Saturday, October 18, 2014

PERTANDINGAN MEMANCING PERPADUAN UTP 2014


Assalamualaikum w.b.t,

Entri kali ini, suka untuk saya menulis perihal pertandingan memancing perpaduan yang dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Negara Universiti Teknologi Petronas (SRNUTP). Pertandingan ini dianjurkan bersempena dengan Convofest dan Fiesta Perpaduan di UTP.

Ini merupakan kali pertama saya menyertai pertandingan memancing. Biasanya, saya memancing suka-suka sahaja sebagai mengisi masa lapang sambil-sambil teman rakan-rakan yang suka memancing.


PENDAFTARAN DI AWAL PAGI

Suasana Ketika Pendaftaran
Saya bersama-sama dua orang lagi rakan menyertai pertandingan ini yang julunk kalinya dianjurkan di tasik UTP. Kalau hendak diikutkan, tasik UTP memang tidak dibenarkan untuk memancing sama sekali. Entah bagaimana pihak pengurusan benarkan pula kali ini.

Bagi bayaran pendaftaran, kami dikenakan rm 50 untuk setiap joran. Namun, ada beberapa kriteria dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur bagi memenuhi standard pertandingan memancing seperti pelampung tidak dibenarkan, matakail tidak boleh lebih daripada dua dan sebagainya.

Umpan Turut Dijual
Pastinya, jikalau tidak bawa umpan, pelbagai jenis umpan juga dijual. Daripada jenis roti, cacing, palet dan sebagainya. Malah, joran juga disediakan untuk disewa dengan harga rm 55. Kalau tidak ada joran sendiri, bayar pendaftaran ditambah pula dengan joran sewa akan dikenakan rm 105. Terbaik..!!

Pertandingan dimulakan pada pukul 9.30 pagi sehingga ke pukul 2.30 petang. 5 jam untuk memancing dan menangkap ikan terbesar dengan harapan dapat hadiah yang ditawarkan oleh pihak penganjur iaitu rm3000.


SUASANA KETIKA PERTANDINGAN

Suasana Seawal Jam 10 Pagi

Bersiap-sedia Segala Keperluan

Semua Peserta Membuat Balingan Joran

Cuaca Mendung Di Awal Pagi

Tarik Jangan Tak Tarik

Antara Marshall Yang Bertugas

Ada Yang Datang Bawa Khemah Lagi Untuk Elak Kepanasan

Kalau Tak Bawa Khemah, Bawa Payung Pon Sudah Memadai

Ada Yang Macam Vacation Family Pon ada Juga..

Pemancing Dimana-mana

Marshall Membantu Menimbang Ikan

Antara Hasil Tangkapan - Ikan Raja

Mencari Tempat Yang Sesuai Untuk Memancing

Tasik Kedua Di UTP

Nak Memancing Ke Nak Bergambar...

Mancing Sambil Tersenyum, Baru Ikan Datang..

Peserta Bersembang Sambil Melihat Joran

Nak Memancing Ke Nak Main Henset..

Hangatnya Cuaca Di Tengahari..

Steady Jer Brother Nie..

Antara Marshall Yang Menunggu Di Booth Timbangan..

Tarik Ikan Raja Lagi..


Antara Kecantikan Tasik UTP

Abang Nie Banyak Tangkap Ikan Raja..

Habis Umpan Kena La Tukar Bang..!!

Sedia Untuk Melepaskan Umpan Ke Dalam Tasik

Antara Cabaran - Menghuraikan Tali Yang Kusut Dengan Pemancing Lain

Kekadang Bukan Ikan Yang Makan..Benda Lain Pula

Angkat Talapia Dua Sekaligus..

Berusaha Mencabut Mata Kail...

Ikan Raja

Angkat Ikan Talapia Satu - Boleh Tahan Besarnya..
 

Angkat Ikan Raja - Boleh Tahan Besarnya

Lagi Ikan Raja...Besar Kot...

Cuaca Yang Panas Terik Mengiringi Hari Pertandingan

JUARA YANG DITUNGGU-DITUNGGU

Ikan Keli

Jikalau tidak salah saya, inilah ikan yang memenangi pertandingan ini. Ikan keli seberat 6.608 kg berjaya ditumpaskan oleh salah seorang peserta pertandingan. Macam macam kecil sahaja kan, mari kita lihat gambar dibawah pula.

Besar Gila Ikan Keli tu... Tengok Tangan Dia dan Saiz Kepala Ikan Keli Tu..

Satu Raga Ini Pon Tak Muat

Ikan Keli - Besar Sungguh..

Saya tak pasti, siapa yang juara, namun memang besar sungguh ikan keli tu. First time tengok ikan keli besar tu....

Selepas tamat kejohanan lebih kurang pada pukul 2.30 petang, maka majlis penyampaian hadiah pon dilakukan. Terdapat 50 ranking yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Tempat 31 sehingga 50 dapat hamper. Tempat pertama dapat RM 3000 kot. Terbaik...

Acara Penyampaian Hadiah...

Tahniah kepada pemenang yang dapat ikan keli seberat 6.608 kg tu. Kami dapat juga ikan, tapi tak masuk dalam ranking la pulak. Tiada rezeki nampaknya, yang penting dah ada pendedahan dan pengalaman mengenai pertandingan memancing. (^_^)Y


~Setakat ini dahulu entri untuk kali ini, insyaAllah berjumpa lagi dalam entri-entri akan datang. Terima kasih kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog rahishan.com ini.

Akhir kata, assalamualaikum w.b.t dan jumpa lagi InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...