Monday, November 17, 2014

SHAKLEE MASTER CELEBRATION AT PULLMAN PUTRAJAYA


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu daripada event besar yang dijalankan oleh pihak Shaklee. Event yang diberi nama "Master Coordinators Celebration" bagi meraikan insan-insan hebat yang telah berjaya melayakkan diri ke rank tertinggi dalam bisnes Shaklee iaitu Master Coordinators.

Event hebat ini turut diadakan di tempat yang sungguh hebat iaitu di Pullman Hotel di Putrajaya. Memang awesome..!!!


DARI UTP KE PUTRAJAYA
Sebagai salah seorang daripada ahli "Maria Firdaus Millionaires in Shaklee (MFMS) - The Most Happening Shaklee Group in Malaysia", saya rasa berhak dan terpanggil untuk pergi melihat dan meraikan event yang diadakan khusus untuk mentor hebat ini. Dua insan hebat ini telah banyak membantu ramai orang lain untuk merubah diri mereka daripada biasa-biasa ke luarbiasa termasuklah saya.
Setelah seminggu awal diberitahu akan event besar ini di group rahsia facebook, saya telah menanam niat dan berhasrat untuk wajib pergi walaupon dari Perak. Saya cakap saya mesti pergi dan alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan untuk saya pergi bersama seorang sahabat saya.
Sampai Awal Pagi Di Kuala Lumpur, Memang Berkabus

Jadi, seawal 3.45 pagi saya telah bangun dan bersiap untuk pergi ke Kuala Lumpur. Disebabkan event bermula jam 10 pagi, jadi saya tidak mahu lambat dan ketinggalan untuk menyertai event ini. Setelah selesai bersiap semua, jadi lebih kurang jam 5 pagi, maka bergeraklah kami ke Kuala Lumpur.

Mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih daripada Perak ke Kuala Lumpur, maka pada pukul 8.30 pagi, kami telah memasuki Kuala Lumpur setelah berhenti seketika di RnR Tapah untuk breakfast dan solat subuh. Kemudian, dengan bantuan GPS, maka kami akhirnya sampai juga di Pullman Putrajaya Lakeside satu jam kemudian. Memang cantik Hotel Pullman nie.

Pandangan Daripada Luar Hotel
Gambaran Daripda Balconi Menghadap Tasik

Jam Besar Antara Lanskap Yang Memang Cantik Di Pullman

MASTER CELEBRATION CHECK IN

Posing Sikit
Rasa excited juga sebab ini adalah kali pertama saya menghadiri event besar macam nie. Memang meriah. Ramai juga yang turut hadir bagi menyambut majlis gilang-gemilang ini.


Depan Pintu Masuk Dewan
Sebelum mulanya majlis, saya sempat bertemu dengan tuan Master Firdaus dan bergambar dengannya. Ini adalah kali kedua saya bertemu dengan beliau. Kali pertama saya berjumpa beliau di IMKK 2014.


Muka Terkejut Ambil Gambar Dengan Master Firdaus...^_^

Gambar di Dalam Dewan

MERAIKAN MASTER MARIA FIRDAUS

MASTER MARIA FIRDAUS BERJALAN MASUK

Meriah sungguh suasana tatkala master Maria Firdaus masuk ke dalam dewan. Ramai yang ambil gambar, macam artis pula. 

PROGRAM OUTLINE
Acara dimulakan dengan ucapan oleh Presiden Shaklee Malaysia iaitu Mr Victor Lim. Memang sempoi sahaja orangnya. Saya sempat menyalin beberapa point penting yang disampaikan beliau. Antaranya:
Semua orang mempunyai impian masing-masing dan Shaklee adalah satu daripada platform yang tepat untuk menggapai impian yang besar.
Begitu banyak duit yang telah diperuntukkan dalam bahagian RnD (Research and Davelopment) bagi memastikan setiap produk Shaklee yang dihasilkan adalah yang terbaik, semulajadi dan selamat untuk digunakan.
Impian Shaklee adalah membantu lebih ramai insan untuk hidup lebih sihat.
Pilihan adalah lebih penting daripada usaha. Buatlah pilihan yang tepat dan susuli dengan usaha yang luarbiasa bagi mencapai impian anda.
Dalam kesempatan majlis ini juga, saya sempat bergambar dengan presiden Shaklee Malaysia.

Bergambar Dengan Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim

Acara diteruskan dengan ucapan daripada Master Shareeza dan Master Ainul Shahrazad. Antara point-point menarik yang suka untuk saya kongsikan adalah seperti berikut: (Maaf tak sempat nak ambil gambar master, nanti dah ada saya edit balik entri ini)
Group Maria Firdaus antara group Shaklee yang ada begitu banyak cas-cas positif dan cas-cas ini mendorong untuk melakukan sesuatu yang luarbiasa.
Apabila buat bisnes, jangan sesekali jadikan media sosial sebagai plaatform untuk sebarkan cas-cas negatif.
Berhati-hati dengan apa yang kita tulis. Tulis perkara-perkara yang best-best sahaja. baru akan jadi perkara yang best-best sahaja.
Peluang sentiasa ada, terpulang kepada kita untuk ambil atau tidak. Kita sahaja yang mahu atau tidak.
Dalam Shaklee, terdapat 3C iaitu Cash Bonus, Car Program dan Conventional Trip.
Dalam bisnes, kita hendaklah fokus kepada mereka yang mahu sahaja, jangan fokus kepada mereka yang tidak mahu.
Acara diteruskan dengan ucapan daripada Master Maria Firdaus dan diikuti dengan acara "recognition of new Master Coordinators".


