Tuesday, December 30, 2014

FINAL YEAR PROJECT - VIVA PRESENTATION


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menulis di blog kesayangan rahishan.com. Diharapkan para pengunjung blog rahishan juga sentiasa sihat dan ceria hendaknya.

Untuk entri kali ini, suka untuk saya berkongsi perasan gembira tatkala selesai viva presentation untuk final year project baru-baru ini.


Kami sebagai pelajar tahun akhir harus melalui satu proses yang paling ditakuti oleh hampir setiap pelajar. Ini kerana, setiap daripada kami harus mempersembahkan idea (present) projek yang dilakukan hampir dua semester kepada tiga orang examiner.

Examiner ini pula terdiri daripada dua lecturer dari UTP sendiri, dinamakan internal examiner. Internal examiner terdiri daripada supervisor pelajar itu sendiri dan satu lagi pilihan dibuat secara rawak. Manakala satu lagi examiner (external) adalah jemputan khas daripada industri.

Dari Kiri : Internal Examiner (Dr Michael), Supervisor (Dr Ho Tatt Wei) dan External (Mr Chua Kien Kek)
Saya sungguh beruntung kerana mendapat external examiner yang bukan daripada bidang berkaitan dengan projek saya. Soalan yang dikemukakan beliau juga mengenai pengurusan masa dalam menyelesaikan sesuatu tugas dalam rangka masa yang telah ditetapkan. Soalan yang agak mudah pada pengamatan saya.

Mungkin kerana bidang kepakarannya adalah berkenaan Oil and Gas, jadi terselamatlah daripada soalan yang berkaitan dengan Signal Image and Processsing. Walau bagaimanapon, semestinya soalan daripada Internal Examinar itu sendiri yang begitu mencabar. Soalan tentang kewajaran method yang digunakan serta peratusan ketepatan result yang dipaparkan memang mencabar untuk dijawab.

Muka Gembira Selepas Selesai VIVA
Alhamdulillah, setelah hampir 40 minit "bertarung" dengan examiner, akhirnya selesai juga viva walaupon soalan yang ditanya daripada internal examiner memang sungguh mencabar untuk dijawab. Menjadi antara pelajar terawal yang present memang sungguh seronok rasanya. Present awal semestinya selesai awal, itu yang terbaik.

Apa-apapon, markah tetap terpulang kepada examiner walau bagaimana baik kita present pon. Diharapkan dengan usaha yang telah dibuat mendapat markah yang baik daripada mereka semua. Ameen.

Member Aku Pon Muka Berseri-Seri Selepas Present
Inilah sedikit sebanyak kehidupan sebagai pelajar tahun akhir di UTP. Menjeang akhir-akhir waktu pembelajaran ini, semestinya banyak report yang harus disiapkan. Pengurusan waktu juga harus dititikberatkan kerana study week bakal menjelang tidak lama lagi.

Saya wakil kepada setiap pelajar tahun akhir mengucapkan ribuan terim kasih khususnya kepada supervisor kami kerana membantu kami menyiapkan setiap tugasan berkaitan dengan Final Year Project ini. Terima kasih banyak-banyak.

Event : Final Year Project Viva Presentation
Date : 29-30 December 2014
Venue : Academic Block 22 and 23 UTP


~Sekian dahulu perkongsian daripada saya mengenai Final Year Project. Entri berkaitan Electrex boleh baca disini. Semoga berjumpa lagi dalam entri-entri akan datang berkenaan kehidupan peribadi, kesihatan, motivasi, perniagaan dan sebagainya insyaAllah. (Agak sibuk kebelakangan ini kerana banyak perkara harus diselesaikan, tetapi tetap terus menulis insyaAllah)

Admin SENYUM Sampai Ke Telinga Selepas Present.. ^_^

Semoga berjumpa lagi dalam waktu mendatang di blog keramat rahishan.com. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya nie. Terima kasih banyak-banyak.

Akhir kalam, Assalamualaikum w.b.t. ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...