Monday, October 20, 2014

USTAZ KAZIM ELIAS DI UTP SEMPENA CONVOFEST 2014

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan masa untuk mengemaskini blog rahishan.com nie. Kali ini nak cerita perihal convofest UTP 2014. Convofest ataupon Convocation Festival sempena dengan majlis graduasi pelajar-pelajar UTP kali ke 14 diadakan selama 3 hari berturut-turut.

Terdapat pelbagai jenis acara dan permainan serta banyak gerai makanan dibuka untuk para tetamu yang hadir.

PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA CONVOFEST 2014



Seperti dalam gambar, terlalu banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Gerai pon banyak, bukan hanya makanan, tetapi daripada baju, minyak wangi, jersi, kasut, jeruk buah dan sebagainya. Memang meriah convofest UTP nie. 

Mari lihat beberapa gambar yang sempat saya ambil di sekitar kawasan convofest 2014:

Budak Bermain Dalam Giant Inflatable Castle

Rock Climbing

Power Bank Pon Ada Dijual

Baju Kurung Semestinya

Kambing Golek Pon Ada

Kambing Grill -  Marvelous !!

Roti Bakar Telur Goyang Namanya...

Pelbagai Jenis Jam Tangan Turut Dijual

Gerai Rojak Buah

Member Beli Jeruk

Ambil Rojak Buah..

Banyak Pilihan Jeruk

Antara Rakan-Rakan Yang Menghadiri Convofest

Pendrive, Power Bank dan sebagainya

Jam dan Tali Pinggang

Jersi Murah-Murah

Casing Phone

Banyak Pilihan Sweater

T-Shirt Serendah RM 8 Pon Ada..

Riang-Ria Bermain Belon

Bag, Wallet, Belt

Novel Pon Ada

Makan Burger Gergasi

Nasi Goreng, Nasi Pattaya dan Nasi Tomato

Seronok Bergambar Sekali


CERAMAH KHAS YANG DITUNGGU-TUNGGU

Ustaz Kazim Elias
Banyak aktiviti yang dijalankan sebenarnya sempena convofest nie. Pastinya yang saya tunggu-tunggu adalah ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias. Tajuk yang diberikan kepada beliau adalah "Tentang Cinta".

Antara Penonton Yang Hadir

Boleh Tahan Ramai Juga..
Saya juga mengambil peluang untuk mendengar perkongsian daripada Ustaz Kazim bersama-sama dengan beberapa rakan saya. Saya sempat mencatat beberapa point yang menarik untuk saya kongsikan bersama di blog ini :

1 - Bukan semua perkara boleh diubah seperti hukum dan ketentuan Allah. Sebagai contoh, imam mestilah lelaki dan bukannya perempuan.
2 - Negara Brunei begitu menegaskan tentang ajaran as sunnah wal jamaah dan tidak membenarkan sama sekali ajaran lain untuk disampaikan bagi mengelakkan kekeliruan.
3 - Terdapat negara bukan islam yang tadbir ikut cara islam seperti Sweden dan Denmark.
4 -  Kalau diikutkan, hukum makan babi adalah haram bagi semua manusia, bukan islam sahaja kerana ianya memudaratkan dan merosakkan badan. Begitu juga dengan arak dan dadah.
5 - Tetapi islam tolerate, jadi orang kafir boleh makan babi tetapi sebenarnya orang kafir tidak dibenarkan membela babi sebab boleh merosakkan environment, tempat dimana orang islam seperti nelayan mencari rezeki.
6 - Terdapat negara yang rakyatnya makan babi, tetapi negara itu tidak membela babi, babi adalah diimport daripada negara lain. Jikalau babi berpenyakit, maknanya negara yang pengeluar itu yang kotor, bukan negara yang mengimport babi tersebut.
7 - Oleh kerana orang islam di Malaysia nampak seperti lembut dan terbuka, maka ramai orang suka mempertikai banyak perkara seperti perihal azan yang menggunakan speaker, cara sembelihan korban dan sebagainya. 
8 - Islam cukup menghormati agama lain, tetapi ramai yang mengambil kesempatan atas kelembutan orang islam khusunya di Malaysia.
9 - Sembelih adalah cara yang paling sopan untuk membunuh binatang sebenarnya. Syarat seperti menggunakan pisau yang tajam adalah untuk tidak menyiksa binatang.
10 - Hendaklah kita ada sifat ehsan kepada binatang. Contohnya, di Perlis, ada mesin hidrolik yang memudahkan tujuan penyembelihan.
11- Adil bukannya bermaksud sama-rata, tetapi bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.
12 - Dalam islam, terdapatnya sistem dan istilah recycle  kubur, supaya tanah kubur tak bertimbun-timbun. Apa yang dimaksudkan dengan recycle kubur adalah dalam satu kubur, terdapat banyak liang lahat.
13 - Jikalau kita memiliki rumah, pastikan kita benar-benar menjaga kebersihan rumah kita. Tempat yang paling selesa adalah rumah kita sendiri. 

Acara Penyampaian Cenderahati Kepada Ustaz Kazim

Ramai Yang Nak Bergambar Dengan Ustaz Kazim nie..
Alhamdulillah, ini adalah kali kedua saya berkesempatan mendengar ceramah daripada Ustaz Kazim secara live. Dikesempatan ini juga saya sempat bersalaman dengan beliau. (Nak ambil gambar sekali memang sukar, ramai yang mengerumuni beliau...)

Terima kasih kepada Ustaz Kazim yang sudi berkunjung ke UTP. Terima kasih juga kepada setiap komitee Convofest 2014 yang berjaya menjayakan banyak aktiviti menarik termasuklah ceramah khas oleh Ustaz Kazim ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~Setakat ini dahulu entri khas ceramah Ustaz Kazim Elias di UTP sempena convofest 2014. InsyaAllah bertemu lagi dalam entri-entri akan datang.


Window Shopping Pelbagai Jenis Sweater..Tengok Jer...^_^
Akhir kata, assalamualaikum w.b.t. dan jumpa lagi insyaAllah. ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...