Acara Memotong Kek Simbolik kepada Recognation Of New Master Coordinators

Banyak suka duka yang ditempuhi oleh mereka berdua dalam melakukan bisnes Shaklee. Suka untuk saya berkongsi antara point-point menarik yang dikongsikan oleh kedua-dua insan hebat ini. Antara perkara-perkara yang disampaikan oleh Master Firdaus:

Antara dua rahsia untuk naik ke peringkat master iaitu: 
1- Perlukan energi yang sungguh-sungguh tinggi 
2- Perbanyakkan senyum kerana dengan senyum mampu menarik aura positif ke dalam badan.

5 petua kejayaan dalam bisnes iaitu MESTI:
1 - Mentor
2 - Elmu/ Emosi
3 - Sistem
4 - Tindakan Yang Luar Biasa
5 - Impian Yang Luar Biasa

5 soalan yang mampu merubah hidup kita:
1 - Berapa gaji yang kita nak sebulan?
2 - Nak bekerja di mana (tempat kerja) ?
3 - Nak pakai kereta apa?
4 - Nak pakai rumah apa?
5-  Nak pergi melancong di mana?

Antara sebab kenapa buat bisnes Shaklee adalah:
1 - Modal yang cukup rendah dengan pulangan yang sungguh lumayan. (RM 65 sahaja untuk mendaftar sebagai ahli)
2 - Shaklee ada produk yang bagus dan juga agen yang ramai.

3 rahsia kejayaan dalam bisnes:
1 - Betulkan matlamat apabila melakukan bisnes iaitu mahu merubah hidup orang lain dan mahu selesaikan masalah orang lain.
2 - Bantu lebih ramai untuk berjaya dan kita akan berjaya.
3 - Carilah ilmu, carilah ilmu dan carilah ilmu.

Jaga hubungan dengan Allah, doa dan yakin bahawa Allah akan tolong kita dengan syarat kita tolong orang lain.

Antara Ahli Keluarga MFMS Yang Memang Happening
Antara point-point yang dikongsikan oleh Master Maria yang boleh saya kongsikan di sini:

There are no boundaries between you and you're dream.

Antara Shaklee effect adalah dapat mengawal penyakit eczema anak beliau.

Perkara yang baik, kita akan rasa bersalah kalau tidak dikongsikan. Jikalau tidak berkongsi, macam mana orang lain nak tahu.

Apabila kita tidak ambil tahu akan sesuatu perkara, kita tidak akan nampak peluang yang dihidangkan.

Satu daripada impian Master Maria adalah untuk melancong ke U.S dan Shaklee adalah platformnya.

Engineer VS WAHM (Working At Home Mom) Life - Sayang memang sayang sebagai engineer, tetapi memang sayang kalau kita resign dan tak buat apa-apa.

Apa yang best selepas WAHM :
1 - Bekerja sambil bercuti dan sebaliknya.
2- Dapat 5 figures income.
3 - Dapat design life sendiri.

Antara cabaran terbesar adalah malu. Tetapi fikir sahaja kita share untuk kebaikan dan untuk selesaikan masalah orang lain.

Time management:
1 - Kena tukar daripada hidup biasa-biasa ke hidup luar biasa.
2 - Kena buat time management sendiri.

If you interested, you'll do what is convenient to success.

LUNCH AT PULLMAN HOTEL


RAMAINYA ORANG
Selepas selesai atur cara majlis, kami semua dijamu dengan jamuan lunch di hotel lima bintang itu. Boleh tahan juga makanan yang disediakan. Memang sedap, tetapi kami tak dapat nak rasa semua, sebab memang ramai betul orang yang beratur.


DESSERT YANG SEMPAT DIAMBIL
Selepas selesai makan, kami menuju ke Masjid Putra untuk solat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke UTP.

Masjid Putra, Putrajaya
Maka tamatlah sudah pengembaraan menjejaki Master. Saya sungguh berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada tetamu yang meraikan kejayaan Master Maria Firdaus dalam perniagaan Shaklee. Memang seronok dapat melihat ramai masters dalam majlis Master Celebration ini. Semoga perkara ini dapat membantu saya untuk terus berjaya dalam bisnes Shaklee yang dilakukan.

EVENT : MASTER CELEBRATION MARIA FIRDAUS
DATE : 16 NOVEMBER 2014 (SUNDAY)
PLACE : PULLMAN, PUTRAJAYA

~Setakat ini dahulu entri "Master Celebration Maria Firdaus" ini. Memang seronok dapat join majlis ini. Dapat menyaksikan master-master Shaklee degan lebih dekat plus dapat jumpa geng-geng bisnes Shaklee. Memang terbaik.

Jika anda belajar sesuatu daripada entri ini, mohon share dan like semoga lebih ramai orang mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah, bertemu lagi dalam entri-entri akan datang. Setakat ini dahulu dan akhir kata Assalamualaikum w.b.t. ~ 

#sentiasapositifdanberusaha #niatnakshareje
(^_^) SENYUM (^_^)
~P/S : Apa yang ditulis itu lebih dekat dengan penulisnya sendiri ~

Ingin Mendapatkan Supplement Yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga?!

Ingin Menjana Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Rumah?!

Hubungi Rahishan Untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE..!!
Rahishan Ramlee
Shaklee ID : 1100102
rahishan92@gmail.com
013-5964600 (Call,SMS,WhatsApp, Telegram)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...