Wednesday, November 5, 2014

UTP FOOTBALL LEAGUE 2014 - JANTEN FC VS RASTA FC


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan ruang dan waktu untuk terus menulis di blog rahishan.com ini. Beberapa entri sebelum ini asyik bercerita berkaitan dengan UTP Soccer League sahaja. Lebih spefisiknya adalah berkenaan dengan pasukan Janten FC.

Jadi, disini suka untuk saya berkongsi berkenaan dengan perlawanan pertama kami sebagai pasukan Janten FC menentang Rasta FC di dalam UTP Soccer League 2014.


SEBELUM SEPAK MULA


Sebelum sepak mula, pastinya kita digalakkan untuk memanaskan badan bagi mengelakkan kekejangan otot khususnya pada bahagian kaki. Kaki adalah anggota dominan yang digunakan khususnya dalam permainan bola sepak. Jikalau tidak stretching , silap-silap boleh kejang otot.

Mari kita lihat beberapa gambar yang sempat diambil oleh juru kamera ketika sesi memanaskan badan:

TEAM RASTA FC MEMANASKAN BADAN

SUSUN ATUR KETIKA MEMANASKAN BADAN

TEGANGKAN KAKI DAN OTOT


STRETCHING IKUT ARAHAN KAPTEN

SUASANA CERIA KETIKA PANASKAN BADAN

APABILA BERMULANYA PERLAWANAN


Setelah kesebelasan utama telah dipilih, maka semua pemain bersiap-sedia untuk berjuang di padang. Semestinya sebelum memulakan perlawanan, kita bersalam-salaman dahulu.

PENGADIL MEMBERIKAN PENERANGAN

Semestinya, kapten bagi kedua-dua pasukan Janten mahupon Rasta dipanggil oleh pengadil bertujuan untuk memberitahu dan mengingatkan ketua pasukan khususnya akan beberapa peraturan dan pantang larang ketika perlawanan.

Bermain terlalu kasar semestinya tidak digalakkan kerana boleh mengundang kepada tindakan layanan kad merah oleh pengadil perlawanan. Beberapa peraturan asas kepada penjaga  gol juga diingatkan ketika ini.

Tidak mahu menulis dengan lebih panjang, mari lihat beberapa aksi ketika perlawanan berlangsung:

LARIAN MEMBAWA BOLA

BERTUKAR-TUKAR HANTARAN

BODY CHALLENGE

LAWAN MEMBERI TENTANGAN

PEMAIN RASTA MEMBAWA BOLA

MENGEJAR BOLA

SALING MERAMPAS BOLA

DARI SUDUT PANDANG PENJAGA GOL

KEEPER RASTA MEMEGANG BOLA

PEMAIN JANTEN DIJATUHKAN

REHAT SEPARUH MASA PERTAMA

MANAGER MEMBERIKAN KATA-KATA SEMANGAT

ANTARA PENYOKONG YANG HADIR

DAN JUGA TEMAN-TEMAN SATU BATCH

PENYOKONG BERSEMANGAT MELIHAT PERLAWANAN

PENYERANG JANTEN FC MELARIKAN BOLA

HANTARAN JAUH DILAKUKAN

SEPAKAN PERCUMA DIAMBIL JANTEN

TAMATNYA PERLAWANAN


Setelah hampir 70 minit bermain, akhirnya tamat juga perlawanan yang mendebarkan ini. Keputusannya adalah pasukan Janten FC tewas kepada pasukan Rasta FC yang rata-ratanya terdiri daripada pemain berbangsa india. Jaringannya adalah 3 gol berbalas kosong.

REHAT SELEPAS PERLAWANAN

BERSALAM-SALAM SELEPAS TAMAT PERLAAWANAN

UCAPAN DARIPADA KAPTEN PASUKAN

POSMORTEM SELEPAS PERLAWANAN
Maka tamatlah perlawanan pertama kami menetangkan pasukan Rasta FC. Walaupon kami kalah pada perlawanan pertama ini, insyaAllah, kami akan berusaha memenangi baki dua perlawanan yang bakal mendatang.

InsyaAllah, dengan berkat sokongan sahabat-sahabat, kami akan berusaha dengan lebih baik bagi mendapatkan kemenangan bagi dua perlawanan mendatang.

~TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MANAGER PASUKAN YANG MEMASUKKAN SAYA PADA SEPARUH MASA KEDUA. TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN ANDA. INSYAALLAH, SAYA AKAN MELAKUKAN YANG TERBAIK PADA PERLAWANAN YANG MENDATANG JIKA DIBERI PELUANG UNTUK BERAKSI LAGI.

POSING SEBELUM BERAKSI

SAMPAI DISINI DAHULU UNTUK ENTRI KALI INI. INSYAALLAH BERJUMPA PADA LAIN MASA. TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI BERKUNJUNG KE BLOG RAHISHAN.COM INI.

Akhir kata, terima kasih dan Assalamualaikum ^_^ ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...