). 

Candid : EE vs PG
Kejohanan yang dianjurkan sendiri oleh pelajar tahun akhir ini sememangnya tidak lain dan tidak bukan mahu merapatkan ukhwah dan hubungan sesama pelajar. Hubungan rapat bukan sahaja terjalin diantara pelajar sesama jurusan tetapi objektif yang lebih besar pastinya diantara semua pelajar wanita tahun akhir.

Sekurang-kurangnya, ada juga memori manis yang dicipta sebelum semua melangkah ke alam kerjaya selepas ini. Beberapa gambar yang sempat ditangkap ketika kejohanan ;

Antara Penyokong Setia Pasukan EE

Terkejar Bola Kesana Kemari

Gelagat Penyokong Pasukan EE

Antara Abang-Abang Pengadil Penyeri Majlis

Rembat Sampai GOAL!!

PERLAWANAN YANG DINANTI-NANTIKAN

Clash Between the Keepers
Tidak dapat diragui lagi, kejohanan futsal dikalangan wanita yang berlangsung selama 2 malam berturut-turut menutup tirai dengan perlawanan yang memang dinanti-nantikan oleh semua penonton dan penyokong.

Mana tidaknya, kedua-dua pasukan iaitu pasukan Electrical (EE) dan Civil (CV) merupakan pasukan yang tidak pernah kalah dalam setiap perlawanan ketika menentang pasukan daripada jurusan lain. Pastinya perlawanan penentuan antara tempat pertama dan kedua semestinya menjadi tumpuan para penyokong.

Sebelum Bermulanya Perlawanan EE vs CV
Perlawanan akhir yang dilangsungkan lebih kurang hampir 20 minit antara pasukan EE dan CV memang betul-betul mendebarkan. Serangan bertali arus penyerang pasukan CV ke kubu pasukan EE memang mendebarkan semua hadirin.

Tangkapan Kemas Penjaga Gol Pasukan EE
Pastinya, semua ternanti-nanti akan pengakhiran sepakan padu di depan pintu gol yang menghasilkan gol atau sebaliknya. Bukan sahaja penjaga gawang merasainya, malah pastinya penyokong yang turut sama teriak bersorak juga terasa bahangnya.

Penyokong Bersorak Memberi Sokongan
Perlawanan yang begitu sengit antara kedua-dua pasukan berakhir dengan kedudukan seri tanpa gol di separuh masa pertama. Dikesempatan waktu rehat yang diberikan, pastinya bimbingan coach diperlukan bagi memantapkan lagi jentera serangan untuk memburu gol.

Coach Pasukan EE Memberi Arahan Kepada Pemain
Pastinya dengan bimbingan, teguran serta arahan daripada jurulatih memang mampu memberi impak yang besar terhadap sesebuah pasukan. Perlawanan pada separuh masa kedua diteruskan dengan strategi dan taktikal yang lebih mantap dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

Percubaan Pemain CV Daripada Tengah Court
Bola terus melepasi palang gol EE sebaik sahaja wisel permulaan separuh masa dibunyikan. Ianya adalah berpunca daripada percubaan pemain CV daripada bahagian tengah court.  Memang mendebarkan seluruh penyokong pasukan EE ketika itu termasuklah saya. 

Berlari-lari Keriangan Apabila Gol Dijaringkan 

Selang beberapa percubaan merbahaya antara kedua-dua pasukan ke kubu lawan masing, akhirnya gol yang dinanti-nantikan muncul tatkala permainan hampir menuju masa tambahan. Semua penyokong khususnya mereka yang memakai baju berwarna oren bersorak keriangan menggamatkan suasana malam di bumi UTP.

Gol berpunca daripada kekalutan yang berlaku dihadapan pintu gol pasukan CV sehingga memberi peluang kepada seorang penyerang pasukan EE untuk mencelah dan menendang masuk bola ke gawang pasukan CV. Gol tunggal yang dijaringkan itu sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada pasukan EE.

Meluru Masuk Ke Padang
Sebaik sahaja wisel penamat ditiup, gamatlah sorakan kegembiraan daripada penyokong dan pemain pasukan EE khususnya. Sambil bersorak, kaki melangkah masuk ke court dengan melompat kegirangan. Memang riuh sungguh suasananya. 

Keputusan Perlawanan Akhir CV vs EE

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN

TAHNIAH KEPADA PASUKAN EE - JUARA
Sekalung ucapan tahniah kepada juara kejohanan futsal antara pelajar wanita tahun akhir UTP iaitu pasukan EE. Anda semua sememangnya terbaik..!!. Tidak dilupakan kepada pasukan daripada lain yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Naib Juara - Pasukan CV
Tahniah juga kepada semua pemain, penyokong daripada setiap jurusan yang bertanding. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah dan terima kasih kepada penganjur kejohanan khusunya yang menguruskan kejohanan futsal ini.

League Table ketika tamatnya kejohanan ;

EE dan CV Hanya Bolos Satu Gol Sahaja..Tabik!!

GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DITANGKAP OLEH JURUGAMBAR

Keeper Pasukan EE

Penyokong Lelaki Yang Setia

Abang Pengadil Dengan Wiselnya

Banner Sokongan
Bergambar Selepas Tamat Kejohanan

"In Siva We Trust"
Jejaka-jejaka Manis..

Penyokong dan Pemain Pasukan EE
~Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupon tidak langsung dalam menjayakan acara-acara sukan dikalangan pelajar tahun akhir. Pelajar lelaki mahupon wanita, sama jurusan ataupon berbeza, itu tidak penting, yang penting adalah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua. Menang kalah belakang cerita, yang penting kita semua happy.~

Bajet Photographer...
- Sekian sahaja untuk entri kali ini, insyaAllah bertemu dalam entri-entri akan datang. Cerita-cerita menarik sekitar UTP, motivasi dan kesihatan insyaAllah. Maaf jika gambar macam buyers kepada pelajar EE jer -

Akhir kata, terima kasih kerana berkunjung ke blog rahishan ini. InsyaAllah jika diberi kesempatan, bertemu lagi dalam entri akan datang.

~^_^~ Assalamualaikum ~^_^~

*Nota kaki : Kepada mereka-mereka yang ada dalam gambar-gambar untuk entri kali ini, mohon jasa baik untuk tekan button LIKE dan SHARE yer..terima kasih..*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...