Saturday, November 1, 2014

SOCCER FRIENDLY - JANTEN FC VS NANDOS FC


Assalamualaikum w.b.t;


Masih lagi dengan entri sekitar kejohanan UTP Soccer League. Kali ini, saya bersama-sama dengan pasukan Janten mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Nandos FC. Seperti biasa, perlawanan persahabatan diadakan bagi melihat prestasi semasa pasukan disamping mewujudkan chemistry dalam sesebuah pasukan.



Sebarang percaturan dan strategi yang dirancang akan ditingkatkan agar ketika kejohanan, segala kesilapan dapat dikurangkan sebanyak mungkin. Saya pon tak muhu tulis panjang-panjang, mari kita tengok aksi yang sempat diambil ketika perlawanan berlangsung.


Sebelum Perlawanan, Panaskan Badan dahulu

Kejar Bola, Jangan Tak Kejar ye..

Challenge the Ball.. 

Manager Di Luar Padang..

Berebut Nak Dapatkan Bola

Tatkala Menyerang, Semua Berlari ke Arah Bola

Rampas Bola

Larikan Bola Dari Lawan

Formasi Daripada Pemain Pertahanan Janten

Keeper Menanti Bola

Adakah Ianya Offside ataupon Onside..

Passing dan Intercept

Body Challenge

Cuba Merampas Bola

Ayuh Larikan Bola


Rehat Separuh Masa

Tatkala Separuh Masa Kedua Bermula

Pertahankan Gawang Sampai Terjatuh

Lines man Turut Berlari

Pertahanan Mengekori Rapat

Hold and Passing the Ball

Rehat dan Rawat di Luar Padang

Postmortem Selepas Perlawanan

Saya sebagai wakil salah seorang daripada pemain pasukan Janten mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Nandos FC kerana sudi menerima perlawaan kami untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama-sama.

NANDOS FC

Tarikh Perlawanan : 30/11/2014 (Khamis)
Tempat : Padang Sport Complex UTP
Keputusan : Nandos FC 1 - 0 Janten FC

Saya juga ingin memohon maaf jika sepanjang perlawanan ada berlaku kekasaran yang tidak disengajakan dan tidak dapat dielakkan daripada pasukan janten. Apa-apapon, terima kasih pasukan Nandos FC.


~Setakat ini dahulu entri untuk kali ini, berjumpa lagi di lain masa dan waktu. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini. ^_^

Terima kasih dan Assalamualaikum ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...